Saya tidak menjawab. Sunni atau Syiah tidaklah terlalu penting jika hati kita bersama Allah, Rasul dan ahli keluarganya sepertimana yang kita ucapkan tatkala berselawat dalam solat. Pengawal itu menyambung, seraya mencapai kitab Imam Tirmidzi yang dicapai dari rak bukunya yang kelihatan padat. "Dalam Sahih Tirmidzi hadis bernombor 3860: Abu Said al-Asyajj menceritakan kepada kami, Abu Khalid al-Ahmar memberitahukan kepada kami, Razin memberitahukan kepada kami, dia berkata Salam menceritakan kepada kami, dia berkata: Aku masuk menghadap Ummu Salamah sedangkan dia tengah menangis lalu aku berkata: Apa yang membuat kamu menangis? Dia berkata: Aku bermimpi melihat Rasulullah SAW, sedangkan di atas kepala dan janggut beliau terdapat debu. Lalu aku bertanya: Apa yang terjadi pada engkau Wahai Rasulullah. Beliau bersabda: "Aku baru saja menyaksikan pembunuhan Al-Husin." Orang bertanya kami, mengapa syiah menangis? Saya ingin bertanya, mengapa sunni tidak menangis? Mengapa pula tidak boleh menangis?"
Saya rasa mengerdil kerana tergagap di hadapan seorang pengawal sempadan berpangkat rendah.
Redza menerangkan lagi, "Isteri Rasullullah SAW, Ummu Salamah sendiri menangis mengenangkan pembunuhan Imam Husin, mengapa tidak kita? Nabi tidak pula melarang isterinya. Bahkan Nabi Muhammad menjelma di hadapan Ummu Salamah dalam keadaan kesedihan sehingga berlumuran debu. Nabi Yaakub a.s menangisi kehilangan Nabi Yusuf sampai matanya buta, Allah pun tidak melarang. Mengapa ada orang bertanya mengapa kami menangis mengenang tragedi penyembelihan dan pembunuhan cucu Nabi Muhammad saw. Tidakkah itu aneh?"
Petikan dari cerpen Tunggu Ana Di Karbala,oleh Faisal Tehrani, untuk lebih lanjut, lawati blog beliau http://tehranifaisal.blogspot.com/
Cerpen ini mengisahkan kisah seorang penuntut (bermazhab sunnah wal jamaah) di Karbala, di mana majoriti penduduknya adalah Syiah, dan tempat berlakunya Tragedi pembunuhan cucunda Nabi (saw) iaitu Hussein. Usah di pertikaikan, Hussein cucu Nabi (SAW), ayahnya Ali, ibunya Fatimatul Zahra, mereka adalah orang-orang yang mulia serta terpelihara, ke mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi.
Cerpen ini juga membawa isu, mengapa peristiwa Karbala yang berlaku pada sepuluh Muharram itu seolah terabai, tidak di raikan. Kita berkongsi serta meraikan hari-hari kegembiraan seperti awal muharam, hari mauludnya nabi, israk mikraj dan lain-lain lagi. Tapi mengapa tiada mahu berkongsi kesedihan Nabi? Isteri beliau turut menangisi kerana kesedihan yang di pamerkan oleh Nabi, menunjukkan sayangnya Nabi terhadap cucundanya, yang mana di ibaratkan sebagai pemuda syurga itu. Apakah layak kita menggelar diri muslimin jika tidak terbit walau sedikit rasa simpati terhadap Hussein, walau sebesar zarah sekalipun? Apakah salah mengikut serta menangisi akan beliau sedangkan Nabi (SAW) menangisi akan Hussein? (Berdasarkan hadith yang di petik dari cerpen. Setahu saya, saudara Faisal Tehrani merupakan penulis yang akan mengkaji sesuatu perkara sebelum menulisnya, tambahan ini soal hadith, beliau juga mempunyai ijazah dalam bidang syariah, maka tak wajar jika saya meragui tulisan beliau)
Bukannya mahu membicarakan perbezaan antara mazhab, cuma mahukan perpaduan antara Islam. Muharam telahpun berlalu, menandakan tahun baru, dan sebulan telah berlalu, namun apakah manfaat, apakah amalan, apakah kebaikan yang telah kita lakukan? Atau selama sebulan itu kita hanya sibuk berpesta, berkonsert, menari terkinja-kinja, al-maklumla, tahun baru masihi hampir saja dengan tahun baru islam. Tapi terpulang pada diri kita, memilih yang mana, Ilahi mengurniakan kita akal supaya dapat membezakan yang mana baik yang mana buruk. Pilihan di tangan kita, jangan sampai nafsu menjadi raja dalam diri kita.
Apala salahnya bersedih, bukankah air mata it penyejuk jiwa. Tiada salahnya menangisi akan pengorbanan cucunda Nabi SAW. Atau kita lebih suka, lebih gemar menghiburkan diri dengan hiburan duniawi yang palsu, yang tiada memberi manfaat.
Sebelum menutup bicara, ingin saya membawa bicara tentang para Ahlul Bait(keluarga Nabi) serta sunnah. Siapakah yang paling hampir dengan nabi, yang paling arif tentang nabi serta pebuatan beliau? Tiada syak lagi melainkan keluarga Nabi sendiri yang membawa serta mengamalkan sunnah sebenar Nabi Muhammad saw. Apakah anda tidak percaya?
Bayangkan diri anda seorang yang ingin menuju ke suatu destinasi, menaiki kapal terbang misalnya. Tetapi pilot sakit, siapa yang anda percaya untuk memandu kapal terbang? Apakah kawan sebelah anda, atau co-pilot yang sememangnya arif akan kapal terbang ini, serta dahulunya sentiasa medampingi pilot?? Nabi Muhammad membimbing kita ke jalan yang lurus menuju Ilahi, setelah kewafatannya siapa yang mampu membimbing kita ke jalan yang benar? Maka kita fikir-fikirkanla……… apakah kita mahu menangis atau bersuka ria, pilihan di tangan kita sendiri, Muharam telahpun berlalu.
No comments:
Post a Comment