kevin

Wednesday, June 8, 2011

Tiada Lagi Pembunuhan
























Sejarah...sejarah mungkin berulang, namun kenangan hanya akan kekal dalam ingatan pada mereka yang mahu mengingati serta mahu mengenang peristiwa lalu agar menjadi pedoman. Pembunuhan bersiri masih lagi segar dalam ingatan, bagaimana si layang terperangkap dalam makmal. Walau telah meninggalkan segala kenangan lalu di makmal Prof W itu, segala kebahagiaan ataupun penderitaan semasa di menara gading itu....sejarah berulang.....




Seekor merpati entah bagaimana telah tersesat dalam makmal yang tak sampai seminggu aku menjejakkan kaki. Aneh, sungguh aneh, tapi benar. Sejarah yang berulang, mengimbau kembali kenangan tapi kini aku berseorangan, tiada lagi K menemani di sisi seperti waktu dulu. Maka kenangan, hanyala kenangan yang kadangkala, memilukan kadang pula mengajar erti kehidupan.



Seperti tajuk, kali ini tiada lagi pembunuhan berlaku, terbukti sejarah silam memberi seribu pengajaran. Sejarah bukan untuk di hafal, bukan sekadar untuk lulus periksa. Sejarah wajar di hayati oleh setiap yang bergelar insan.



Merpati itu mungkin telah terperangkap dalam makmal dalam tempoh yang agak lama, kerana dia sangat lemah, walau bukanlah seperti merpati putih yang patah sayapnya di udara~~ mungkin kerana tak makan atau minum selama beberapa hari. Walau ada sedikit kepayahan, namun merpati tersebut berjaya di tangkap. Di berikan air (distilled water okeyh) lalu melepaskannya ke udara, tak seperti layang yang mati terperangkap dan kehausan.




Rasa betapa kejamnya diri ini, tapi sejarah mengubah serta membentuk peribadi diri. Manusia seharusnya ada perasaan belas kasihan sesama manusia, hatta pada haiwan seperti merpati itu. Namun lihatla apa yang berlaku pada zaman ini. Saban hari manusia semakin kejam, malah lebih keji dari makhluk yang di keji. Manusia....insan....sejarah membuktikan berapa ramai manusia di bunuh, di pancung tanpa di beri setitik air sekalipun. Bilakah manusia mahu meneladani sejarah? Bilakah manusia mahu menjadi insan yang tidak bertopeng? Bila keinsanan mahu hadir pada manusia....



Peringatan buat diri sendiri, buat semua dalam meniti kehidupan....barang yang lepas, hai janganla di kenang, jika di kenang, meracunla diri.....benar seperti lagu P. Ramlee ini. Namun sejarah harus sentiasa di ingati serta di hayati, supaya sejarah tidak akan berulang, supaya tidak berlaku pertumpahan darah, supaya tidak ada lagi hati yang merana.......