kevin

Thursday, February 16, 2012

Wish

As my wish,
To end my life,
As i forget the wise man said,
Only fool rise tears,
As I cannt stop loving you,
But God give me life,

A new brighter life,
That I do not deserve,

Learn to forgive,
But do not forget,
What make you smile,
Then I said to myself,
What a wonderful world,
The Almighty had created for us.....

Wednesday, January 4, 2012

Kembali ke zaman silam?

Back to the future!! Mesti ramai yang pernah tengok filem inikan? Tidak, bukan mahu mengulas mengenai filem itu. Cuma mahu mengupas konsep kembali ke zaman silam itu. Pernah tak kita terfikir untuk kembali ke zaman silam? Untuk apa kamu mahu kembali? Untuk memperbaiki kesilapan? Atau dengan erti kata lain, mengubah sejarah?

Aku pernah terbaca seseorang menulis, mahu kembali ke zaman silam, nak menyaksikan bagaimana piramid di bina, yang alim-alim sikit tu, mahu berjumpa dengan para nabi. Ada juga yang mahu kembali ke zaman silam kerana menyesal dengan kesilapan lampau, mahu mengubah sebelum terlambat....maaf, sudah terlambat, sebab tu menyesal dahulu pendaptan, menyesal kemudian kerugian. Daripada menyesal tak sudah, baik kita berubah agar menghadapi hidup baru dengan lebih baik, apa yang dah terjadi, sudahpun terjadi.

Sebab apa aku kata kembali ke zaman silam mengubah sejarah? Sebab sejarah dah tertulis bahawa kita telah melakukan kesilapan, kalau kita kembali maksudnya kita mengubah sejarah. Sejarah telah menyatakan kita lahir beribu zaman selepas para nabi-nabi.

Andainya kita kembalipun, apakah pada masa itu kita mampu mengenali nabi-nabi? Seperti mana sekarang ini, kita tak hairanpun keadaan sekeliling kita, siapa kena tindas, siapa kena bunuh, yan kita pentingkan hiburan, siapa menang bola, siapa menang raja lawak af, siapa menang pilihanraya, maka andainya kita ke zaman silam, apakah kita akan kenal, apakah akan mencari nabi? Atau kita lupa akan tujuan kita kembali ke zaman silam? Kalau berjaya kembali, jumpa orang zaman silam, nak cakap apa? "Hai, saya fulan dari zaman hadapan". (Ada caranya untuk berjumpa dengan para nabi, di syurga, ataupun melalui mimpi-mimpi, itupun ada cara-caranya, dan jikalalu kita benar layak, betul tak? Maaf kalau salah)

Andainya kita berjumpa orang di zaman silam....apakah keadaan di zaman silam itu membantu kita menjadi diri kita seperti sekarang ini? Semasa pembinaan KLCC, adakah kita mampu melihatnya? Walaupun kita hidup di zaman ini, zaman di mana KLCC di bina(yang dah lahir dan dewasa pada masa pembinaan itula), tak terfikirkah kalian andainya kita ke zaman silam, perkara yang sama, kita tak berkesempatan juga menyaksikannya..apakah akan patah remuk jiwa nurani kita kerana gagal menyaksikannya? Atau.........kerana keberadaan kita pada zaman silam itu, maka pembinaan piramid tergendala...haah masak...dah mengubah sejarah~~ menyesalla, tercata di dalam sejarah si fulan menyebabkan kegagalan pembinaan piramid.

Dengan pengetahuan yang kita ada sekarang, dengan penyesalan yang kita ada sekarang, apakah kita mampu mengubahnya seandainya kita kembali ke zaman silam? Pada firasat patik yang hina lagi bersalah ini, tidak! TIDAK! kerana keadaan pada masa lalu itu takkan berubah, keadaannya tetap sama, maka akan berlaku perkara yang sama, kesilapan atau perbuatan yang sama juga akan berlaku seperti yang telah tercatat, kerana cuma yang berubah kita. Seandainya kalian mempercayai kebolehan seseorang meramal masa hadapan, sejauh mana dia mampu mengubah masa depan? Dia cuma tahu, tapi tiada kuasa mengubahnya. Begitu jugala seandainya kita kembali ke zaman silam, kita tahu apa yang bakal berlaku tapi apala sangat yang mampu kita ubah, kerana keadaan memang begitu, keadaan diri kita pada masa itu pun begitu.(bukan keadaan yang bersalah, tapi diri kita sendiri yang bersalah)

Daripada kita berangan nak kembali ke zaman silam, daripada menyesal tak sudah, baik lagi kita bertaubat, baik lagi kita berusaha memperbaiki diri atas kesilapan umat (yang lalu) dan juga diri kita sendiri, agar kita sentiasa melangkah ke hadapan di tahun yang baru ini

P/s: ini hanya secebis pendapat yang merapu dari aku~ SELAMAT TAHUN BARU~

Tuesday, December 6, 2011

General bersalah atau tentera?













Hari ini dalam sejarah..... dah lama aku baca artikel-artikel, malah tayangan video ceramah yang boleh kata menghukum sesuatu pihak yang mana...entahla aku sendiri pun tak pasti akan kebenaran melainkan Yang Maha Mengetahui serta insan-insan terpilih...tapi bagi aku, masakan pokok akan bergoyang jikalau tiada angin mengoncang. Fitnah itu takkan timbul melainkan pihak yang memfitnah itu memang dasar hati sebusuk sampah, atau mangsa fitnah itu sememangnya bersalah(kalau betul bersalah bukan fitnahla namanya ya dak?)

Hari ini dalam sejarah, apa yang berlaku? Sepatutnya ada berbagai peristiwa, ada sedih, ada duka, ada gembira (jika benar). Tapi ada sesuatu yang memualkan, yang tak dapat di terima akal (seadainya benar kita berfikir mengunakan akal yang terbuka) , peristiwa yang seolah di reka bagi menutup sesuatu, atau aib sesorang.

Pernah tak dalam sejarah, seseorang itu menyuruh, memaksa atau mengugut seseorang untuk melakukan kejahatan, tapi yang menyuruh itu tak di jatuhkan hukuman bersalah, tapi yang melakukan itu dihukum dengan kejam? Contohnya, Hitler, Adolf Hitler,bagi yang mengetahui tentang perang dunia kedua tentu mengenali Hitler bukan? Kalau pihak Jerman itu menyerang negara lain, apakah yang bersalah itu tentera Jerman atau pemimpin Jerman, yakni Hitler. Memang yang melakukan peperangan serta pembunuhan (mana ada perang yang tak melibatkan kematian betul tak? Kecuali perang mulut atau perang dingin),yang membunuh itu tentera, tetapi atas arahan pemimpin, betul tak? Jadi yang bersalah siapa? General perang (pemimpinla) atau tentera yang bergadai nyawa atas arahan pemimpin mereka?

Nah....maka dengan itu aku mual dengan cerita karut rekaan manusia tak bertanggungjawab yang tidak berlandaskan bukti yang kukuh menunduh, memfitnah sesuka hati asalkan dapat membela, dapat membodek pemimpin yang sebenarnya bersalah,yang sepatutnya bertangungjawab.

Ada pihak pula mengatakan kejadian itu berlaku beribu tahun dahulu, dan kita yang hidup di zaman sekarang ini, janganla menuduh sesiapa, kerana jika tak benar, jatuh fitnah. Ya, tepat sekali, maka dengan itu janganla berterusan menuduh sesiapa kalau begitu, jangan berterusan menyebarkan fintah yang memusnahkan perpaduan.

Tapi...cuma inigin mengajak sama-sama berfikir(mengunakan akal serta hati yang tak terpengaruh dengan anasir-anasir luar yang busuk serta jijik), seandainya benarla penduduk tempat itu yang melakukan pembunuhan, pemimpin pada masa itu buat apa? Tidurkaa? Berhibernasi sepanjang musimka? Kenapa tidak dihukum penduduk itu, kerana yang di bunuh bukannya orang biasa! Kecuali tak lain tak bukan, pemimpin itula yang menyuruh melakukan pembunuhan, sebab itu tiada hukuman malahan ganjaran pula yang diberi sebab mengikut arahan terkutuk pemimpin durajana itu.

Ada kata-kata dari Napoleon yang mengesahkan general yang mendapat kredit.
“Soldiers generally win battles; generals get credit for them” (Napoleon yang kata ya, bukan saya)

Ini pula dari komik Calvin & Hobbes
"Dad, how do soldiers killing each other solve the world's problems?” (Calvin)

Dear Calvin, lucky I am not your dad, but honestly we dont know, after the soldiers died, then the next generation soldiers will come in the different uniform, different agenda,but kept killing each others, these is human nature...yang tak berakal dan hanya cintakan dunia sebab itu sanggup saling membunuh sesama sendiri...mereka kononnya perjuangkan keamanan, sedangkan apa yang mereka perjuangkan itu hanyala ego mereka, nafsu mereka, sebab itu sampai bila-bila takkan aman, malah kehancuran yang mereka bawa sebenarnya. Tapi general itu harus juga di hukum bersama-sama.

Monday, September 5, 2011

Andai Dia di sisi...Inikah CINTA??(part 2)

Seandainya dia (lebih molek kalau guna beliau kan?) di sisi....apakah perasaan yang bakal kita rasai? jantung berdegup kencang,nafas serta suara tersekat-sekat, gementar yang luar biasa? Apakah yang akan berlaku? Adakah kita akan semakin teguh keimanan kita terhadap Allah swt, ataupun goyah, seperti mereka-mereka yang murtad, sesat, apakah masih kita mengejar dunia dan maksiat? Memang beliau tiada di sisi(itu realiti) namun seandainya, seandaiya beliau di sisi.....alangkah bahagianya hidup bersama-sama di zaman yang penuh pancoraba ini, kerana beliau di sisi, membimbing kita, memimpin kita ke jalan yang benar(hanya bagi mereka yang mendapat hidayah, kerana sejarah telah membuktikan, walau mereka pernah hidup bersama Nabi saw, mereka menyaksikan sendiri bukti-bukti kenabian, masih ada yang tak mahu beriman, maka tak mustahil juga ia akan berlaku di zaman ini walaupun Nabi di sisi, maka janganla bermimpi, realitinya Nabi tiada di muka bumi, tapi amanat beliau, pesanan, serta Al-Quran masih ada, maka, manfaatkanla apa yang ada).

Tak kenal maka tak cinta...tapi beliau yang hidup di zaman lampau, beliau telah pun wafat sebelum nenek moyang kita lahir sekalipun, tapi beliau tetap mencintai kita, umatnya, maka salahkan seandainya kita mencitai beliau? Salahkah kita merindui beliau?

Mahu sangat kami bertemu dengan engkau, wahai kekasih yang agung,kami merindui, tapi kami juga malu mahu bertemu, kerana segala dosa serta maksiat yang telah kami lakukan. Seandainya engkau di sisi..........


Hakikatnya, beliau sentiasa di sisi. Selepas wafatnya Nabi s.a.w. siapa kata tiada dugaan, tiada kesusahan. Cuba kalian buka buku sejarah(atau sirah), pernah tak tercatat mengenai murtad, rasuah, ataupun apa-apa yang bertentangan dengan syarak? Tercatat juga dalam lembaran sejarah wujudnya golongan pemimpin yang gila kuasa,tamak serta zalim. Namun adakah itu semua menghalang perkembangan Islam? Tidak sama sekali, kerana selepas Nabi, selepas zaman para sahabat, dan zaman-zaman berikutnya, walaubagaimana susah atau deritanya kehidupan mereka, mereka mendekatkan hati mereka pada beliau,lantaran itu mendekatkan diri pada Yang Maha Esa.


Sempena bulan Syawal yang mulia ini, walauapa pun keadaan kita, gembira atau berduka, ingatlah kita akan pesan dan amanat Rasulullah, dekatkan diri dengan al-quran (bukan sekadar di bulan Ramadhan sahaja). Maaf andai ada salah serta silap bagi yang mengenali diri ini. Ya, inilah cinta, seandainya dia di sisi.


Ammutu wa ahya 'ala hubbikum,

Wadzulliya ladaikum wa'izziy bikum....


Ya Muslimin shallu alayh!

Andai Dia di sisi...Inikah CINTA??

Lama tak menulis esei,kali ini pun aku tulis atas permintaan seseorang(itupun sebenarnya dia minta aku tulis benda lain,tapi benda lain yang aku tulis,nak buat camno, inilah ilhamku~). Cinta...kata orang,tak kenal maka tak cinta, betulka? Bagaimana pula tak kenal, dan tak pernah jumpa tapi cinta yang sangat mendalam? Nanti,nanti,sabar dahulu kata penjajah"dont judge the book by it covers" kan, bukan cinta manusiawi yang di maksudkan di sini, baca dahulu sampai habis barulah kalian tahu apa yang cuba di sampaikan.

Kalian pernah bercinta? Pernah ada kekasih hati? Di mana tarikh lahir, no telefon hatta no ic pujaan hati itupun turut di hafalnya..pernah? Mungkin tak pernah, macam saya, ataupun mungkin bertepuk sebelah tangan. Tak kisahla pernah ataupun tidak bagi yang muslim, kita ada 'kekasih' yang sama, yang kita sebut dalam syahadah, serta sering berselawat kepadanya. Dia yang Ilahi pilih sebagai utusan terakhir,akhlaknya sungguh terpuji...percayala seandainya anda mencintai beliau cinta anda tidak akan bertepuk sebelah tangan, sama seperti cinta kita hamba kepada yang Maha Penyayang.


Nabi(s.a.w), dalam doanya, dalam fikirannya...Ummatku, Ummatku, Ummatku....walau ketika saat-saat akhir beliau di muka bumi ini. Namun kita, adakah kita sentiasa mengingati beliau? Pernahka kita berselawat kepada beliau?(mungkin pernah tapi ikhlaska? terbalaska jasa beliau pada kita? tak mungkin terbalas).


Apa yang kita lakukan ketika hari lahir kekasih kita? Bagi hadiah,buat majlis(atau parti)? Tapi ingatkah kita akan tarikh maulidnya atau wafatnya Nabi Muhammad (saw). Apa yang kita lakukan pada hari-hari itu? Nah, cinta apa ini? Siapa yang tak membalas cinta, Rasulullah saw sehingga ke akhir hayatnya masih mengenangkan umatnya, tapi kita....bukan setakat hari-hari biasa, pada hari lahir atau hari wafatnya beliaupun tak kita endahkan.

Tidak, pada maulidnya tak perlupun nak buat kenduri besar-besaran(melainkan bagi yang mampu, memberi orang tak berkemampuan makan itukan molek). Malah pada wafatnya tak perlupun 'over' mengangis-nangis, memukul-mukul badan tanpa sebab sehingga mencederakan diri sendiri, tiada maknanya seandainya tiada keikhlasan dalam hati kita.


Bila sesuatu yang membahagiakan kita gembira, bila seseuatu yang menyedihkan kita sedih(menangis) namun perlu sentiasa dalam keadaan kesederhanaan. Dan perlu di ingat, walau apa yang kita lakukan, kita tak mungkin akan kembali di zaman silam. Maka janganla berangan seandainya seribu tahun dahulu kita berada bersama Nabi Muhammad.....jangan bermimpi, hadapi realiti, kita berada di zaman hadapan, maka lihatla ke hadapan. Bukankah lebih elok kita memikirkan bagaimana untuk hadapi kehidupan di zaman ini, lihat, pandang dan majulah kita ke hadapan, yang lalu itu sudah menjadi sejarah,jadikan sejarah sebagai teladan. kenangi serta hargaila sejarah agar sejarah tak berulang...........(bersambung........)

Tuesday, August 9, 2011

Andaiku bukan Adam yang kau cari...........

Andai kau tak pernah bahagia di sampingku,aku rela melepaskan dirimu pergi,
Jinak merpati makan di tangan, jangan sekali di kurung di sangkar hati......

Mungkin aku bukan Adam yang kau cari, mungkin juga kau bukan dari tulang rusuk kiriku,

Tika aku mabuk dalam dakapan cintamu,
Aku lupa akan segala pesan, Kini aku sedar kembali,
Pesan nabi akanku turuti,
Kahwini wanita kerana harta, keturunan,kecantikan, agama,
Pilihlah kerana agama nescaya akan bahagia dan peroleh rahmat.

Bukan, bukan salah atau kerana dikau,
tapi kerana aku,
aku tak berharta,
keturunanku tak berdarjat,
rupa tak setampan,
mujur...aku masih beragama,
walau pernah aku terpesong serta sesat di tengah perjalanan...

Aku sedar siapa aku, aku bukan Nabi (s.a.w), bukan Ali, bukan Yusuf, mungkin aku sekejam Firaun..
tapi ingatlah, kau juga bukan Khadijah, bukan Fatimah, Bukan Zulaikha mahupun Maryam, dan aku percaya kau tak setabah Asiah......

Kasih dan budi bukan mainan, tergadai hati jiwa merana,
ia perkara berat, isu serius yang bukan sahaja melibatkan kita namun secara tak terus serta halus, melibatkan ramai pihak.

Janganla semudah itu menggadai hati
dan kemudian berlalu pergi,
kalau sudi katakanla sudi,
kalau tidak,
nyatakan tidak,
agar tiada hati retak.

Usah bermain dengan soal cinta,
Yang salah jangan simpan dalam peti hati,
Kelak kau juga yang menderita,
derita berpanjangan bila tergadainya hati.

Ini bukan mimpi,
Walau tak mahu aku berjaga,
Ini realiti,
Yang penuh pancaroba....

Pesanku pada kaum adam, Wajah yang indah di tatap saja, hati yang satu di gadai jangan....

Pesanku pada kaum Hawa, Jangan tergoda bintang di awan, kalau terbitnya di siang hari.....


Andai aku bukan Adam yang kau cari,
Serahkan semula hatiku dan silakan pergi.....
Seribu senyum, seribu madah, mungkin di kuntum racun yang bisa,
Kalau terkorban jiwa merana, seribu sesal apa gunanya.
Engkau juga bukan Hawa yang aku miliki,
Biar sejarah menjadi bukti.

Wednesday, July 6, 2011

Mungkin filem kita bergaya, Namun filem Iran berjaya (Hikayat Merong Mahawangsa(Malaysia) vs The Kingdom of Solomon (Iran))





Antara Hikayat Merong Mahawangsa(Malaysia) atau The Kingdom of Solomon (Iran). Sebagai rakyat Malaysia, aku bangga sebuah hikyat melayu, di angkat menjadi sebuah filem yang boleh dikatakan meanrik, berkualiti dan bergaya, ramai telah menontonnya, Hikayat Merong Mahawangsa(HMM).






Filem The Kingdom of Solomon(2010) sebuah filem dari Iran. Sebenarnya aku baru sahaja mengetahui serta baru menonton cerita ini






HMM, filem yang bergaya yang menelan belanja entah berapa juta dengan pelakon-pelakon yang terkenal dari dalam ataupun luar negara.....tapi.......secara peribadi,kerana ini pendapat peribadi, filem ini tak berjaya menambat hati aku sepenuhnya. cerita, jalan cerita cara pembikinan bagus...tapi entahla ada sesuatu yang kurang, tak berjaya mepersonakan aku seperti mana aku tepersona menyaksikan Puteri Gunung Ledang, dengan keindahan dialog, skrip PGL memang sungguh mengasyikkan, sungguh menawan hati. Sekadar terhibur menyaksikan HMM, dan mahu mengeluarkan diri dari panggung secepat yang mungkin ketika melihat HMM di pawagam.






The kingdom of solomon pula, rasanya budgetnya tak semewah mana,tak bergaya dengan aksi-aksi lawan yang menggunakan CGI, tiada babak-babak kurang senonoh seperti babak mandi, berkemban (kerana itu semua tak perlu jika jalan cerita sememangnya sudah cukup kuat, pasti mampu menarik penonton). Ceritanya straight forward, terus ke sebab dan punca tanpa menular ke jalan cerita yang sampingan. Sekalipun straight to the point, cerita nya, skripnya sungguh memperson dan teruja aku untuk menyaksikan serta ternanti-nanti akan kesudahannya serta berharap cerita ini panjang lagi, berharap banyak lagi yang mahu di rungkaikan. Mungkin kerana skrip atau dialog cerita ini mudah, kerana adakalnya di ambil petikan-petikan ataupun bait-bait ayat al-quran, kadang kala di selit doa serta memuji kebesaran Ilahi.




Kisanya ringkas, cerita mengenai Nabi Sulaiman a.s bagaimana dan mengapa beliau di beri kelebihan untuk mengawal jin kerana pada zaman itu alam in dan manusia tak terpisah seperti sekarang. berjaya, sungguh berjaya membuka mata kita, supaya membaca atau mengkaji kembali isi yang terkandung dalam Al-Quran, atau dalam mana-mana catatan mengenai Nabi Sulaiman. Sebuah filem yang mampu membuat kita befikir. HMM mampukah? Memangla tiada Hikyat Merong dalam Quran, tapi mahukah kita membuka lembaran Hikayat Merong selepas menonton filem itu? Mungkin ada yang membaca jika mereka benar-benar meminati sejarah.




Filem The Kingdom of Solomon, sebuah filem yang cukup sederhana, tapi sarat dengan mesej pengajaran, walau tanpa CGI,tanpa letupan kebakaran ataupun darah mengalir sana-sini, pertarungan dalam filem ini masih kelihatan 'real' dan seolah kita turut serta dalam pertarungan itu. mungkin kerana kesedehanaan atau kerana penilitian mereka dari segi aspek termasuk dalam penulisan skrip,dialog serta lakonan yang berkesan tanpa teknologi canggihpun filem Iran lebih berjaya, lebih bergaya di hatiku......




Hayatilah kata-kata yang menjadi penamat filem The Kingdom Of Solomon......




Then the saviour of mankind will come, he who is an ocean of me, the pious me, will inherit the earth and they will establish a heaven in which the humanity will be blossoming to its highest external. Then O Lord grant us the grace of good deeds, to get ourselves prepared for that time, so that we all be Your worshippers. All be Your servant, all be for You, and all be towards You......