kevin

Wednesday, July 8, 2009

SUKMA ANGIN(Arena Wati)

Sukma Angin antara karya yang menarik daripada Allahyarham Arena Wati. Sukma Angin bukan sekadar cerita mengenai kapal(sukma) sahaja, malah selok-belok menjadi kelasi serta perjuangan demii tanah air pada zaman penjajahan. Bagi saya,sukar sekali saya untuk memahami novel ini, mungkin kerana kekurangan dalam ilmu sastera serta ilmu pelayaran menambah derita dalam memahami perjalanan cerita ini. Namun tersangat banyak pengajaran dalam membentuk insan yang berani berjuang demi bangsa,agama serta tanah air dapat di cerna dari karya ini.

Dalam pelayaran 3 S amat penting, Spirit, Skill, Stamina. Bukan sahaja tika perlayaran, namun di tanah air jua dengan jati diri, pegangan agama dan semangat kebangsaan yang kukuh perlu bagi menjadi seorang nakhoda yang di hormati. Ilmu perlayaran melayu sangat unik, dengan ilmu agama, pengetahuan perdagangan dengan hanya sedikit bantuan dari teknologi moden serta pengetahuan tentang alam dan ilmu mistik mampu mengalahkan kapal-kapal besar serta moden dari barat. Sukma Angin bukan sekadar kapal biasal, tapi kapal yang ada semangatnya tersendiri.

Petikan dari Sukma Angin karya Arena Wati,Dewan Bahasa dan Pustaka…

…”Kenapa teman-teman saya di Kota Raja kata jadi tentera atau navy Inggeris itu untuk tanah air?” tanya Saling.

Sapparak menjawab,“Orang yang begitu, belum faham apa ertinya tanah air mereka sekarang ini, dan mungkin juga akan datang. Setiap orang yang tidak buta, dapat melihat tanah dan air, tetapi belum tentu memahami apa ertinya tanah air, dulu, sekarang dan akan datiang. Orang begitu, apa dia peduli kalau tanah di negerinya terjual, tergadai atau di ambil bangsa asing yang bukan mereka buat? Apa mereka peduli kalau negaranya di jajah atau negaranya merdeka, tetapi tergadai? Biarkan sajalah. Jangan campuri urusan mereka. Jangan bantah atau tegur perbuatan atau sikap mereka. Walaupun tujuan kita baik menegur atau membantah mereka, tetapi kerana mereka tidak faham erti tanah air itu, maka mereka tidak akan peduli akibat daripada perbuatan mereka. Oleh sebab itu, maka mereka akan marah kepada kita, kerana kita tegur sikap atau perbuatannya.”

Apa yang dikatakan oleh Sapparak, watak dalam novel Sukma Angin ini seolah-olah kini menjadi kenyataan dalam pergolakan politik di tanah air kita. Di mana ada pihak yang kononnya mengaku memperjuangkan hak dan kedaulatan bangsa, tetapi pada hakikatnya hanyalah demi kepentingan mereka sendiri dan langsung tidak menghiraukan apa yang bakal terjadi ditanah air pada masa dahulu, sekarang dan juga akan datang. Sebuah karya hebat dari arwah sasterawan negara....

1 comment:

  1. Boleh saya tahu, petikan daripada novel tu ada pada muka surat berapa?

    ReplyDelete