Abu: Kolam kereta??? Apa kebendanya tu boss??
Boss: la, kenapala kau bengap sangat, kau dulu tak pergi sekolahka?? Kau pergi~~~
Abu: ai boss,taula boss pandai, belajar sampai masasusah, saya tak tahu apa tu,
Boss: Maaf abu, car pool tu istilah untuk lebih kurang kongsi keretala, naik kereta sama-sama pergi kerjaka, mana-manaka, untuk mengurangkan trafik. Masasusah?
Abu: ooo, habaqla awai-awai. Ala, tempat bos belajar tu, masasusah susah nak sebut.
Boss: oh, Massasuchete.
Abu: hah, masasucett, entah kejadahla.
Boss: tak kisahla abu, tapi kamu ni selalu sangat lambat datang kerja, macam-macam alasan, trafik jam la, itula inila.
Abu: dah memang jam boss, lgpun saya lewat setengah jamja, boss tu yang datang awal sangat. Ofis bukapun pukul 8.30, boss pukul 7 dah terpacak kat pintu ofis, bukan salah saya.
Boss: saya bukan apa abu, saya naik LRT ,public transport, susah nak agak, kadang-kadang cepat, kadang tu lewat berjam-jam.
Abu: hmm, tapi bukankah LRT tu ikut masa, setiap berapa minit
ada trenkan?
Boss: ya, tapi kalau ada masalah tu, masalah teknikal ka apaka, sampai berjam-jam tunggu, berapa ramai orang menggunakan LRT, bayangkan la bila kena tunggu sampai tiga empat jam, dengan panasnya, tensionnya, bengangnya, lagi teruk dari traffic jam.
Abu: begitu pula, hah, tak salahla saya bawa kereta sendiri, lagipun tu kereta pusaka saya, dari turun temurun, tu yang saya tak mahu tinggalkan, tak mahu beli motor boss, macam boss, tak apala, kereta satu, motor bukan kata satu, dua tiga biji mampu beli.
Boss: saya bukan tak suka bawa kereta, masalahnya selalu sangat tersekat dengan jam, naik motor, naik lrt lg senang.
Abu: tapi bila hujan, naik motor basah, bila lrt rosak, berjam-jam tunggu. Baik naik kereta sendiri, sekat dalam jampun kereta kita sendiri, dengar laguka, baca bukuka,apaka, kurangla kadar ketensionan tu.
Boss: ya tak ya juga, bijak juga kamu ni ya abu.
Abu: memangla saya bijak, tapi tak sebijak bossla, kalau tak sayala jadi bosskan..haha
Boss: hmmm, naik kenderaan sendiri, masalah trafik, naik public, masalah masa pula, nak menunggu dan ada masa-masa tertentu.
Abu: tula, bukanla saya tak suka naik public transport, suka, murah lagi. Tapi kalau efesien, cepat,cekap serta mudah tak mengapala.
Boss: betul cakap kamu tu, bukanla tak bagus, cuma masih ada ruang untuk di perbaiki lagi. Saya cukup tertekan tempoh hari, sampai 4 jam saya menunggu di lrt wangsa maju, bukanla nak salahkan sesiapa, kerana itu masalah teknikal, tapi kalau ia berulang, sungguh merumitkan. jika naik kereta sendiripun, kadang-kadang berlaku juga masalah teknikal nikan, kereta rosakka apaka.
Abu: boss memang bijak!! Maka boss ada apa-apa cadangan?
Boss: Cadangan orang macam kita ni macamla di ambil kisah sangat, kita jangan mengharapakan bantuan sangat, bukan apa, kita boleh berusaha sendiri, kecualila jika kita memerlukan sangat bantuan.
Abu: kalau macam boss…kalau macam saya ni lagila, bagai melepaskan batuk di tangga sahajala.
Boss: itula saya terfikir akan car pool, kongsi kereta dengan kamu.
Abu: maksud boss?!
Boss: begini, saya pergi rumah kamu degan motor kesayangan saya, kemudian kita gerak sama-sama naik kereta pusaka kamu ke tempat kerja. Kongsila duit minyak, duit tolka. Setuju?
Abu: boss, biar betul, boss sanggupka naik kereta buruk dengan saya, saya ni pekerja am ja boss.
Boss: tak mengapala, setiap manusia sama sahaja, tiada bezanya pangkat ataupun harta, dahulupun saya berasal dari kampung, orang susah juga, lagi susah dari kamu ni.
Abu: betul juga tu, masakan orang berpangkat macam boss sanggup naik public, naik motorka. Saya setuju boss, tapi dengan syarat kita kongsi sama rata, saya punya gaji tak banyak, tapi saya tak mahu orang pandang rendah terhadap saya.
Boss: terpulang pada kamu, jimat sikit duit saya.
Abu: jimat ka kedekut? Haha, ayuh kita…er kolam kereta!!
Boss: jimat cermat….ya2, car pool..ops, kolam kereta.
No comments:
Post a Comment