kevin

Monday, September 5, 2011

Andai Dia di sisi...Inikah CINTA??(part 2)

Seandainya dia (lebih molek kalau guna beliau kan?) di sisi....apakah perasaan yang bakal kita rasai? jantung berdegup kencang,nafas serta suara tersekat-sekat, gementar yang luar biasa? Apakah yang akan berlaku? Adakah kita akan semakin teguh keimanan kita terhadap Allah swt, ataupun goyah, seperti mereka-mereka yang murtad, sesat, apakah masih kita mengejar dunia dan maksiat? Memang beliau tiada di sisi(itu realiti) namun seandainya, seandaiya beliau di sisi.....alangkah bahagianya hidup bersama-sama di zaman yang penuh pancoraba ini, kerana beliau di sisi, membimbing kita, memimpin kita ke jalan yang benar(hanya bagi mereka yang mendapat hidayah, kerana sejarah telah membuktikan, walau mereka pernah hidup bersama Nabi saw, mereka menyaksikan sendiri bukti-bukti kenabian, masih ada yang tak mahu beriman, maka tak mustahil juga ia akan berlaku di zaman ini walaupun Nabi di sisi, maka janganla bermimpi, realitinya Nabi tiada di muka bumi, tapi amanat beliau, pesanan, serta Al-Quran masih ada, maka, manfaatkanla apa yang ada).

Tak kenal maka tak cinta...tapi beliau yang hidup di zaman lampau, beliau telah pun wafat sebelum nenek moyang kita lahir sekalipun, tapi beliau tetap mencintai kita, umatnya, maka salahkan seandainya kita mencitai beliau? Salahkah kita merindui beliau?

Mahu sangat kami bertemu dengan engkau, wahai kekasih yang agung,kami merindui, tapi kami juga malu mahu bertemu, kerana segala dosa serta maksiat yang telah kami lakukan. Seandainya engkau di sisi..........


Hakikatnya, beliau sentiasa di sisi. Selepas wafatnya Nabi s.a.w. siapa kata tiada dugaan, tiada kesusahan. Cuba kalian buka buku sejarah(atau sirah), pernah tak tercatat mengenai murtad, rasuah, ataupun apa-apa yang bertentangan dengan syarak? Tercatat juga dalam lembaran sejarah wujudnya golongan pemimpin yang gila kuasa,tamak serta zalim. Namun adakah itu semua menghalang perkembangan Islam? Tidak sama sekali, kerana selepas Nabi, selepas zaman para sahabat, dan zaman-zaman berikutnya, walaubagaimana susah atau deritanya kehidupan mereka, mereka mendekatkan hati mereka pada beliau,lantaran itu mendekatkan diri pada Yang Maha Esa.


Sempena bulan Syawal yang mulia ini, walauapa pun keadaan kita, gembira atau berduka, ingatlah kita akan pesan dan amanat Rasulullah, dekatkan diri dengan al-quran (bukan sekadar di bulan Ramadhan sahaja). Maaf andai ada salah serta silap bagi yang mengenali diri ini. Ya, inilah cinta, seandainya dia di sisi.


Ammutu wa ahya 'ala hubbikum,

Wadzulliya ladaikum wa'izziy bikum....


Ya Muslimin shallu alayh!

No comments:

Post a Comment