kevin

Monday, January 25, 2010

Bilo ado tak di hargai, bilo dio pergi di rindui pula.


Mak: Itula kau jang, dulu si milah tu ado, bukan main lagi dia nak kat ekau, kau tak mau. Kato meluat jumpo dio, ekau jual mahal!

Jang: Omak, tu dulu, sekarang……

Mak: Sekarang apo jang?

Jang: Sekarang eden rindu dio mak.

Mak: Hei ekau ni jang, dulu kau kato tak berkenan dengan si milah tu. Sekarang dah ke lain? Kau ni betul tak betul jang? Dah buang tebiatko ekau ni jang? Ekau sihatko?

Jang: Hish, omak ni. Eden sihatjo omak.

Mak: Kalau ekau sihat, yang ekau poi rindu kat si milah tu napo jang?

Jang: Entahla mak, tetibajo eden raso…..eden suko pulo kat milah mak.

Mak: Hei jang, jang, ekau buangjo la raso kau pado si milah tu, milah tu dah nak kahwin dah, dengan laki kayo, ekau tu bukannya ada apo, setakat kais pagi makan pagijo.

Jang: Tapi jang cinto kat dio omak, eden rindu samo milah tu.

Mak: Sudoh2 la tu, milah dah nak kahwin, dio dah berbahagio dah.

Jang: Mano omak tau? Entah dio masih suko lagi kat jang ni hah. Jang nak poi tanyo kat milah tu.

Mak: Ekau jangan buat gilo, kenduri si milah tu dokat ja. Kang tak pasal-pasal kampong ni berlaku porang dunio ketigo. Kau lupakanjala si milah tu. Ekau bukannya berduit macam bakal laki milah tu, harap kat muko ja. Dulu milah tu terkial-kial nak kat ekau, malu dio ekau tolak macam tu jo. Sekarang milah tu dah nak kahwin, ekau tak sohlo tekial-kial nak kejar dio, tak usoh cari dio balik. Baik ekau lupakanjala. Bilo ado tak di hargai, bilo dio nak poi jauh di rindui pula!

Hah, padan muka jang tu. Tula mula-mula berlagak sangat, kesian kat milah tu. Kesian pun ada gak kat jang tu, kesian dia nanti membujang sampai ke tua, maklumla orang dah putus cinta, dah melepas. Nasihat pada si teruna-teruna tu janganla ego sangat, ingat kau tu hebat sangatka? Hot sangatka? Sory naik loryla, kumbang bukan seekor jang oi! Bungapun bukan sekuntum, pada si gadis-gadis ni, janganla terkial-kial pula ya. Kadang-kadang perempuan ni kenala jual mahal sikit, bukan apa, perempuan melayu, terutama yang Islam nila, janganla terkial-kial, terkinja-kinja cari lelaki-lelaki durjana ni, entah-entah habis madu sepah di buang. Perempuan kena jaga adab, kena jaga tatasusila. Begitu juga dengan yang lelaki, tugas lelaki menjaga wanita, bukannya mengambil kesempatan. Katanya antara lelaki dan perempuan ni, lelaki ada lebih akalkan, maka gunala akal itu sepenuhnya, janganla turut berajakan nafsu pula. Dan akhir kata hargai dan syukurila apa yang kita ada. Aiman tak kisah, edenpun tak kisah~

Bila ada tiada di hargai, bila tiada ada di rindui~~

1 comment: