kevin

Monday, May 30, 2011

Topeng..tak seindah wajah....

TOPENG!!! Semua itu topeng!! Semua itu lakunan semata-mata. Mengapa manusia begini? Sanggup hidup menipu orang lain, dan menipu diri sendiri?

Di pamerkan wajah keceriaan, kebahagiaan serta kemesraan, namun hakikatnya hanyala palsu semata-mata. Di sebalik hati tersimpan rasa sepi, rasa pilu dan rasa malu terhadap diri sendiri.

Topeng!! Hanya lakunan semata-mata, tak seindah wajah langsung! Di luar pakai kopiah, bertudung purdah bagai, namun hatinya.....salahnya, dosanya...hanya tuhan yang tahu. Mengapa manusia begini? sanggup hidup di nodai perasaan bersalah menghantui diri? Mahukah, maniskah di puji alim sedangkan jiwa di nodai dosa?

Di katakan janji setia, cinta sampai ke syurga, namun belum sampai ajal, ke neraka di tujuinya. Begitu mudah manusia melupakan Pencipta yang Maha Agung.

Di janjikan sanggup bergadai nyawa serta harta demi kebahagiaan sejagat, namun secara sembunyi(ataupun tidak), gunung emas di peluknya, di tolak tepi rahmat mahupun berkat.

Begitu murah harga manusia, di jual beli hanya dengan cinta, nafsu serakah,serta ternoda dengan harta. Sungguh dunia hanya pentas lakunan hidup insan yang berpura-pura.

Dahulu kita selalu mendengar, iblis bertopengkan manusia, kini, manusia jauh melebihi....manusia bertopengkan...peringatan untuk semua......dunia di penuhi dengan drama insan berpura-pura, hidup kita sebagai hamba Ilahi, bukan sekadar di dunia, andai kata di dunia di penuhi dengan maksiat serta dosa, bekalan apa yang mahu kita bawa untuk menghadap yang Esa? Bukan senang nak hidup senang, tapi jauh lagi susah untuk hidup tenang......usahla mempamer wajah keindahan yang topengan semata-mata. Pandangla dengan mata hati, ikut rasa binasa, ikut hati mati......termakan budi, sampai hujung nyawa tak terbalas pekerti....




Ku sangka aur di pinggir tebing,
Kiranya tebu di pinggir bibir,
Ku sangka jujur pancaran batin,
Rupanya palsu penghias zahir,

ku kira hati jiwa nurani,
suci seindah wajah terbayang,
ku kira puji seikhlas hati,
ku lupa lidah tak bertulang,

Di manis gula semut binasa,
Kail berduri di salut umpan,
Di manis kata insan terlena,
Kerana budi hamba terkorban,

Inikah dia lakunan hidup,
Di pentas dunia insan berpura,
Tipu dan daya pencapai maksud,
Budi dan harta merangkum noda....
(S.M Salim-Tak seindah wajah)

Monday, May 23, 2011

Diari Di Broga Bersama KRU.

Diari Di Broga Bersama Kru





16 April....


Assalamualaikum semua....hmmm....dahulu, aku ada segalanya. Hidup aku dahulu memang bahagia. Penuh dengan keceriaan,SPM dapat pangkat tinggi, sampai boleh masuk universiti, lalu aku pu berangan nak kerja ofis kat KLCC~~ Namun itu semua dah....tiada....Aiih, Kenapa ini semua berlaku? Adakah kerana keangkuhan dan kebongkakan aku masa zaman sekolah? Zaman dahulu? Kerana dosa-dosaku yang lalu?

Akhirnya akuuuuu cuma menggetap jariiii,
Saban hari aku hidup begini~



Aihhh....ada awek pun dah cabut lari. Kawan-kawan pun semua dah aku pingirkan. Kenapala dengan diriku ini.







Kiniiiiiii ku termenung sendiriii,


Memikirkan nasib diriiii iniii

Oooo, Tuhan~ ampunkanlah daku, atas dosa-dosa ku,


Yang laluuuu~~ Wowowoo~




Tetiba, handphone aku berdering. Sahabat baik aku zaman di universiti, mengajak mendaki Bukit Broga, yang kebetulan, dekat dengan rumah aku. Well, dahulu memang aku fit, pantas serta cergas,sekarang.....sendiri mau ingatla. Tapi yang utama....i dont have any money :-(....tapi sahabatku berkeras, dia sangup sponsored aku, aku cuma perlu bawa baju dan diri sahaja. sebabnya dia perlukan aku untuk pikul beg bawa makanan. okla, tak mengapala, lagipun lama sudah tak berjumpa mereka dan mendaki bersama-sama. Lagipun free, fully sponsored...walaupun dekat, tak pernah aku panjat Broga tu. Biasala, gajah depan mata kita tak nampak, semut yang jauh jua di carinya.....on lagipun.....


Rela terima, apapun syaratnya, dan dugaan,
Untukku buktikan cintaku~
Asalkan dapat ku mengubati hatiku yang cedera ditumpaskan cinta~
Asalkan dapat ku menundukkan amukan gelora jiwa
Yang menagih kasih~


Semoga malamku tidak lagi jadi medan air mata~
Menusuk segenap kalbukuuuu~~~




Apa lagi yang aku boleh buat pun, sertai sahajala mereka...KRU....Kerana Rakan2 Unggul, daripada menangisi nasib diri ini....besok pukul 3 pagi.....




17 April.....




Sampai di Broga, well...biasala, janji melayu, pukul 4 pagi baru sampai, tapi alhamdulillah semua dah selamat sampai dari jauh-jauh, ada dari utara, selatan timur dan barat pun ada. Selepas bermaah serta bertegur sapa, panaskan badan yang kaku kesejukan dan dengan mata kuyu mengantuk, kami teruskan perjalanan. Permulaanya di ladang kelapa sawit, 1.7 km ke puncak. Terasa berat kaki melangkah, namun di gagahkan jua.


Bukit Broga antara tempat pendakian yang popular, tapi semasa kami mendaki, takla ramai sangat orang....sebenarnya, kami sahaja yang ada waktu tu....

Bagi yang tak biasa naik gunung, tapi badan kuat serta ada stamina, mungkin seronok mendaki. tapi....perjalanannya seolah.....trip mini gunung, kerana ada kalanya curam, tambahan dengan tanah yang licin. Rasanya, broga ini bekas ladang, sebab di penuhi dengan lalang sahaja, belum lagi menjadi hutan sekunder....dan....




Kilauan bintang berkelip-kelip di langit tinggi~
Dan cahaya menari-nari di langit biru~
Tidaklah dapat menenangkan perasaanku~
Yang rindukan kehadiranmu kasih~~


(ai...omak dah kobar, jangan di rindu orang yang tak rindu kat kita)



Namun pendakian ini memberi semangat baru pada aku. Walau aku tak sekuat dulu, namun aku masih mampu ke puncak. Walau sepanjang pendakian, aku banyak menyendiri, maklumlah yang lain bawa pasangan masing2, siapala aku ni kan, walaupun in love...in love with nature jer... Walaupun agak mengecewakan jugala di puncak, demi puncak, kerana ada 4 puncak(or checkpointla) tapi sampai puncak paling tinggi, paling akhir, paling peribadi.....signboard menulis....



Selamat datang ke Broga...ketinggian 400m....waaaahhhh 400 m kalau lari di stadium tak sampai seminitpun (dulula) tapi ini 1 jam lebih...tapi mana taknya, jalan dahla terkedek-kedek sambil berhenti bergambar sambil di temani cahaya rembulan. Sebelum sarapan kami menunaikan solat subu dahulu.....well, sungguh aku mengkagumi sikap KRU ni, memang Kerana Rakan Unggul, tak lupa tunaikan solat walau di puncak.



bagus...........tanggungjawab pada Tuhan!

Dan sarapan....the main is...POPIAH!! terima kasih pada pembuat popiah itu, sampai licinla, dan aku paling banyak makan rasanya(padahal duit satu sen tak keluar). Kemudian kami bereha-rehat, menikmati cahaya matahari terbit, ada yang sibuk bergambar...namun aku melayan perasaan sambil mencari signal wifi....

Kiniiiii ku termenung sendiriiii,
Memikirkan nasid diriii iniii~~





mencari ilham katanya~


Dan sempatla menulis satu sajak yang tak siap lagi, kerana ada gangguan bunyi akibat keseakan manusia, tapi semangat itu kembali juga setelah kegagalan, kekecewaan serta kejatuhan. Sungguh in relationship with the creator, bring us to The Almighty creator back...



Kembali bernafas,
Di sulami udara nan segar,
Di puncak yang datar,
Dengan badan kembali cergas,
Walau tidak sepantas,
Akal juga kembali waras,
Aku kembali bernafas....








POPIAH!!!!!

Aku turun berseorangan, kerana...entah, itu bisikan hati ku, lagipun keadaan sangat sesak, maka aku memisahkan diri dari kumpulan kerana mereka tertinggal di belakang aku turun selaju yang aku mampu, melompat, berlari kalau boleh....Namun, tiba-tiba....lagu ghazal untuk rabiah tergiang di minda....




Gemersik irama merdu buluh perindu,
Dan nyanyian pari-pari dari kayangan,

Tidaklah dapat tenteramkan sanubari,

Yang mendambakan kepastian kasihmu~~



Lalu bidadari itu, mampir padaku, lalu shuffle berirama, kasihan tapi aku kaku kerana terpesona...(tergelak pun ada), lalu aku hulurkan tanganku....Kuasa tuhan siapa yang tahu....




Tamat....




Kisah ini rekaan semata-mata walau ada kaitan dengan yang masih hidup.....









7+1 samurai~