kevin

Sunday, October 11, 2009

Antara dua darjat: Kebenaran atau kehiburan?

Antara kebenaran dan hiburan mana satu yang kita pilih? Sudah semestinya….hiburan kan? Masakan tidak, budaya sekarang, budaya masyarakat Malaysia yg terpengaruh dengan budaya2 barat sehingga hilang identity kita, budaya hedonism yang memuja sebarang bentuk hiburan. Tak usah di petikaikan lagi, pelabagai bentuk hiburan, lagu, drama, cerita ceretra, filem malah apa saja baik media cetak atau media elektronik atau media apapun semuanya di penuhi dengan hiburan! Hiburan semata-mata.

Minda kita di sogok serta di suap dengan pelbagai bentuk hiburan sehingga kita alpa akan kebenaran. Segala-gala keraian, perayaan di raikan dalam bentuk hiburan! Pada 10 dan 11 Oktober Universiti Aku Cinta (UAC) mengadakan….entah kejadah apa, yang aku dengar suara MC menjerit-jerit, 1 siswa! 1 Siswa! 1 siswa! Apa dengan terkinja-kinja menari atas pentas, menyanyi dengan suara sumbang, menjeri-jerit, terpekik-pekik itu mencerminkan siswa? Apkah itu budaya orang yang terpelajar yang di katakana berilmu, bakal memimpin bangsa dan Negara? Maaf kata, makin rosak Negara kalau begitu. Semua asyik alpa dengan hiburan, apa saja dengan hiburan. Kejadahnya 1 Siswa tu, apa ada satu siwa ja ka seluruh Negara ni? Malaysia sudah semestinya hanya 1, siswa tak mungkin 1 melainkan bersatu.Palestin di bom dan di bantai, darurat di selatan Thai, mujahid terus berjuang di Lubnan bergadai nyawa, gempar di Negara jiran, taufan lagi….apa yang kita buat? Yeah Konsert, dan teruskan konsert.

Nak menarik nama, kita buatla konsert amalkan, sedangkan beribu mati di dunia, kita membuat konsert mengalakkan maksiat dengan alasan untuk beramal? Wahai pemimpin yang rasanya mahu di gelar pemimpin, lihatla kerosakan, mentaliti macam sampah. Hanya tahu berhibur, hibur, hibur. Apabila mahu di berikan ilmu, argh…bosan, masakan tidak sudah sekian lama behibur, terkinja-kinja atas ataupun bawah pentas, melalak, meraung, melihat cerita atau filem yang makin membawa mereka ke jalan kehancuran…bolehkah mahu menerima kebenaran? Benar kebenaran itu menyakitkan, tapi ia ibarat ubat untuk hati yang, bukan seperti hiburan yang ibarat dadah yang tak membawa manfaat tapi hanya ketagihan.

Mahukah anak-anak muda ini hadir ke sesi ceramah agama, mahukah membaca serta menghayati kitab-kitab agama ataupun ilmu-ilmu lain,hadir awal ke masjid tika jumaat dan menghayati khutbah, mahukah menerima kebenaran? Bukan kata orang muda, malah orang tua kerepot yang kubur sedang memanggilpun sama sahaja. Bukan semua tapi kebanyakan. Ada juga orang muda yang sedar diri, mula mencari erti kehidupan sebenar, bukan sekadar mengecap kesedapan serta hiburan semata. Namun persoalannya….apakah kebenaran yang kita percyai benar selama ini benar-bernar benar? Seperti yang di katakana kebenaran itu menyakitkan, memeritkan malah mungkin jua ada sesetengah orang tidak mahu menerimanya, namun perlukah sampai kebenaran itu di sorok?

Falsafah cina ada mengatakan cara menyampaikan ilmu yang paling elok adalah seperti memberi seorang yg dahaga di berikan gelas, gelas yang kosong, dan isi separuh, kemudia jika dia mahu terpulang pada dia untuk mencari sendiri. Jika terus di isi penuh sudah pasti dia tak mampu menerimanya.

JIka falsafah itu yang di pegang, tidak mengapa, tapi jangan sampai di sorok, dan memalsukan kebenaran! Teringat saya tentang kisah penulis terkemuka Negara, Faisal Tehrani yang teaternya seolah di boikot. Tiada bantuan kewangan, tiada bantua apa-pun, semuanya bergerak atas usaha beliau serta krew-krew beliau. Sebab apa? Sebab teater beliau membawa mesej kebenaran, Kopitiam Ghadir, membawa mesej Ghadir Khom, mesej ataupun khutbah haji terakhir Nabi saw sebelum wafat. Sampai teater ini yang asalnya mahu di pentaskan di DBP, tapi terpaksa di tunda dan di pindahkan ke ITNM, di mana dewan ini tidak mempunyai kemudahan untuk mementaskan teater sekali[un. Sebab apa? Apa yang di takutkan dengan teater itu? Bukankah teater itu di penuhi dengan selawat, memuji Rasul serta Ahlul bayt? Apa yang dikhuatirkan sangat mengenai Ghadir Khom ini?

Itu salah satu kebenaran yang di akui benar, tapi di sorok dan di simpan sekian lama. Satu lagi kisah yang mahu saya bawakan, kisah Karbala. Tanah Karbala kini d Iraq, pada seribu tahun yang lalu, ada sebuah tragedi berdarah pada 10 Muharram di situ. Tragedi pembantaian serta pembunuhan keluarga, keturuanan Nabi saw. Di Karbala inila, cucu Nabi tercinta di bunuh dengan kejam selepas beberapa hari berlapar dan dahaga akibat di kepung oleh tentera Yazid. Ada suara mengatakan tragedy berdarah ini sekadar suatu propaganda orang-orang syiah, suatu fiksi yang sengaja di reka. Apa ini benar? Tetapi…fikirla secara logika akal, mazhab syiah ini, ataupun juga di kenali sebagai mazhab Ahlul Bayt, meraka menekankan kemuliaan serta kemaksuman Nabi serta keturunan beliau, mereka mengatakan mereka cintakan Ahlul Bayt, apakah orang seperti ini sanggup mereka cipta kematian kekasih mereka sendiri? Apa mereka ni orang yang sanggup mengaibkan Nabi serta keturunannya demi kepentingan mereka? Atau musuh Islam yang mereka cipta bagi menutup kebenaran Islam?

Bukan mahu mengatakan syiah itu benar,cuma tertanya mengapa kisah Karbala tidak di ketahui kita yang mengatakan diri kita Islam, cucu Nabi di bantai tiada kita ketahui? Nabi kita sama, kita mengakui Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir. Kita umat Islam di galakkan berselawat ke atas Nabi serta keluarganya yang suci, kerana para malaikat serta Ilahi turut berswelawat ke atas mereka seperti dalam firman Allah swt di dalam al-quran. Namun mengapa kisah ini di tutup, malah ada yang menuduh itu cuma cerita rekaan. Bagi mereka yang berfikir tentu mampu membezakan yang mana satu kebanaran. Kisah karbala tidak bermula pada 10 Muharram dan tidak jua berakhir pada 10 Muharram, syahidnya Saidina Hussein di bunuh begitu kejam dalam keadaan lapar dan dahaga, tidakkah ia wajar di tangisi? Bukankah beliau cucu Nabi? Mengapa mahu di tutup kisahnya, jika ia sebuah rekaan, maka apa sebenarnya yang terjadi? Kebencian Yazid terhadap keturunan Nabi di pupuk oleh ayahnya Muawiyyah, yang sudah tercatat dalam sejarah beberapa kali berperang degnan Ali yang menjadi Khakifah pada masa itu. Selepas kewafatan Ali, Muawiyyah menggunakan tipu muslihat sehingga memperoleh kuasa Khalifah dari Hassan. Kemudian Hassan di racun. Selepas Muawiyyah mati, Yazid memain peranan sebagai Khalifah. Jika di katakan peristiwa karbala tidak berlaku, apa yang sebenarnya berlaku? Masakan Hussein, cucu Nabi, seorang yang mulia hanya mendiamkan diri melihat kerosakan dan kehancuran yang di lakukan Yazid? Di manakah kebenaran……

Walau selicik mana, walau bagaimana cuba di selindung dan di tutup, kebenaran itu ibarat cahaya yang akan terus bersinar, suatu hari sinar akan menerangi bumi, kebenaran akan terbongkar jua. Hiburan itu tiada salahnya, aslkan kita mampu mengawalnya jangan sampai kita di kawal oleh hiburan. Usahlah di sogokkan kami dengan hiburan lagi, benarkanla kami berfikir mencari kebenaran, bukankah siswa itu seharusnya menggunakan otak untuk berfikir, bukan guna tekak untuk memekik, bukan terkinja-kinja menari!

2 comments:

  1. hehe, tak tahu nak komen apa, sebab tak baca habis pun buku tu.

    apa pun good thing to ponder!

    ReplyDelete
  2. tiada ku baca jua....
    namun Karbala bukan sekadar darama,
    ia Tragedi berdarah,
    namun kebenaran pasti terbongkar,
    tiada akan di telan zaman
    setiap kata di dengar,
    setiap langkah di perhati....

    ReplyDelete