kevin

Wednesday, January 27, 2010

BERLALUNYA MUHARAM

Saya tidak menjawab. Sunni atau Syiah tidaklah terlalu penting jika hati kita bersama Allah, Rasul dan ahli keluarganya sepertimana yang kita ucapkan tatkala berselawat dalam solat. Pengawal itu menyambung, seraya mencapai kitab Imam Tirmidzi yang dicapai dari rak bukunya yang kelihatan padat. "Dalam Sahih Tirmidzi hadis bernombor 3860: Abu Said al-Asyajj menceritakan kepada kami, Abu Khalid al-Ahmar memberitahukan kepada kami, Razin memberitahukan kepada kami, dia berkata Salam menceritakan kepada kami, dia berkata: Aku masuk menghadap Ummu Salamah sedangkan dia tengah menangis lalu aku berkata: Apa yang membuat kamu menangis? Dia berkata: Aku bermimpi melihat Rasulullah SAW, sedangkan di atas kepala dan janggut beliau terdapat debu. Lalu aku bertanya: Apa yang terjadi pada engkau Wahai Rasulullah. Beliau bersabda: "Aku baru saja menyaksikan pembunuhan Al-Husin." Orang bertanya kami, mengapa syiah menangis? Saya ingin bertanya, mengapa sunni tidak menangis? Mengapa pula tidak boleh menangis?"

Saya rasa mengerdil kerana tergagap di hadapan seorang pengawal sempadan berpangkat rendah.

Redza menerangkan lagi, "Isteri Rasullullah SAW, Ummu Salamah sendiri menangis mengenangkan pembunuhan Imam Husin, mengapa tidak kita? Nabi tidak pula melarang isterinya. Bahkan Nabi Muhammad menjelma di hadapan Ummu Salamah dalam keadaan kesedihan sehingga berlumuran debu. Nabi Yaakub a.s menangisi kehilangan Nabi Yusuf sampai matanya buta, Allah pun tidak melarang. Mengapa ada orang bertanya mengapa kami menangis mengenang tragedi penyembelihan dan pembunuhan cucu Nabi Muhammad saw. Tidakkah itu aneh?"

Petikan dari cerpen Tunggu Ana Di Karbala,oleh Faisal Tehrani, untuk lebih lanjut, lawati blog beliau http://tehranifaisal.blogspot.com/

Cerpen ini mengisahkan kisah seorang penuntut (bermazhab sunnah wal jamaah) di Karbala, di mana majoriti penduduknya adalah Syiah, dan tempat berlakunya Tragedi pembunuhan cucunda Nabi (saw) iaitu Hussein. Usah di pertikaikan, Hussein cucu Nabi (SAW), ayahnya Ali, ibunya Fatimatul Zahra, mereka adalah orang-orang yang mulia serta terpelihara, ke mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi.

Cerpen ini juga membawa isu, mengapa peristiwa Karbala yang berlaku pada sepuluh Muharram itu seolah terabai, tidak di raikan. Kita berkongsi serta meraikan hari-hari kegembiraan seperti awal muharam, hari mauludnya nabi, israk mikraj dan lain-lain lagi. Tapi mengapa tiada mahu berkongsi kesedihan Nabi? Isteri beliau turut menangisi kerana kesedihan yang di pamerkan oleh Nabi, menunjukkan sayangnya Nabi terhadap cucundanya, yang mana di ibaratkan sebagai pemuda syurga itu. Apakah layak kita menggelar diri muslimin jika tidak terbit walau sedikit rasa simpati terhadap Hussein, walau sebesar zarah sekalipun? Apakah salah mengikut serta menangisi akan beliau sedangkan Nabi (SAW) menangisi akan Hussein? (Berdasarkan hadith yang di petik dari cerpen. Setahu saya, saudara Faisal Tehrani merupakan penulis yang akan mengkaji sesuatu perkara sebelum menulisnya, tambahan ini soal hadith, beliau juga mempunyai ijazah dalam bidang syariah, maka tak wajar jika saya meragui tulisan beliau)

Bukannya mahu membicarakan perbezaan antara mazhab, cuma mahukan perpaduan antara Islam. Muharam telahpun berlalu, menandakan tahun baru, dan sebulan telah berlalu, namun apakah manfaat, apakah amalan, apakah kebaikan yang telah kita lakukan? Atau selama sebulan itu kita hanya sibuk berpesta, berkonsert, menari terkinja-kinja, al-maklumla, tahun baru masihi hampir saja dengan tahun baru islam. Tapi terpulang pada diri kita, memilih yang mana, Ilahi mengurniakan kita akal supaya dapat membezakan yang mana baik yang mana buruk. Pilihan di tangan kita, jangan sampai nafsu menjadi raja dalam diri kita.

Apala salahnya bersedih, bukankah air mata it penyejuk jiwa. Tiada salahnya menangisi akan pengorbanan cucunda Nabi SAW. Atau kita lebih suka, lebih gemar menghiburkan diri dengan hiburan duniawi yang palsu, yang tiada memberi manfaat.

Sebelum menutup bicara, ingin saya membawa bicara tentang para Ahlul Bait(keluarga Nabi) serta sunnah. Siapakah yang paling hampir dengan nabi, yang paling arif tentang nabi serta pebuatan beliau? Tiada syak lagi melainkan keluarga Nabi sendiri yang membawa serta mengamalkan sunnah sebenar Nabi Muhammad saw. Apakah anda tidak percaya?

Bayangkan diri anda seorang yang ingin menuju ke suatu destinasi, menaiki kapal terbang misalnya. Tetapi pilot sakit, siapa yang anda percaya untuk memandu kapal terbang? Apakah kawan sebelah anda, atau co-pilot yang sememangnya arif akan kapal terbang ini, serta dahulunya sentiasa medampingi pilot?? Nabi Muhammad membimbing kita ke jalan yang lurus menuju Ilahi, setelah kewafatannya siapa yang mampu membimbing kita ke jalan yang benar? Maka kita fikir-fikirkanla……… apakah kita mahu menangis atau bersuka ria, pilihan di tangan kita sendiri, Muharam telahpun berlalu.

Tuesday, January 26, 2010

KOLAM KERETA????

Abu: Kolam kereta??? Apa kebendanya tu boss??

Boss: la, kenapala kau bengap sangat, kau dulu tak pergi sekolahka?? Kau pergi~~~

Abu: ai boss,taula boss pandai, belajar sampai masasusah, saya tak tahu apa tu,

Boss: Maaf abu, car pool tu istilah untuk lebih kurang kongsi keretala, naik kereta sama-sama pergi kerjaka, mana-manaka, untuk mengurangkan trafik. Masasusah?

Abu: ooo, habaqla awai-awai. Ala, tempat bos belajar tu, masasusah susah nak sebut.

Boss: oh, Massasuchete.

Abu: hah, masasucett, entah kejadahla.

Boss: tak kisahla abu, tapi kamu ni selalu sangat lambat datang kerja, macam-macam alasan, trafik jam la, itula inila.

Abu: dah memang jam boss, lgpun saya lewat setengah jamja, boss tu yang datang awal sangat. Ofis bukapun pukul 8.30, boss pukul 7 dah terpacak kat pintu ofis, bukan salah saya.

Boss: saya bukan apa abu, saya naik LRT ,public transport, susah nak agak, kadang-kadang cepat, kadang tu lewat berjam-jam.

Abu: hmm, tapi bukankah LRT tu ikut masa, setiap berapa minit

ada trenkan?

Boss: ya, tapi kalau ada masalah tu, masalah teknikal ka apaka, sampai berjam-jam tunggu, berapa ramai orang menggunakan LRT, bayangkan la bila kena tunggu sampai tiga empat jam, dengan panasnya, tensionnya, bengangnya, lagi teruk dari traffic jam.

Abu: begitu pula, hah, tak salahla saya bawa kereta sendiri, lagipun tu kereta pusaka saya, dari turun temurun, tu yang saya tak mahu tinggalkan, tak mahu beli motor boss, macam boss, tak apala, kereta satu, motor bukan kata satu, dua tiga biji mampu beli.

Boss: saya bukan tak suka bawa kereta, masalahnya selalu sangat tersekat dengan jam, naik motor, naik lrt lg senang.

Abu: tapi bila hujan, naik motor basah, bila lrt rosak, berjam-jam tunggu. Baik naik kereta sendiri, sekat dalam jampun kereta kita sendiri, dengar laguka, baca bukuka,apaka, kurangla kadar ketensionan tu.

Boss: ya tak ya juga, bijak juga kamu ni ya abu.

Abu: memangla saya bijak, tapi tak sebijak bossla, kalau tak sayala jadi bosskan..haha

Boss: hmmm, naik kenderaan sendiri, masalah trafik, naik public, masalah masa pula, nak menunggu dan ada masa-masa tertentu.

Abu: tula, bukanla saya tak suka naik public transport, suka, murah lagi. Tapi kalau efesien, cepat,cekap serta mudah tak mengapala.

Boss: betul cakap kamu tu, bukanla tak bagus, cuma masih ada ruang untuk di perbaiki lagi. Saya cukup tertekan tempoh hari, sampai 4 jam saya menunggu di lrt wangsa maju, bukanla nak salahkan sesiapa, kerana itu masalah teknikal, tapi kalau ia berulang, sungguh merumitkan. jika naik kereta sendiripun, kadang-kadang berlaku juga masalah teknikal nikan, kereta rosakka apaka.

Abu: boss memang bijak!! Maka boss ada apa-apa cadangan?

Boss: Cadangan orang macam kita ni macamla di ambil kisah sangat, kita jangan mengharapakan bantuan sangat, bukan apa, kita boleh berusaha sendiri, kecualila jika kita memerlukan sangat bantuan.

Abu: kalau macam boss…kalau macam saya ni lagila, bagai melepaskan batuk di tangga sahajala.

Boss: itula saya terfikir akan car pool, kongsi kereta dengan kamu.

Abu: maksud boss?!

Boss: begini, saya pergi rumah kamu degan motor kesayangan saya, kemudian kita gerak sama-sama naik kereta pusaka kamu ke tempat kerja. Kongsila duit minyak, duit tolka. Setuju?

Abu: boss, biar betul, boss sanggupka naik kereta buruk dengan saya, saya ni pekerja am ja boss.

Boss: tak mengapala, setiap manusia sama sahaja, tiada bezanya pangkat ataupun harta, dahulupun saya berasal dari kampung, orang susah juga, lagi susah dari kamu ni.

Abu: betul juga tu, masakan orang berpangkat macam boss sanggup naik public, naik motorka. Saya setuju boss, tapi dengan syarat kita kongsi sama rata, saya punya gaji tak banyak, tapi saya tak mahu orang pandang rendah terhadap saya.

Boss: terpulang pada kamu, jimat sikit duit saya.

Abu: jimat ka kedekut? Haha, ayuh kita…er kolam kereta!!

Boss: jimat cermat….ya2, car pool..ops, kolam kereta.

Monday, January 25, 2010

Bilo ado tak di hargai, bilo dio pergi di rindui pula.


Mak: Itula kau jang, dulu si milah tu ado, bukan main lagi dia nak kat ekau, kau tak mau. Kato meluat jumpo dio, ekau jual mahal!

Jang: Omak, tu dulu, sekarang……

Mak: Sekarang apo jang?

Jang: Sekarang eden rindu dio mak.

Mak: Hei ekau ni jang, dulu kau kato tak berkenan dengan si milah tu. Sekarang dah ke lain? Kau ni betul tak betul jang? Dah buang tebiatko ekau ni jang? Ekau sihatko?

Jang: Hish, omak ni. Eden sihatjo omak.

Mak: Kalau ekau sihat, yang ekau poi rindu kat si milah tu napo jang?

Jang: Entahla mak, tetibajo eden raso…..eden suko pulo kat milah mak.

Mak: Hei jang, jang, ekau buangjo la raso kau pado si milah tu, milah tu dah nak kahwin dah, dengan laki kayo, ekau tu bukannya ada apo, setakat kais pagi makan pagijo.

Jang: Tapi jang cinto kat dio omak, eden rindu samo milah tu.

Mak: Sudoh2 la tu, milah dah nak kahwin, dio dah berbahagio dah.

Jang: Mano omak tau? Entah dio masih suko lagi kat jang ni hah. Jang nak poi tanyo kat milah tu.

Mak: Ekau jangan buat gilo, kenduri si milah tu dokat ja. Kang tak pasal-pasal kampong ni berlaku porang dunio ketigo. Kau lupakanjala si milah tu. Ekau bukannya berduit macam bakal laki milah tu, harap kat muko ja. Dulu milah tu terkial-kial nak kat ekau, malu dio ekau tolak macam tu jo. Sekarang milah tu dah nak kahwin, ekau tak sohlo tekial-kial nak kejar dio, tak usoh cari dio balik. Baik ekau lupakanjala. Bilo ado tak di hargai, bilo dio nak poi jauh di rindui pula!

Hah, padan muka jang tu. Tula mula-mula berlagak sangat, kesian kat milah tu. Kesian pun ada gak kat jang tu, kesian dia nanti membujang sampai ke tua, maklumla orang dah putus cinta, dah melepas. Nasihat pada si teruna-teruna tu janganla ego sangat, ingat kau tu hebat sangatka? Hot sangatka? Sory naik loryla, kumbang bukan seekor jang oi! Bungapun bukan sekuntum, pada si gadis-gadis ni, janganla terkial-kial pula ya. Kadang-kadang perempuan ni kenala jual mahal sikit, bukan apa, perempuan melayu, terutama yang Islam nila, janganla terkial-kial, terkinja-kinja cari lelaki-lelaki durjana ni, entah-entah habis madu sepah di buang. Perempuan kena jaga adab, kena jaga tatasusila. Begitu juga dengan yang lelaki, tugas lelaki menjaga wanita, bukannya mengambil kesempatan. Katanya antara lelaki dan perempuan ni, lelaki ada lebih akalkan, maka gunala akal itu sepenuhnya, janganla turut berajakan nafsu pula. Dan akhir kata hargai dan syukurila apa yang kita ada. Aiman tak kisah, edenpun tak kisah~

Bila ada tiada di hargai, bila tiada ada di rindui~~

Kehidupan yang indah

A : tajuk ni, Kehidupan yang indah, buat aku terkesima seketika, aku tak mampu nak berkata apa-apa, melainkan merenung dan melihat bait-bait ayat kau.

Aku : oooo, maka janganla berkata apa-apa, diam sahajala.

A : er…baikla, aku diam

Aku : eh, janganla merajuk

A : dah kau suruh diam, maka aku diamla :-D

Aku : tak adala, kau kata terkata-kata maka diamjala, usahla berkata-katakan, hehe. Boleh beritahu sebab apa kau terkesima?

A : sebab pertama, kehidupan mana yang indah?hidup kite semua ada liku-likunya

Aku: ooo….haha

A : hehehe

Aku: yang kedua?

A: Hidup semua orang ada liku, but you try to say that love your life

A: itu yang aku faham la, dan buat aku terkesima

Aku: oo

Aku: begini

Aku: dalam kata-kata tu

Aku: aku samakan kebenaran dengan kehidupankan?

Aku: kebenaran tu...mana ada indah

Aku: sangat pahit dan memilukan

A : ya, betul tu

Aku: tapi kita tetap cintakan kebenaran, maka kita jadikanla ia indah walau indah khabar dari rupa

Aku: kehidupan pun sama, berliku-liku, penuh ranjau dan onak durikan

Aku: tapi..kita bahagiakan?

A: itu yang buat aku terfikir

Aku: walau menderita, walau kita susah, kita patut bersyukur kita dapat merasai kehidupan

Aku: itula nikmatnya kehidupan, hidup bukan di sini sahaja, ada janji di sana nanti, cuma kehidupan di sini harus di selesikan dahulu dengan penuh kesucian, kemurnia dan kebenaran

A: kehidupan yg indah~

Aku: haha

A : try to love ur life even though full of obstacle

Aku: ya, tepat sekali

Aku : itu yg cuba di maksudkan

Aku: hehe

Aku: jadi, apakah itu yang buat kau terkesimaka?

A: ya, sangat-sangat terkesima

Aku: hahaa, sampai kelu lidah nak berkata, beku badan untuk merasa

Aku: aku....

Aku: akupun tak terkata-kata, hahahaha

A: cis, kau gelakkan aku

Aku: takla

Aku: gelakkan diri akula

Aku: pada mulanya aku cuma memikirkan ayat-ayat nan indah

A: kau sememangnya ada bakat wahai sahabat

Aku: kemudian aku fikirkan kan apa yang aku cuba siratkan

Aku: sedang di asah

Aku: takboleh nak kata apa

Aku: sekadar bakat tak mgkin berjaya, perlu berusaha keras lagi

Aku: hehe

A: terpulangla pada kau, I just said what I can felt about u, hehe

Aku: tapikan....

Apakah benar berbakat? Apakah dengan bakat sahaja memadai? Walau apapun, kata-kata itu perbualan itu menjadi perangsang, sememangnya sahabat…..dalam khidupan ini kita perlukan sahabat, kerana dengan sahabat, kehidupan kita makin berseri, kehidupan yang indah~~~ syukur pada Ilahi kerana member kita peluang untuk menikmati kehidupan yng indah~~

(bakat kejadahnya…..)

Tuesday, January 12, 2010

BERIKANKU YANG TERBAIK.....

Sebagai manusia, sebagai hamba ciptaanNYA, kita selalu berdoa serta bermunajat kepada Ilahi. Mungkin pernah (atau mungkin tidak pernah) kita berdoa seperti ini.

“Wahai Tuhanku, Wahai Yang Maha Mengetahui, kurniakan aku dan berikan aku yang terbaik”

Kita memohon yang terbaik dari Ilahi yang menciptakan kita, kerana padaNya la kita berharap, bermunajat serta berdoa. Sesunguhnya Dia l Yang Maha Pemurah lagi Penyayang yang tidak mungkin akan menghampakan hambaNya. Dia tidak akan melupakan hambaNya, tetapi kita sebagai manusia yang sering lupa, sama ada terlupa, atau sengaja melupakanNya.

Kadang kala, kita mengeluh serta tidak puas hati dengan perjalanan hidup di dunia ini, ada saja yang tidak kena. Menemui jalan buntu, kegagalan demi kegagalan, di dengki, di sabotaj, atau apa sahajala bentuk-bentuk kekecewaan. Dan di kala itu, kita mengeluh serta mengadu, mengapa begini nasibku, mengapa aku tidak mampu memiliki apa yang daku hajati.

Di sinila kita lupa akan doa kita, kita lupa akan Yang Maha Mengetahui serta Maha Penyayang yang kita bedoa serta bermunajat itu. Kita memohon yang tebaik, yang terbaik untuk kita, maka….. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik utnuk hambanya, Allah swt menyayangi hambaNya, maka di berikan apa yang terbaik untuk hambanya. Mungkin kekayaan akan merosakkan akhlak hambanya, kejayaan, pangkat serta harta akan membuatkan hamba itu bongkak serta takbur. Atau mungkin, Ilahi mejanjikan sesuatu yang lebih baik kepada kita, tapi kita tak Nampak akan kebaikan itu.

Ya Ilahi, Ya Rabbi, Ya Ar-rahman ar-rahim, aku memohon pada mu, berikanla yang terbaik untukku, sesunguhnya Kaula yang Maha Mengetahui dari segala yang mengetahui, aku bukanla hambamu yang taat, aku sering meuipakanMu, tapi Ilahi tidak pernah melupakan hamba-hambaNya……….