16 April....
Assalamualaikum semua....hmmm....dahulu, aku ada segalanya. Hidup aku dahulu memang bahagia. Penuh dengan keceriaan,SPM dapat pangkat tinggi, sampai boleh masuk universiti, lalu aku pu berangan nak kerja ofis kat KLCC~~ Namun itu semua dah....tiada....Aiih, Kenapa ini semua berlaku? Adakah kerana keangkuhan dan kebongkakan aku masa zaman sekolah? Zaman dahulu? Kerana dosa-dosaku yang lalu?
Akhirnya akuuuuu cuma menggetap jariiii,
Saban hari aku hidup begini~
Aihhh....ada awek pun dah cabut lari. Kawan-kawan pun semua dah aku pingirkan. Kenapala dengan diriku ini.
Kiniiiiiii ku termenung sendiriii,
Memikirkan nasib diriiii iniii
Oooo, Tuhan~ ampunkanlah daku, atas dosa-dosa ku,
Yang laluuuu~~ Wowowoo~
Tetiba, handphone aku berdering. Sahabat baik aku zaman di universiti, mengajak mendaki Bukit Broga, yang kebetulan, dekat dengan rumah aku. Well, dahulu memang aku fit, pantas serta cergas,sekarang.....sendiri mau ingatla. Tapi yang utama....i dont have any money :-(....tapi sahabatku berkeras, dia sangup sponsored aku, aku cuma perlu bawa baju dan diri sahaja. sebabnya dia perlukan aku untuk pikul beg bawa makanan. okla, tak mengapala, lagipun lama sudah tak berjumpa mereka dan mendaki bersama-sama. Lagipun free, fully sponsored...walaupun dekat, tak pernah aku panjat Broga tu. Biasala, gajah depan mata kita tak nampak, semut yang jauh jua di carinya.....on lagipun.....
Rela terima, apapun syaratnya, dan dugaan,
Untukku buktikan cintaku~
Asalkan dapat ku mengubati hatiku yang cedera ditumpaskan cinta~
Asalkan dapat ku menundukkan amukan gelora jiwa
Yang menagih kasih~
Semoga malamku tidak lagi jadi medan air mata~
Menusuk segenap kalbukuuuu~~~
Apa lagi yang aku boleh buat pun, sertai sahajala mereka...KRU....Kerana Rakan2 Unggul, daripada menangisi nasib diri ini....besok pukul 3 pagi.....
17 April.....
Sampai di Broga, well...biasala, janji melayu, pukul 4 pagi baru sampai, tapi alhamdulillah semua dah selamat sampai dari jauh-jauh, ada dari utara, selatan timur dan barat pun ada. Selepas bermaah serta bertegur sapa, panaskan badan yang kaku kesejukan dan dengan mata kuyu mengantuk, kami teruskan perjalanan. Permulaanya di ladang kelapa sawit, 1.7 km ke puncak. Terasa berat kaki melangkah, namun di gagahkan jua.
Bukit Broga antara tempat pendakian yang popular, tapi semasa kami mendaki, takla ramai sangat orang....sebenarnya, kami sahaja yang ada waktu tu....
Bagi yang tak biasa naik gunung, tapi badan kuat serta ada stamina, mungkin seronok mendaki. tapi....perjalanannya seolah.....trip mini gunung, kerana ada kalanya curam, tambahan dengan tanah yang licin. Rasanya, broga ini bekas ladang, sebab di penuhi dengan lalang sahaja, belum lagi menjadi hutan sekunder....dan....
Kilauan bintang berkelip-kelip di langit tinggi~
Dan cahaya menari-nari di langit biru~
Tidaklah dapat menenangkan perasaanku~
Yang rindukan kehadiranmu kasih~~
(ai...omak dah kobar, jangan di rindu orang yang tak rindu kat kita)
Namun pendakian ini memberi semangat baru pada aku. Walau aku tak sekuat dulu, namun aku masih mampu ke puncak. Walau sepanjang pendakian, aku banyak menyendiri, maklumlah yang lain bawa pasangan masing2, siapala aku ni kan, walaupun in love...in love with nature jer... Walaupun agak mengecewakan jugala di puncak, demi puncak, kerana ada 4 puncak(or checkpointla) tapi sampai puncak paling tinggi, paling akhir, paling peribadi.....signboard menulis....
Selamat datang ke Broga...ketinggian 400m....waaaahhhh 400 m kalau lari di stadium tak sampai seminitpun (dulula) tapi ini 1 jam lebih...tapi mana taknya, jalan dahla terkedek-kedek sambil berhenti bergambar sambil di temani cahaya rembulan. Sebelum sarapan kami menunaikan solat subu dahulu.....well, sungguh aku mengkagumi sikap KRU ni, memang Kerana Rakan Unggul, tak lupa tunaikan solat walau di puncak.
bagus...........tanggungjawab pada Tuhan!
Dan sarapan....the main is...POPIAH!! terima kasih pada pembuat popiah itu, sampai licinla, dan aku paling banyak makan rasanya(padahal duit satu sen tak keluar). Kemudian kami bereha-rehat, menikmati cahaya matahari terbit, ada yang sibuk bergambar...namun aku melayan perasaan sambil mencari signal wifi....
Kiniiiii ku termenung sendiriiii,
Memikirkan nasid diriii iniii~~
Dan sempatla menulis satu sajak yang tak siap lagi, kerana ada gangguan bunyi akibat keseakan manusia, tapi semangat itu kembali juga setelah kegagalan, kekecewaan serta kejatuhan. Sungguh in relationship with the creator, bring us to The Almighty creator back...
Di sulami udara nan segar,
Di puncak yang datar,
Dengan badan kembali cergas,
Walau tidak sepantas,
Akal juga kembali waras,
Aku kembali bernafas....
POPIAH!!!!!
Aku turun berseorangan, kerana...entah, itu bisikan hati ku, lagipun keadaan sangat sesak, maka aku memisahkan diri dari kumpulan kerana mereka tertinggal di belakang aku turun selaju yang aku mampu, melompat, berlari kalau boleh....Namun, tiba-tiba....lagu ghazal untuk rabiah tergiang di minda....
Dan nyanyian pari-pari dari kayangan,
best ka?? nak p tapi xda geng T_T
ReplyDeleteboleh la~~~
ReplyDeletepilu la baca entry ni....huu
ReplyDeletedi tulisa dengan hati yang sayu barangkali...tapi cerita hanya rekaan, bukit itu mmg ciptaan....
ReplyDelete