kevin

Wednesday, March 2, 2011

A month with a gansgter final part

(cubaan menulis dalam bahasa inggeris sebelum ini kerana malu dan terkilan dengan sesuatu yang ada bersangkut-paut dan ada kaitan dengan hidup dan mati, tapi ternyata....i look stupid in english, maka sambungan akan di tulis dalam bahasa ibu pertiwi, kerana lebih feel, lebih selesa serta berjiwa dengan bahasa kita, bahasa yang suatu masa dahulu, merupakan lingua franca)

Sememangnya beliau mahu mengambil aku bekerja di bawahnya, sama ada aku mahu atau tidak. Kebetulan sejarah memang adalah minat serta bakat semulajadi aku.

Maka keseokan harinya, kedatangan aku ke tempat kerja dengan muka berseri-seri, kerana aku tahu aku bakal meninggalkan tempat ini tidak berapa lama lagi. Biarla, si pengurus itu nak marah, nak hamun, aku tetap buat kerja dengan tenang tanpa sedikitpun melawan sehinggakan si pengurus itu tak tahu nak marah apa lagi.

Boss datang dan menanyakan tentang ‘temuduga’ semalam itu. Selepas mendengar berita gembira itu, boss senyum “terpulang pada kamu, itu kehidupan awak”. Aku nekad serta dan yakin untuk tinggalkan tempat ini sebelum aku terpalit dengan berbagai-bagai lagi masalah. Boss kemudian bertanya, “si botak dah sampai belum?”. Si botak belum sampai lagi, tapi sebentar tadi apek pun ada menyakan tentang si botak, tapi botak tiada maka apek menunjukkan van yang akan di beri pada si botak. “Nanti itu botak sampai, lu kasi ini kunci sama dia oo, tangga ada dalam” sambil menunjukkan aku tangga tersebut. Flashback ku kepada boss. Lalu boss menyatakan nanti aku perlu tolong si botak pasang lampu di rumah baru boss,berdua sahaja.

Seram sejuk aku mendengarnya.....sebelum ini, pernah si botak mengamuk akibat tersalah maklumat, dia ke Mall B sedangkan barang sepatutnya di hantar ke Mall A, sehingga boss sendiri memujuknya dalam ketakutan. Si botak hanya kurus serta kecil orangnya, boss yang berbadan tegap itupu takut dengan botak....ai, apalah nasib.

Nasib baik ataupun tidak, kerja mesti dengan penuh keihklasan, itu pesan ayahku. Dalam perjalanan.....botak ni banyak betul bercakap, berbagai cerita serta kisah silamnya di ceritakan padaku. Botak menyatakan kedua ibu bapanya dah tua, tepat sangatla waktunya untuk menunaikan haji(sebelum pergi rumah baru boss, kami singgah ke Lembaga Haji). Biarpun kesuntukan masa, dia akan berusaha sedaya upaya untuk menolong mereka, mulia sungguh hati seorang bekas samseng ini.

Dalam banyak-banyak kisah hidupnya ada satu kisah yang menarik bagi aku...pada suatu hari, si botak naik motor, berjalan-jalan di kotaraya, tiba-tiba nampak kejadian meragut, botak mengejar peragut sampai.....terlepas, tak sempat, botak kata kalaula boleh dia sanggup langgar si peragut tu, botak ini sungguh anti dengan peragut kerana orang rumahnya dulu pernah di ragut dan masuk hospital seminggu.

Walaupun botak ni samseng,dia sangat berjiwa patriotik dan sangat cintakan negara. Dia sangat sedih melihat situasi politik di negara tercinta kita ini, berpecah belah, rasuah sana sini....dan “apa la orang sibuk-sibuk sangat nak beli kereta import, kalau tak kerana kerajaan berusaha nak pulihkan industri kereta tempatan, kita orang biasa, orang susah takkan merasa naik kereta sendiri, harapkan bus atau naik motor sampai tiga empat orang.

Semasa memasang lampu di rumah baru kondominium mewah boss, si botak menyanyi. Lalu botak bertanya, apa genre lagu yang aku minat. Botak menambah, lagu yang dia dengar bukan sebarang lagu, walaupun lagu rock, namun isinya itu yang penting, lagu rockpun kadangkala boleh di selitkan unsur ketuhanan, lagu seperti ini sebenarnya dah lama ada orang ja tak sedar. (aku salah seorang yang baru sedar)” Amy search tu, macam mana dia boleh lepas buat konsert di Kelantan? Yang sangat menjaga budaya, yang sangat islamic itu. Pasal Menteri Besar faham akan maksud yang cuba di sampaikan dalam lagu Amy”. Lalu botak menyanyi.......

73 pintu~ 73 jalan,yang sampai hanya satu jalan~~~..... “kau tau lagu apa ni? Tanya sama itu hud-hud, mula dengan suatu hadis tu”.....benar, memang benar aku tahu hadis itu, dan aku tahu lagu itu, tapi tiadala aku perasan akan semua itu. Sungguh aku banyak belajar dengan samseng botak ini, bukan setakat belajar pasang lampu dan kipas sahaja. Tak semua lampu serta kipas siap,maka esok kenala datang lagi. Tapi.....van kena kunci, akibat lebih masa park.

Gerun.....aku lihat botak sedang marah-marah. Dia terus ke lif, mungkin ke pejabat. “tak mengapala, kita memang dah terlebih waktu working hour, nanti kita claim kat boss”. Guard pun datang membuka, dan kamipun pulang tanpa pertempuran darah berlaku.

Keesokan harinya, dalam perjalanan ke rumah boss tu...botak menyatakan dia tak banyak cakappun, dengan aku ni sahaja dia banyak cakap. Memangpun, biasanya dia serious. Macam-macam kami borakkan, kali ini isu bahasa. “walaupun aku ni Cuma technician, apa ingat lekeh sangat ka aku ni, boss aku dulu, orang british, dia cakap english aku faham, aku cakappun dia faham, yang pekerja baru tu nak berlagak sangat tu kenapa, bukan bagus sangatpun english dia tu.” Wow....samseng ini kelas international , botak kemudian berborak dalam bahasa inggeris.....aku sebgai graduan, malu untuk berbahasa inggeris dengan dia.......(ini la punca entry sebelum ini dalam BI ya).

Hari ni kami buat kerja dengan cepat, kena balik awal, hari jumaat, jalan akan sesak sangat. Dalam lebih kurang 10 minit sahaja terlewat daripada waktu “working hour”, harap tak kunci seperti semalam,lagipun telahku berikan no telefon aku supaya tidak berulang kejadian semalam. Namun.......sekali lagi, van di kunci. Bukan setakat botak, akupun rasa nak mengamuk. Kali ni aku sama-sama naik ke pejabat. “aku takkan bayar lagi, kalau tak mau buka aku pecahkanja kunci tu”. Aku mulai gerun, apakah si botak akan mengamuk.......tapi tidak, si botak jumpa pengurus yang gemuk itu, cakap dengan penuh santun akan masalah kami. Tapi....si gemuk menghamun botak, “u lagi? Guard lain kali ingat, jangan kasi dia masuk”. Botak mengamuk, maki-maki gemuk, dan mengugut gemuk “lu ingat ar, boss saya balik, saya kasi tau dia” kebtulan hari ni boss ke luar negara. Dan kemudian guard kelam kabut keluar hendak membuka kunci, pak cik guard tu baik juga orangnya, namun bukan dia yang mengunci van, shift orang lain....”minta maaf ya, saya buka ya”. Botak membalas dengan penuh berhemah,”bang saya minta maaf bang, saya tak marah abang, saya marah gemuk yang biadap tu!!”. Sekali lagi, bernasib baik tiada pertumpahan darah berlaku, si botak cakap , kalau kena bayar juga, dia akan panggil geng-geng dia untuk membuat onar dalam kondo nan mewah ini..........nasib baik sekali lagi.

Itu semua dah berakhir, walau aku kadangkala merindui suasana riuh-rendah di kedai itu, tapi aku tahu aku juga tidak sesuai berada dalam situasi itu. Tempat aku,kerja aku menjalankan kajian, eskavasi sejarah, namun sejarah sebulan bersama samseng tetap menjadi pedoman dan pengajaran.....

No comments:

Post a Comment