kevin

Thursday, October 22, 2009

Nama Hamba, Ali Akhbar.....

Nama hamba Ali Akhbar ( bukan nama sebenar). Namun apakah maksudnya? Siapa yang bernama Ali Akhbar? Apakah tuan-tuan semua ketahui? Tidak tahu? Pernah dengar tapi lupa? Atau buat-buat tak tahu?

Akhbar…….bagi yang beragama Islam, sehari, berapa banyak kali mendengarnya, contohnya dalam seruan azan memuji Yang Maha Besar. Namun bukan itu yang mahu hamba ceritakan di sini, in cerita mengenai siapa Ali Akhbar. Bukan juga cerita tentang hamba, nama sebenar hamba bukanla Ali Akhbar pun, sekadar mengguna pakai nama itu, ala-ala gelaran gitu.

Kisah ini tentang cicit Nabi Muhammad s.a.w, yakni Ali Akhbar ibnu Hussein. Hussein adalah puteranya Ali (sepupu Nabi yang handal itu) bersama dengan isteri beliau, Fatimah Az-zahra. Nabi, Ali, Fatimah serta Hassan (abang Hussein), serta Hussein adalah para Ahlul Bayt yang di muliakan seperti dalam beberapa hadis yang sahih, hadis dari pelbagai mahzhab mengiyakan perkara ini sehingga tak boleh di pertikaikan. Cuma pada ahli keluarga lain seperti para isteri nabi apakah mereka juga tergolong dalam golongan ini, itu pertikaian lain, tiada hamba ingin membawa kisah pertikaian, kerana wujudnya pertikaian kerana wujudnya ketidakpastian, hamba cuma menceritakan apa yang pasti sahaja.

Ali Akhbar……pemuda yang mulia akhlaknya, baik serta pekerti tingkahnya, jauh sekali dengan pemuda-pemuda zaman sekarang ini, terutama sekali hamba, sangat berbeza. Malu pula rasanya jika membandingkan diri dengan beliau, upama langit serta bumi, umpama pipit dengan helang dan semestinya hambala pipit yang perasan, beliau itu helang yang merendah diri. Namun satu perkara yang unik pada Ali Akhbar.

Wajahnya……wajah orang2 mulia mestila bercahaya, dengan nur serta takwanya. Namun bukan sekadar itu. Beliau memiliki wajah yang mirip dengan moyangnya, Nabi Muhammad s.a.w. Sehingga Hussein pernah berkata pada anaknya ini, sekiranya beliau (Hussein) rindu akan datuknya, akan di tatapnya wajah Ali Akhbar.

Namun itu semua tiada menghalang dari tragedi berdarah Karbala. Mula dengan Ali Ashgar yang masih bayi, di bunuh dengan anak panah menembusi lehernya ketika di pegan oleh Hussein. Selepas anak Hussein yang masih bayi itu, satu persatu anak, keluarga keturunan Nabi yang lain gugur di tanah Karbala. Tiada langsung belas kasihan, sehingga Ali Akhbar, wajah mirip Nabi sekalipun mereka bunuh. Siapa yang bunuh? Jangan terkejut, kerana di Karbala itu, yang memerangi Hussein bukannya orang lain, bukan kafir, tetapi mereka yang kononnya beragama Islam jua. Apa sebenarnya yang terjadi? Bukankah Nabi berpesan supaya kita sentiasa berpegang pada keluarganya selain al-quran, bukan melakukan mereka seperti ini, bukan membunuh mereka.

Sehingga Ali Akhbar, pemuda belasan tahun yang wajah mirip Nabi itu sekalipun di bantai, di bunuh dengan kejam sehingga tanah Karbala menjadi merah di basahi dengan darah-darah insan-insan mulia, darah Hussein , darah keturunan Nabi……apakah layak mereka, apakah layak kita mengelar kita umat Nabi, sehingga peristiwa berdarah itu sekalipun tiada kita ambil peduli.

Tiada hamba sedarjat, semulia, setampan, sesuci sosok nan agung ini, namun akan hamba jaga nama mulia ini, supaya di kenang sepanjang zaman…..

Segala derita Dia kan mendengar,

Kebenaran tiada akan di telan zaman,

Segala duka ada penawar,

Kita menghampiri akhir zaman,

No comments:

Post a Comment