kevin

Wednesday, January 19, 2011

LOVE THE PERSoN NEAREST TO YOU.....(revised version)

Whom? Who the person nearest to you.......

“Love the person nearest to you with is yourself” Abu Dzar Al-Ghifari.

Penat serta lelah aku memikirkan mengenai maksud perkataan ini, dan hati kecil aku juga bertanya-tanya, mengapa dalam banyak-banyak mutiara kata dari manusia agung yang lain (bagi mereka yang tak mengetahui atau terlupa seperti saya, Abu Dzar adalah sahabat Baginda Rasulullah s.a.w.) mengapa Abu Dzar, dan mengapa pula perkataan ini yang di berikan oleh ayahku untuk aku kaji. Segan, (ataupun ego) terbit dalam hati yang tidak lagi suci ini untuk menanyakan sebab serta persoalan kepada ayahanda. Aku seorang graduan di universitas terkemuka di nusantara, walaupun aku bukan seorang graduan berjaya, aku tetap graduan, yang mana pada suatu masa dahulu graduan ataupun scholar itu sangatlah di pandang tinggi, tapi tidak lagi pada dekad ini. Masakan seorang graduan tak mampu merungkai kata-kata yang di beri daripada seorang petani(petani bukan sebarang petani, petani sekarang dah moden juga~~)

Pertama sekali, siapakah yang paling dekat, yang paling hampir serta yang paling memahami diri kita? Tiada jawapan lain melainkan diri kita sendiri, selain Ilahi yang menciptakan kita, tiada siapa yang benar kenal akan diri kita. Manusia pandai menyorok, menyimpan serta menyembunyikan perasaan. Siapa tahu jika kita bertalam-talam muka, di depan orang lain kita menunjukkan betapa sopannya, betapa molek pekerti, tapi di belakang orang, di kala sendirian......... hadapan orang lain memijak semut pun tak mati, tapi bila bersendirian gajah pun boleh hancur bawah tapak kakinya itu. Ramai, memang sangat ramai manusia begini. Contohnya si pembodek di depan orang besar serta kenamaan lain, orang bawahannya habis jadi mangsa amarahnya, contoh lain si miang yang gatal, depan perempuan... amboi, ramahnya baiknya dia pemurah lagi tu, tapi bila di hadapan lelaki, sombong, kedekut melawankan si tangkai jering serta haji Bakhil (khusus pada lelaki, jarang perempuan begini, tapi siapa tahu~~) tapi sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya ke tanah jua. Tak usah orang lain, dalam hati sendiri, ada krisis dalaman, sampai bila kamu nak teruskan lakonan palsu itu, lambat laun ‘make up’ setebal manapun akan tertanggal~ dan pada yang beragama (apa-apa agama mesti ada tuhankan), khusus buat umat Islam, kita tak pernah bersendirian, carila di mana dalam sudut dunia ini, yang tiada mampu orang lain mengetahui akan perilaku manusia....tiada, kerana sang pencipta sentiasa memerhatikan kita, maka janganlah menipu orang lain, kerana sebenarnya kamu menipu diri sendiri,apabila kamu menipu diri sendiri sayugiya itu kamu sebenarnya membenci diri sendiri, dengan erti kata lain, kalian tidakla mencintai diri sendiri.....

Tak kenal, maka tak cinta, maka orang yang tidak mengenali dirinya sudah pasti tidak akan mampu mencitai dirinya sendiri. Jadi apabila sudah kenal, bolehla bercinta?? Tidak juga, begitu ramai manusia di dunia ini, sangat membenci diri mereka sendiri, seperti orang hipokrit yang di sebut sebelum ini, sebab apa mereka bertalam-talam muka, sama ada mereka tak kenal diri sendiri, tiada identiti diri. Pendek kata, mereka yang seperti ini selalunya menimbulkan masalah sama ada pada diri sendiri(tak kacau orang tak mengapala) atau pada masyarakat umum(contoh paling mudah penjenayah),puncanya mereka mempunyai masalah dalaman, membenci diri sendiri, dan kemudian membenci semua orang sekitarnya sehingga tidak percayakan orang lain, yala, diri dia sendiripun dia tak percaya.

Dalam proses pengkajian saya menemui ini “Masakan orang yang begitu membenci diri sendiri, mampu menyayangi orang lain??” ternyata tepat sama sekali.....untuk di sayangi, kita perlu belajar untuk menyayangi, sebelum menyanyangi orang lain, kita perlu menyayangi diri sendiri. Maka jika kita membenci diri, ternyata tiada kita mampu menyanyangi orang di sekitar kita.

Bagaimana untuk menyanyangi diri sendiri itu, itu yang ramai manusia tewas dalam percaturan itu. Kerana menyayangi diri sendiri tidak sama sekali maksudnya dengan mementingkan diri sendiri, dan penting juga di ingatkan, menyanyangi diri sendiri tidak sama dengan memanjakan diri sendiri. Memanjakan diri=spoil yourself.....begitu teruk maknanya dalam bahasa bekas penjajah yang bestari itu, dan begitu tepat, memanjakan diri dengan bemalas-malasan, berangan-angan serta bemimpi indah tapi malas berusaha akan sekadar merosakkan diri. Ambilla pedoman dari ayat alquran ini.

“Allah tidak akan merubah nasib seseorang melainkan dia merubah dirinya sendiri”

Surah Ar-Ra’ad, Ayat 11

Orang yang mementingkan diri sendiri sebenarnya adalah orang yang membenci diri sendiri. Maka, dengan itu hatinya busuk, cemburu dengan kejayaan orang lain, tidak mempercayai orang selain dirinya (yang juga tak boleh dipercayai). Orang seperti ini, tak mungkin menyayangi orang di sekitarnya, maka mana mungkin menyayangi orang paling dekat dirinya, iaitu dirinya sendiri.

Baru-baru ini, ada seorang insan, cukup saya kagumi kata-katanya. Biarla kata-katanya itu menjadi pengakhir tulisan saya ini.

‘ setiap manusia mesti ada tujuan serta cita-cita dalam hidup.tapi jangan sesekali abaikan keluarga, tertutama ibu. Teman boleh ditukar ganti, tapi keluarga tidak sama sekali. Orang yang boleh di percayai, orang yang wajar di jadikan teman sehidup semati, adalah dia yang menyayangi ibunya, kerana orang yang menyayangi ibunya, tidak meninggalkan ibunya, tidak akan berhenti menyayangi kita, dan tidak akan meninggalkan kita.’

Wassalam.

Tidak sekalipun daku pernah mengungkapkan perkataan ini, tapi daku tersangat menyayangi ayahanda, bonda, serta kerabatku, maka daku tidak wajar di katakan orang yang berjaya.......