kevin

Tuesday, October 27, 2009

Konon Raja, konon Hebat.....



Raja rimba, singa, raja kepada segala pemuburu2 di hutan, haiwan yang di geruni. Bumi ini ibarat pesta makanan bag imereka, makan apa sahaja, buru apa sahaja, gajahpun di makannya. Namun ada seekor binatang yang langsung tidak takut singa, landak! Dengan bantuan duri singa tidak boleh membunuhnya, malah ada snga terbunuh kerana tercucuk duri landak. Singa, raja pemburula sgt, namun bagi landak tiada ertinya gelaran raja itu, hilang segala gelaran, segala kemahsyuran….


Kancil dan helang, pertarungan kecekalan. Kancil menyelam bagimengelak di makan, helang menuggu dan memerhatika dgn mata helangnya, dengar cerita penglihatan yang sangat tajam. Namun….tiada erti mata helang tu, dgn mudah tertipu, di sangkakan kancil rupanya hanya batu, kancil selamat, helang pula pulang ke sarang dgn perut kosong….tula jangan berlagak sangat. Setinggi-tinggi mana helang terbang, akhirnya mencecah tanah jua~~Bijak juga sang kancil ini ya....

Kerjasama antara semut, kalau ada manusia mencontohi bayangkan projek mega sekalipun adalah perkara kecil, perkara2 kecil jangan dibesarkan, perkara2 besar dikecilkan di Bandar besar….

Siapa TAhu 2....

Tanpa cinta, hidup itu sunyi,

Tanpa cinta, apa yg ada pada hidup,

Tanpa cinta hidup akan sepi,

Cinta membawa seri pada kehidupan,

Cinta membawa kegembiraan dalam hidup,

Cinta mengukir senyuman pada wajah,

Manusia jatuh cinta,

Tapi menyembuyikannya,

Siapa tahu,

Entah mengapa mereka takut,

Takut meluahkannya secara terbuka,

Tahukah mengapa, entah mengapa,

Cinta itu indah dari segala segi,

Asalkan kita yang mengindahkannya,

Cinta biasanya membawa keihklasan,

Cinta yang ikhlas itula indah,

Bukan kerana hawa nafsu,

Fitrah manusia, lumrah manusia mempunyai cinta,

Entah mengapa kau,

Hanya kau seorang mengelaknya,

Entah mengapa,

Adakah sebenarnya kau sudah jatuh,

Namun kerana egomu,

Menyembunyikan cintamu,

Mengapa, mengapa, mengapa……..

Apakah kau dalam musibah,

Apakah kau akan di bunuh,

Seperti majnun cintakan Laila,

Namun apakah zaman ini,

Zaman antara dua darjat?

Tak kenal maka tak cinta,

Tak cinta maka tak kenal,

Cinta itu pelbagai,

Cintailah semua yang mecintai,

Bukan sekadar duniawi,

Juga cinta nan abadi,

Siapakan tahu….

PEMBUNUHAN BERSIRI

Ya, seperti yang di nyatakan dalam tajuk ini kisah pembunuhan, pembunuhan bersiri pada hanya satu malam. Pembunuhan apa? Bukan, bukan seperti yang ada gambarkan, mungkin anda tak mampu nak membayangkannya sekalipun. Dan bukan juga berlaku pada seribu tahun yang lalu, ini bukan kisah tragedi berdarah itu jua, ini kisah penuh misteri…..er, misterika? Entahla tapi kisah ini melibatkan kisah pembunuhan, kepada pembaca yang….eh adaka orang baca? Ni blog aku, aku punya sukala nak tulis apakan, kalau nak baca, silakanla baca……

Makmal Prof W (ingat X-men ja ada Proffesor X, UAC, Universiti Aku Cinta pun ada, Prof W), waku pukul 8 malam. Pada waktu ini, aku sedang berada di dalam makmal, secara tiba-tiba…..jengjengjeng, muncul la…….bukan apa sangatpun, seekor burung layang-layang (rasanyala) entah mana dia sesat entah, boleh pula terbang dalam banggunan ‘sekolah’ yang penuh bahan kimia itu. Tak sempat untuk menutup pintu, si layang ni terbang masuk dalam makmal. Sudah, apa cerita, kalau si laying ni boleh bantu aku buat eksperimen takpala, ni menganggu konsentrasi, menyemakkan mata, dan menyelerakkan. Maklumla, dalam makmal, penuh dengan bikar, si laying ni suka hati ja terbang-terbang, dengan kipas terbuka.

Aku pergi makmal sebelah, nasib baik ada orang, “k,kak nak pinjam penyapu”, kakak tu bagi kat si K ni, (kawan aku), tanyala, nak buat apa, rajin bonar sapu makmal, malam-malam. Aku pun jawab, eh, bilik aku sendiri aku tak sapu, ni kan makmal, nak halau burung la. “Burung!!!”, bukan main terperanjat K, ya, kenapa tak percayaka? Marila tengok.

Kembali semula ke makmal aku (tapi milik Prof W la), elok si layang ni bertenggek atas kebuk wasap, amboi-amboi, layang, layang, kau ingat ni makmal kau yang punya. Ishq2, dahla aku ada kerja, tapi kesian pula si layang ni terperangkap, pandai masuk, tapi tak reti-reti nak keluar. Aku pun dengan menggunakan senjata terhebat, penyapu 360~ menghalau si layang ni, tapi….tak mahu juga dia keluar, dengan pintu terbuka luas, tingkappun terbuka, tapi kerna si layang ni terbang tinggi, tak dapat dia mencari sinar untuk keluar. Puas cuba menghalaunya, kipas pun aku tutup takut si layang ni langgar kipas, kasihan pula, K pun dah penat tolong aku, kesian K, tak pasal2 kena tolong aku menghalau si layang ni. Kemudian K mencadangkan supaya buka kipas, dan aku berdiri di suatu bahagian, halau dia berterusan ke pintu…….. ishaq! Sikit lagi, kata K “hei keluarla, tak nampakka pintu tu”, sabar K, aku tahu kau penat, kita berehat sebentar ya, si layang tu pun dah penat, bilah kipas syiling tu dah berapa kali hinggap kepaknya. Okla,duduk la sekejap melihat keserabutan makmal akibat usaha menghalau si layang ni. Ai, aku la kena kemas, nanti marah pula kakak master Prof W, aku ni FYP ja. Tapi si layang ni harus di halau keluar, tak boleh di biarkan bermaharaja lela di makmal, ni makmal kami, ini makmal aku, aku juga nak buat kerja aku, cepat siap, cepat boleh balik!

Dengan semangat yang waja, aku memegang penyapu…..tapi……. “alamak, aku ada kerja sikit, kakak tu dah nak balik, kejap lagi aku dating ya”, K pun pergi meninggalkan aku berseorangan dengan si layang, luntur semangatku, aku ambil kertas buat bola untuk di baling kat si layang yang tertenggek kat atas kebuk wasap dengan siulan dia yang tak jelas, si layang ni burung yang kurang upaya rasanya, aku melihat mulutnya terbuka-buka seperti mahu bersiul, tapi tiada ku dengari siulannya itu, kasihan. Argh,tapi aku dah bosan, akupun balingla bola yang aku buat tadi. Tidakan reflex si layang ni sangat pantas, sempat dia melarikan diri dan melayang pergi,akupun berdiri dengan penyapu di tangan…….pang!! tub!!.......Layang!!! Si layang terlanggar bilah kipas, dan jatuh, jatuh ke arah oven. Aku tergamam, kelu, beku seketika, apa aku dah buat ni, dan apa aku harus buat? Jatuhnya si layang melanggar mangkuk penyejat, dan kemudian telangkup, tertangkup, atau apa la, si layang terperangkap di bawah mangkuk itu, aku lihat dia cuba melawan kerana ada gerakan, bila aku sampai……dia dah tiada…… Aku duduk terdiam.

Beberapa minit kemudian K pun datang, melihat aku dengan wajah suram, muram serta kelam itu. “mana layang?”, akupun menunjuk kea rah oven, dan menerangkan segalanya secara terperinci. “Kau sudah membunuh!”, dan kemudian ketawa. Ai, K, aku tengah bersedih ini, aku punyala berusaha, sampai mula-mula tutup kipas untuk tidak mencederakan si layang, kerana si layang ini, walau seekor burung yang sesat (tapi pelik gak, mcm mana dia sesat sampai masuk banggunan sekoah, betulka burung?) K boleh pula buat lawak pula! Tapi bila dia lihat aku berterusan sedih, dia kembali berkata dengan nada memujuk, dahla, bukan salah kau, benda dah jadikan, kita dah tak boleh buat apa, dah sampai masanya. Yala, K, terima kasih la kerana ada di sisi aku pada masa –masa begini, dahla siapkan kerja kemudian kita balikla jom. Aku pun mengambil bungkusan untuk membungkus jasad si layang, meneruskan kerja aku. Dan kemudian pulang bersama K. Aku meletakkan si layang di bawah pokok, hmmm kesian, tak di tanampun, rasa bersalah di biarkan begitu sahaja.

Aku pun pulang dengan bas. Dalam bas……pembunuhan kedua berlaku. Kes yang serupa, binatang sesat lagi, kali ni seekor ulat bulu! Ulat bulu dah naik daun, maksudnya orang gatal sudah menunjukkan belang, tapi ulat bulu dah naik bas? Apa cerita? Ulat bulu menjalar di bahu K, aku lihat K dalam keadaan resa gelisah,hah, baru kau tahu, aku ni berdaulat, jangan sekali merendah-rendah kan daku ini~~ Aku pun menepis ulat bulu itu, dan memijaknya, sampai lumat tanpa belas kasihan. Selepas yang pertama, yang kedua tiada rasa apa, “kau…bunuh lagi!!!! Dah dua pembunuhan dalam satu malam!”, ish dia ni, ulat bulu tu gatal, bahaya ada dalam bas ni, macam mana dia boleh ada, ada sarang serangga ka dalam bas ni, uzur benar bas university ni, sampai boleh berkembang biak segala serangga, entah-entah burung tadi tu pun bersarang di sekolah itu, ai pelik2. Tak pasal-pasal aku menjadi pembunuh. Pembunuhan bersiri.

Keesokan hari, aku pergi ke tempat aku meletakkan jasad si layang yang aku biarkan terkulai begitu sahaja. Tapi…..tiada…hilang entah ke mana, cuma sebahagian sayapnya sahaja yang ada. Apakah telah di baham kucing, putus kepalanya dan di bawa berarak keliling kampus? Apakah kepaknya itu telah terpisah dari jasad, jasad di bawa ke tempat lain, kepaknya sahaja terbiar? Aku ambil dan menanamnya dengan baik. Hai, apala kejam sangat aku ni, patutnya tanam ja semalam, sudahla dia mati terperangkap, setelah kepenatan, mesti lapar dan dahaga. Hei, kejam sekali, sungguh tiada peri kemanusiaan aku ini. Mungkin benar apa yang K kata itu, pembunuh bersiri……..tapi kisah ini mengingatkan aku kepada sesuatu, kisah ini benar-benar berlaku, dan membawa kepada kisah yang lain. Hmm, alangkah indahnya kehidupan jika tiada pertumpahan darah, tapi aku telah melakukan………………….

Thursday, October 22, 2009

Nama Hamba, Ali Akhbar.....

Nama hamba Ali Akhbar ( bukan nama sebenar). Namun apakah maksudnya? Siapa yang bernama Ali Akhbar? Apakah tuan-tuan semua ketahui? Tidak tahu? Pernah dengar tapi lupa? Atau buat-buat tak tahu?

Akhbar…….bagi yang beragama Islam, sehari, berapa banyak kali mendengarnya, contohnya dalam seruan azan memuji Yang Maha Besar. Namun bukan itu yang mahu hamba ceritakan di sini, in cerita mengenai siapa Ali Akhbar. Bukan juga cerita tentang hamba, nama sebenar hamba bukanla Ali Akhbar pun, sekadar mengguna pakai nama itu, ala-ala gelaran gitu.

Kisah ini tentang cicit Nabi Muhammad s.a.w, yakni Ali Akhbar ibnu Hussein. Hussein adalah puteranya Ali (sepupu Nabi yang handal itu) bersama dengan isteri beliau, Fatimah Az-zahra. Nabi, Ali, Fatimah serta Hassan (abang Hussein), serta Hussein adalah para Ahlul Bayt yang di muliakan seperti dalam beberapa hadis yang sahih, hadis dari pelbagai mahzhab mengiyakan perkara ini sehingga tak boleh di pertikaikan. Cuma pada ahli keluarga lain seperti para isteri nabi apakah mereka juga tergolong dalam golongan ini, itu pertikaian lain, tiada hamba ingin membawa kisah pertikaian, kerana wujudnya pertikaian kerana wujudnya ketidakpastian, hamba cuma menceritakan apa yang pasti sahaja.

Ali Akhbar……pemuda yang mulia akhlaknya, baik serta pekerti tingkahnya, jauh sekali dengan pemuda-pemuda zaman sekarang ini, terutama sekali hamba, sangat berbeza. Malu pula rasanya jika membandingkan diri dengan beliau, upama langit serta bumi, umpama pipit dengan helang dan semestinya hambala pipit yang perasan, beliau itu helang yang merendah diri. Namun satu perkara yang unik pada Ali Akhbar.

Wajahnya……wajah orang2 mulia mestila bercahaya, dengan nur serta takwanya. Namun bukan sekadar itu. Beliau memiliki wajah yang mirip dengan moyangnya, Nabi Muhammad s.a.w. Sehingga Hussein pernah berkata pada anaknya ini, sekiranya beliau (Hussein) rindu akan datuknya, akan di tatapnya wajah Ali Akhbar.

Namun itu semua tiada menghalang dari tragedi berdarah Karbala. Mula dengan Ali Ashgar yang masih bayi, di bunuh dengan anak panah menembusi lehernya ketika di pegan oleh Hussein. Selepas anak Hussein yang masih bayi itu, satu persatu anak, keluarga keturunan Nabi yang lain gugur di tanah Karbala. Tiada langsung belas kasihan, sehingga Ali Akhbar, wajah mirip Nabi sekalipun mereka bunuh. Siapa yang bunuh? Jangan terkejut, kerana di Karbala itu, yang memerangi Hussein bukannya orang lain, bukan kafir, tetapi mereka yang kononnya beragama Islam jua. Apa sebenarnya yang terjadi? Bukankah Nabi berpesan supaya kita sentiasa berpegang pada keluarganya selain al-quran, bukan melakukan mereka seperti ini, bukan membunuh mereka.

Sehingga Ali Akhbar, pemuda belasan tahun yang wajah mirip Nabi itu sekalipun di bantai, di bunuh dengan kejam sehingga tanah Karbala menjadi merah di basahi dengan darah-darah insan-insan mulia, darah Hussein , darah keturunan Nabi……apakah layak mereka, apakah layak kita mengelar kita umat Nabi, sehingga peristiwa berdarah itu sekalipun tiada kita ambil peduli.

Tiada hamba sedarjat, semulia, setampan, sesuci sosok nan agung ini, namun akan hamba jaga nama mulia ini, supaya di kenang sepanjang zaman…..

Segala derita Dia kan mendengar,

Kebenaran tiada akan di telan zaman,

Segala duka ada penawar,

Kita menghampiri akhir zaman,

Sunday, October 11, 2009

Antara dua darjat: Kebenaran atau kehiburan?

Antara kebenaran dan hiburan mana satu yang kita pilih? Sudah semestinya….hiburan kan? Masakan tidak, budaya sekarang, budaya masyarakat Malaysia yg terpengaruh dengan budaya2 barat sehingga hilang identity kita, budaya hedonism yang memuja sebarang bentuk hiburan. Tak usah di petikaikan lagi, pelabagai bentuk hiburan, lagu, drama, cerita ceretra, filem malah apa saja baik media cetak atau media elektronik atau media apapun semuanya di penuhi dengan hiburan! Hiburan semata-mata.

Minda kita di sogok serta di suap dengan pelbagai bentuk hiburan sehingga kita alpa akan kebenaran. Segala-gala keraian, perayaan di raikan dalam bentuk hiburan! Pada 10 dan 11 Oktober Universiti Aku Cinta (UAC) mengadakan….entah kejadah apa, yang aku dengar suara MC menjerit-jerit, 1 siswa! 1 Siswa! 1 siswa! Apa dengan terkinja-kinja menari atas pentas, menyanyi dengan suara sumbang, menjeri-jerit, terpekik-pekik itu mencerminkan siswa? Apkah itu budaya orang yang terpelajar yang di katakana berilmu, bakal memimpin bangsa dan Negara? Maaf kata, makin rosak Negara kalau begitu. Semua asyik alpa dengan hiburan, apa saja dengan hiburan. Kejadahnya 1 Siswa tu, apa ada satu siwa ja ka seluruh Negara ni? Malaysia sudah semestinya hanya 1, siswa tak mungkin 1 melainkan bersatu.Palestin di bom dan di bantai, darurat di selatan Thai, mujahid terus berjuang di Lubnan bergadai nyawa, gempar di Negara jiran, taufan lagi….apa yang kita buat? Yeah Konsert, dan teruskan konsert.

Nak menarik nama, kita buatla konsert amalkan, sedangkan beribu mati di dunia, kita membuat konsert mengalakkan maksiat dengan alasan untuk beramal? Wahai pemimpin yang rasanya mahu di gelar pemimpin, lihatla kerosakan, mentaliti macam sampah. Hanya tahu berhibur, hibur, hibur. Apabila mahu di berikan ilmu, argh…bosan, masakan tidak sudah sekian lama behibur, terkinja-kinja atas ataupun bawah pentas, melalak, meraung, melihat cerita atau filem yang makin membawa mereka ke jalan kehancuran…bolehkah mahu menerima kebenaran? Benar kebenaran itu menyakitkan, tapi ia ibarat ubat untuk hati yang, bukan seperti hiburan yang ibarat dadah yang tak membawa manfaat tapi hanya ketagihan.

Mahukah anak-anak muda ini hadir ke sesi ceramah agama, mahukah membaca serta menghayati kitab-kitab agama ataupun ilmu-ilmu lain,hadir awal ke masjid tika jumaat dan menghayati khutbah, mahukah menerima kebenaran? Bukan kata orang muda, malah orang tua kerepot yang kubur sedang memanggilpun sama sahaja. Bukan semua tapi kebanyakan. Ada juga orang muda yang sedar diri, mula mencari erti kehidupan sebenar, bukan sekadar mengecap kesedapan serta hiburan semata. Namun persoalannya….apakah kebenaran yang kita percyai benar selama ini benar-bernar benar? Seperti yang di katakana kebenaran itu menyakitkan, memeritkan malah mungkin jua ada sesetengah orang tidak mahu menerimanya, namun perlukah sampai kebenaran itu di sorok?

Falsafah cina ada mengatakan cara menyampaikan ilmu yang paling elok adalah seperti memberi seorang yg dahaga di berikan gelas, gelas yang kosong, dan isi separuh, kemudia jika dia mahu terpulang pada dia untuk mencari sendiri. Jika terus di isi penuh sudah pasti dia tak mampu menerimanya.

JIka falsafah itu yang di pegang, tidak mengapa, tapi jangan sampai di sorok, dan memalsukan kebenaran! Teringat saya tentang kisah penulis terkemuka Negara, Faisal Tehrani yang teaternya seolah di boikot. Tiada bantuan kewangan, tiada bantua apa-pun, semuanya bergerak atas usaha beliau serta krew-krew beliau. Sebab apa? Sebab teater beliau membawa mesej kebenaran, Kopitiam Ghadir, membawa mesej Ghadir Khom, mesej ataupun khutbah haji terakhir Nabi saw sebelum wafat. Sampai teater ini yang asalnya mahu di pentaskan di DBP, tapi terpaksa di tunda dan di pindahkan ke ITNM, di mana dewan ini tidak mempunyai kemudahan untuk mementaskan teater sekali[un. Sebab apa? Apa yang di takutkan dengan teater itu? Bukankah teater itu di penuhi dengan selawat, memuji Rasul serta Ahlul bayt? Apa yang dikhuatirkan sangat mengenai Ghadir Khom ini?

Itu salah satu kebenaran yang di akui benar, tapi di sorok dan di simpan sekian lama. Satu lagi kisah yang mahu saya bawakan, kisah Karbala. Tanah Karbala kini d Iraq, pada seribu tahun yang lalu, ada sebuah tragedi berdarah pada 10 Muharram di situ. Tragedi pembantaian serta pembunuhan keluarga, keturuanan Nabi saw. Di Karbala inila, cucu Nabi tercinta di bunuh dengan kejam selepas beberapa hari berlapar dan dahaga akibat di kepung oleh tentera Yazid. Ada suara mengatakan tragedy berdarah ini sekadar suatu propaganda orang-orang syiah, suatu fiksi yang sengaja di reka. Apa ini benar? Tetapi…fikirla secara logika akal, mazhab syiah ini, ataupun juga di kenali sebagai mazhab Ahlul Bayt, meraka menekankan kemuliaan serta kemaksuman Nabi serta keturunan beliau, mereka mengatakan mereka cintakan Ahlul Bayt, apakah orang seperti ini sanggup mereka cipta kematian kekasih mereka sendiri? Apa mereka ni orang yang sanggup mengaibkan Nabi serta keturunannya demi kepentingan mereka? Atau musuh Islam yang mereka cipta bagi menutup kebenaran Islam?

Bukan mahu mengatakan syiah itu benar,cuma tertanya mengapa kisah Karbala tidak di ketahui kita yang mengatakan diri kita Islam, cucu Nabi di bantai tiada kita ketahui? Nabi kita sama, kita mengakui Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir. Kita umat Islam di galakkan berselawat ke atas Nabi serta keluarganya yang suci, kerana para malaikat serta Ilahi turut berswelawat ke atas mereka seperti dalam firman Allah swt di dalam al-quran. Namun mengapa kisah ini di tutup, malah ada yang menuduh itu cuma cerita rekaan. Bagi mereka yang berfikir tentu mampu membezakan yang mana satu kebanaran. Kisah karbala tidak bermula pada 10 Muharram dan tidak jua berakhir pada 10 Muharram, syahidnya Saidina Hussein di bunuh begitu kejam dalam keadaan lapar dan dahaga, tidakkah ia wajar di tangisi? Bukankah beliau cucu Nabi? Mengapa mahu di tutup kisahnya, jika ia sebuah rekaan, maka apa sebenarnya yang terjadi? Kebencian Yazid terhadap keturunan Nabi di pupuk oleh ayahnya Muawiyyah, yang sudah tercatat dalam sejarah beberapa kali berperang degnan Ali yang menjadi Khakifah pada masa itu. Selepas kewafatan Ali, Muawiyyah menggunakan tipu muslihat sehingga memperoleh kuasa Khalifah dari Hassan. Kemudian Hassan di racun. Selepas Muawiyyah mati, Yazid memain peranan sebagai Khalifah. Jika di katakan peristiwa karbala tidak berlaku, apa yang sebenarnya berlaku? Masakan Hussein, cucu Nabi, seorang yang mulia hanya mendiamkan diri melihat kerosakan dan kehancuran yang di lakukan Yazid? Di manakah kebenaran……

Walau selicik mana, walau bagaimana cuba di selindung dan di tutup, kebenaran itu ibarat cahaya yang akan terus bersinar, suatu hari sinar akan menerangi bumi, kebenaran akan terbongkar jua. Hiburan itu tiada salahnya, aslkan kita mampu mengawalnya jangan sampai kita di kawal oleh hiburan. Usahlah di sogokkan kami dengan hiburan lagi, benarkanla kami berfikir mencari kebenaran, bukankah siswa itu seharusnya menggunakan otak untuk berfikir, bukan guna tekak untuk memekik, bukan terkinja-kinja menari!

Saturday, October 10, 2009

Abah, ni burung apa?





Anak:Abah ni burung apa?

Abah:Burung pipit.

Anak:burung apa?

Abah: burung pipit..

Anak: Burung apa?

Abah: Pipit nak (sambil tersenyum)

Pernah tgk iklan ini? Iklan apa entah, tak kisahla, petronas rasanya, dalam iklan tu entah burung apa entah, tp situasi yg daku alami…burung pipit. Peristiwa itu sudah tersangat lama berlalu, aku sendiri sudah hampir melupakannya, namun ia pernah berlaku, cuma aku bertanya hanya sekalija, ayahku tegas orangya~ haha.

Dah lama berlalu, tp kini kembali segar di ingatan bila aku melihat burung-burung di kampong orang. Padahal kampong sendiri adaja burung tapi tak pula teringatkan, tapi nak buat macam mana, orang penang kata nak buat laguu mana dah…. dah pergi kampung orang tu barula teringat, barula terusik memori itu, al maklumla kampung sendiri dah biasa, dah jadi mcam rumah sendiri, makan tido tengok tv….bila pergi kampung orang barula nak terpegun barula nak jadi jakunkan…

Pada tanggal 27 september, itula detik bersejarah bagi aku(kerana adanya sejarah tersendiri), mula-mula pergi rumah pensyarah di KB(pkla sendiri KB tu apa kejadahnya, yang pasti bukan dlm minda kau tu). Rumahnya……indah pemadangan, bagi mereka yang tak pernah duduk atau lalu sawah indahla, bagi yang dah biasa tu…ele sawahjerr! Namun bagi aku tetap indah dengan angin sepoi-sepoi bahasa. Selepas menuggu lama dan berborak panjang,lepas makan nasi afghan (bagi aku biasaja, aku dah pernah makan kot cuma nama lain,, bagi mereka yang tak pernah makan tu mulala kejakunannya) barula berangkat pulang…bukan balik, bergerak ke rumahlain, dgn alasan raya! Padahal raya dah seminggu berlalu.

Kat rumah nila,rumah tok wan seorang dari kami,rumah tok sahabat ni kat Manggis ja(promosi manggis ni hah,haha) ada reban burung, rumah dia dokat bonar la dengan rumah pensyarah tu, jalan kaki pun sampai, bagi edenla, eden biasajo jalan kaki. Ni gambar aku ambil kat rumah depa,jadi jakun sat. lama ku tenung gambar(walau dalam gambar tu xda burungpun, laju sgt kot burung2 tu terbang) aku teringat kisah aku…

Abah pulang dari kerja, tapi tak seperti biasa, helmet dah terbuka sebelum menjejak kaki ka pintu rumah(abah pergi kerja naik motorja, bukan subaruka, murano ka, lecturer mampula, tapi memang mantap2la lecturer2 aku, kereta hebat2, cuma student diaja xmantap). Abah sedang melihat dalam helmetnya…aku pun pa lg, masa tu budak berhingus lagi, excited terlebih, tengok2 ada burung….

Abah ni burung apa? Burung pipit…..(walau pipitja, bak kata orang jangan samakan pipit dgn helang, lumrah dunia pipit tak boleh terbang sama tinggi dengan helang, argh peduli apa aku, burung juga walau bukan helang, bukan merbuk, bukan burung tekukur). Abah cakap…entah apa dia cakap, tapi aku bayangkan burung itu berada dalam helmet, dan abah memakai helmet tu….pelik! Yang pasti aku xtahu mcm mana burung tu berada dalam helmet, anda tahukah? Abah beritahu lagi, cakapla, atau habaq pada kami burung ni cedera, maka beliau membersihkan luka, menjaga burung itu sampai sembuh….yang ajaibnya...burung ni tak cuba melawan malah seolah memahami abah Cuma ingin menolongnya, berapa lama kami beri dia makan,sehingga ia sembuh lalu pegi meningglkan rumah kami, ceh, tak ucap thanks pun (hahaha, mcamla aku faham apa burung tu cakap). Tapi ini bukan kisah burung, kisah aku kagum tehadap keprihatinan abah, walau terhadap pipit. Bayagkanla bagaimana duania ini ibarat helang yang sanggup terbang bersama pipit, walau tinggi mana, walau bedarjat mana, walau sekaya mana seseorang itu tidak lupa akan orang yang berada di bawahnya, pemipin yang tidak mengabaikan rakyat.

Dunia ini akan menjadi indah jika manusia tidak mengejar pangkat atau kekayaan. Apa yang ada pada darjat, pangkat serta harta? Nanti bila mati hanya amalan kita menjadi bekalan, tiada Ilahi pandangan semua itu melainkan takwa kita.

Abah pernah bercakap, pertanian….berbakti pada tanah dan memelihara ternakan antara pekerjaan yang molek. Memupuk erti kesedaran, kesabaran serta keredahaan. Berbakti pada tanah bukan mudah, banyak cabaran serta risikonya, namun memupuk kesedaran bahawa walau kita berusaha, hasilnya atau rezeki kita bukan di tangan kita, kita harus bersusaha, namun kita juga harus redha akan pemberianNYA. Menternak haiwan bukan mudah. Perlu kesabaran yang tinggi, walau binatang ini tak demand mana, tak kisahpun duduk dalam reban yang nak roboh, tak minta air panaska sejukka, tak minta makanan banyak mana, asal ada makanja (jangan la tak bagi ternakan makan, nanti mati kelaparan serta kehausan, jangan biarkan peristiwa berdarah itu berulang!), tapi binantang ni tak berakal, maka kita manusia yang berakal ni harusla menggunakan akal dan bersabar, tp binatang ini....yala kata tak berakal, kadang2 memecahkan barang, merosakkan juga, tp ia masih sesuatu yang bernyawa……

SEKIAN……Terbangla Helang, usah di kau peduli akan mereka yang mencemburui dirimu~

#Pss…cerita ni ada yang benar dan ada juga dongengan serta satira semata-mata, bagi mereka yang celik dan minda terbuka tentu memahaminya….