cerita sederhana, tentang dia lari berteduh
di bangsal puncak bukit
ketika hujan gerimis.....
Kata aku, ini perkara besar,
hal berteduh sementara duga
datang mencuba
bukan hal main-main,
Kata Teh Sofia, ya
Kerja Tuhan siapa tahu?
Kata aku,
Tuhan akan menunjukkan kepada
yang mencari, Ya asal kau mahu mencari,
Dia menunjukkan....
Apa kata kau?
(dari novel Tunggu Teduh Dulu, Faisal Tehrani)
Kata aku,
tak akan lari gunung di kejar,
namun untuk sampai le puncak
haruslah mendaki gunung,
walupun tika hujan serta lecak,
ayuh..mari menggapai awan,
mari mencapai pelangi,
mencari teduhan yang indah,
bukan sekadar
Tunggu Teduh Dulu....
Ya, Kerja Tuhan siapa yang tahu.......
owh...
ReplyDeleteauthor ni dtg kt mhi smlm..
ahahahhaa...
oh, yaka? Tak tengokpunla....
ReplyDeleteok ke buku ni..aku dah baca 1515 dan 1511 sahaja..bila tuhan berbicara tak habis baca lagi..huhu..karbala pula aku tak berapa faham..jadi baca tentang sejarah boria yang ada dalam karbala sahaja..
ReplyDeletebagi patik...buku ini biasaja, isu2nya agak ringan,tak seperti 1515 dan 1511 Combat tu. Karbala tu pula berbentuk drama, daku tak minat drama2 ni,lagipun sudah ku ketahui cerita karbala lama dahulu. Bila Tuhan Berbicara, tak baca lagi, baru nak baca Tuhan Manusia. Tunggu Teduh Dulu ni lebih kepada...hmm, persoalan cinta, masalah keluarga serta semangat nak berniaga,haha. Maka tunggula teduh dulu.....
ReplyDelete