Sains itu sekadar proses, sastera adalah hasilnya. Untuk pengetahuan, kata-kata ini sudah lama bermain-main di benakku. Persoalan demi persoalan mengenai perbandingan satera serta sains ini. Adakah perbezaannya begitu besar sehinnga terbitnya satu jurang atau sempadan yang memisahkan antara sains dengan sastera? Persoalan ini begitu abstrak, walau ada yang menjawabnya mungkin jawapannya tidak akan di terima oleh pihak lain. Pernah anda baca novel Manikam Kalbu oleh Faisal Tehrani? Ungkapan sains sekadar proses, sastera adalah hasilnya saya perolehi selepas membaca buku ini. Walaupun dalam novel itu ayatnya berbunyi “sains sekadar proses, seni adalah hasilnya”. Dalam novel ini menceritakan proses penghasilan dan pewarnaan benang itu adalah proses-proses kimia dan seterusnya benang di tenun, maka terhasilah pelbagai jenis kain dari proses-proses seni seperti menjahit menyulam dan pelbagai lagi. Saya tukar sedikit, seni dengan sastera, jangan marah ya saudara Faisal.
Sains sekadar proses, sastera adalah hasilnya itupun tidak lengkap. Bagi saya, sains sekadar proses,sastera adalah hasinya, ilmu agama pelengkap segalanya~
Umum mengetahui sains tu adalah subjek-subjek seperti biologi,fizik atau kimia(asas sahajala, banyak lagi) yang memerlukan kemahiran saintifik serta analitikal. Bidang sains ini lebih berat ke arah pemerhatian serta kajian bukan sekadar teori. Sebab itula setiap subjek sains ini perlu ada kelas amali, perlu menjalankan eksperimen bukan sekadar mengetahui teori sahaja.
Subjek sastera pula lebih kepada pembacaan serta pemahaman terhadap sesuatu sehingga mahir terhadap sesuatu itu. Contoh sejarah, kesusasteraan, pengetahuan bahasa. Mengenai bahasa pula, bukan sekadar menghafal namun perlu latih tubi, seperti matematik juga,kata salah seorang dari cikgu bahasa saya.
Ketika saya menulis entry ini, saya baru sahaja selesai membuat sebahagian dari eksperimen untuk projek tahun akhir, sementara menuggu keputusan eksperimen, saya membaca sedikit jurnal bagi menambah pengetahuan supaya mudah untuk menyiapkan laporan (thesis) serta pembentangan pada akhir sem ini. Secara tiba-tiba terlintas di minda………
Sains sekadar proses, sastera adalah hasilnya. Benar,sangat-sangat benar. Kerana saya mengalaminya.
Benar juga, sains adalah suatu bidang yang lain dan sastera adalah satu bidang yang lain, namun keduanya memerlukan satu sama lain, kedua-duanya saling bersangkut-paut sama ada secara langsung ataupun tidak. Saya tidak nampak suatu sempadan yang memisahkan antara sains serta sastera. Ketika melakukan eksperimen atau ujikaji kita akan menggunakan kemahiran saintifik sepenuhnya, kerana melibatkan proses-proses sains(dalam kes saya kimia la, sebab menjalankan eksperimen kimia). Tetapi apakah cukup setakat itu? Sekadar menjalankan ujikaji? Tidak terhenti di situ,selepas itu akan berlaku proses penghasilan laporan. Penulisan laporan, pendokumentasian serta pembentangan. Bukankah itu suatu proses yang memerlukan kemahiran bahasa? Lebih mudah bagi kita dalam proses pembentangan sekiranya menggunakan bahasa ibunda kita, kerana lebih mudah dan apa yang kita cuba sampaikan, cuba laporkan dapat di fahami dengan mudah oleh orang lain yang juga menguanakan bahasa yang sama. Lain ceritala kalau pemeriksa laporan itu menggunakan bahasa asing. Kemahiran menulis, berkomunikasi, serta proses pendokumentasian ini proses apa? Bukankah sebahagian dari proses-proses sastera? Maka dengan itu salah sama sekali jika kita membandingkan, membezakan, serta memandang rendah sama ada sains ataupun sastera.
Begitu juga dengan sastera. Dunia sastera takkan berkembang tanpa perkembangan ilmu-ilmu sains. Perkembangan ilmu sastera adalah bekaitan dengan perkembangan teknologi semasa yang berkembang di sebabkan teknologi sains. Tiada kurangnya belajar dalam bidang sastera begitu jua sains. Kedua-dua kemahiran ini penting dalam hidup kita,penting dalam kelestarian hidup kita.
Teringat jua kata-kata salah seorang pensyarah. Beliau mepersoalkan mengapa gaji kakitangan di pejabat tu(mereka kebanyakan beraliran sastera) sama tarafnya dengan staf akademik(sains). Persoalannya bukanla nak memperlekehkan mana-mana pihak cuma tertanya-tanya, kerana bidang sains di Malaysia ini belumla berkembang sepenuhnya, namun belajar subjek sains sangatla susah, mati hidup balikpun belum tentu dapat menguasai kemahiran sains. Mungkin benar, bukan semua otak manusia mampu menerima ilmu sains. Bukan semua orang sains juga boleh menerima atau belajar ilmu sastera. Mereka akan berkata, bosanla, tak minatla, itula inila, dan pelbagai alasan lagi. Begitu jua di dalam dunia kerjaya, apakah saintis boleh melakukan kerja-kerja orang sastera? Apakah ahli sastera mampu menjadi sainstis.Mungkin boleh, mungkin jua tidak.
Sains serta sastera adalah ilmu yang berbeza namun tiada sempadan yang nyata. Tetapi…….ilmu agama adalah segalanya. Dengan menguasai ilmu agama sepenuhnya, saya ulang sepenuhnya ilmu-ilmu agama, bukan sekadar hafaz ayat Al-Quran atau hadith, bukan sekadar ilmu tauhid, bukan sekadar tahu juga. Segala ilmu agama, segala amalan…..Ilmu ini sangat banyak, sangat luas. Saidina Ali as, sepupu nabi yang Rasulullah saw mengatakan beliaui pintu ilmu, Saidina Ali yang ilmunya begitu banyak begitu agung selepas Nabi saw, Ali sendiri berkata, ilmunya umpama jarum yang di celup dalam lautan luas, sebahagian yang di jarum itulah ilmunya. Ilmu sangat luas, namun ilmu agama lebih utama dari segalanya. Bagi saya salah kita mengasingkan agama dari ilmu-ilmu dunia seperti sains dan sastera. Ilmu sains dan sastera adalah sebahagian dari ilmu agama. Bukankah semua, semua manusia wajib mengetahui ilmu agama?
Mengapa di katakan ilmu agama adalah segala-galanya? Mudah sahaja. Kita ambil contoh Al-Quran. Al-Quran itu sungguh indah susunannya, sungguh merdu susunannya, tiada sajak, puisi atau syair seindah Al-Quran. Bukan sekadar ayat-ayat indah, namun maksud ayat itu sangatla beerti serta berguna. Kitab ini juga mengajar kita tentang sains. Contoh kecil, terdapat dalam Al-Quran yang menceritakan tentang lebah yang madu hasil dari lebah boleh di jadikan penawar penyakit.
Sains sekadar proses,sastera menghasilkan, ilmu agama pelengkap segalanya~~
#Ps: tokoh-tokoh dan para imuwan Islam zaman dahulu seperti Jabbar, Ibnu Sina, dan pelbagai lagi mereka bukan sekadar menguasai bidang sains, seperti Ibnu Sina yang namanya cukup gah dalam bidang perubatan dengan karyanya Kanun Fit Tib(The Canon Of Medicine), juga seorang alim(berilmu), warak, yang menghafal Al-Quran. Beliau juga seorang penyair, maka anda fikir-fikirkanla~~
Salam,
ReplyDelete1. Pensyarah mana yang mempersoalkan tu? Tetttttttt.
2. Huhu, kau memang peminat tegar FT nampaknya. Berjaya FT menarik minat pelajar sains membaca karya beliau.
Teringat dalam komsas dulu, cerpen kerana manisnya epal.
3. Tajuk ni boleh dibuat kajian ilmiah. Suatu persoalan yang sukar untuk mencari titik noktah.
4. Memandangkan aku sudah pun terlibat dengan proses kajian makmal, membaca berjenis-jenis jurnal sains, dan juga pembentengan hasil kajian. Tidak boleh tidak aku setuju dengan maksud yang kau cuba sampaikan berkaitan sains sebagai proses dan sastera.
5. Tambahan. Kalau tidak kerana ilmu agama, tidaklah pelajar kimia sanggup buat ruang segi empat dalam makmal masing-masing untuk dibuat tempat solat ya tak. Ditabir seadanya supaya gerak kerja sains, sastera dan agama itu tidak dipisahkan. Dah siap-siap telekung diletakkan kalau yang perempuan. Kebanyakan bilik pensyarah pun mereka siapkan ruang untuk solat bukan. Kerja tetap kerja. Bila masuk waktu, solat.
P/S - err, cuma aku rasa ada pengulangan perenggan yang samalah dalam entri kau ni.
pensyarah..biarla rahsia~
ReplyDeleteaku membaca karya FT sejak Kerana Manisnya Epal itula,tp aku xbeli buku, pinjam library ja~
Pergh,kajian ilmiah??
OO...xpala ulangan itukan perlu sebagai penegasan~~haha
alhamdulillah,
ReplyDelete-ko la antara kwn2 aku dari aliran sains yg xmemandang rendah kt org2 sastera dan secara terbuka telah mengarang satu karangan mengenai kepentingan kedua2 bidang ilmu ni. Tahniah!
-Aku tak nafikan kerumitan sains, mcm ko tulis "Mungkin benar, bukan semua otak manusia mampu menerima ilmu sains". Harap ramai la yang sependapat dengan ko. Sebab kita dalam situasi yang sama iaitu menuntut ilmu, apa jua kita belajar adalah ilmu, jd xperlu ada pertikaian. Setiapnya ada kepentingan masing2.
-Ilmu agama tak dinafikan pentingnya. Sebab pada penghujung kita akan menghadap ilahi. Jd perlu untuk seseorg manusia memiliki ilmu agama.
-Bakat menulis mmg ade.
p/s: ko dh bleh tulis buku dowh..
kita pandang langit sama tinggi, kita duduk bumi sama rendah....
ReplyDeleteTak semua juga mampu menerima ilmu sastera hanya mereka yang bongkak memandang rendah...
P/s: bakat tu entahla, usahapun perlu ada juga,haha