kevin

Thursday, May 28, 2009

TIADA KU MENGERTI...(2)

Aku sedari diri ini,

Tiada layak menyebut namamu,

Namun aku berharap,

Pimpinla daku ke arah,

Ke arah kebenaran yang mutlak,

Sambutla tanganku,

Terimala aku dalam bahtera Nuh,

Jangan biarkan aku tenggelam,

Tenggelam dalam kesesatan duniawi,

 

Dikau yang di rindui,

Yang wujud zaman sebelumku,

Namun renungla ke mataku,

Walau seketika,

Betapa aku berduka-lara,

Yang tiada laila manapun melihatnya,

Tiada jua majnun merasainya,

Pimpinla daku ke lembah kecintaan,

Kecintaan pada kebenaran hakiki,

 

Tiadaku mengerti,

Wahai jantung hatinya  Mustaffa,

Wahai buah hatinya Ali,

Alam merasai dukamu,

Namun tidak semua manusia,

Ada yang setia  ada jua yang berpaling,

Mengapa sejarahmu di tutup,

Sedangkan pengorbananmu tiada tanding,

 

Tiadaku mengerti,

Arah tuju hidupku ini,

Belayar tanpa kemudi,

Tanpa kecintaanmu,

Wahai Bonda Zahra,

Bagiku dikaula Ummu kami,

Aku tidak akan melupakan,

Janji kami pada ayahmu,

Tiada ku lupai,

 

Tiada ku mengerti,

Mengapa ku menulis ini,

Dalam keadaan duka lara,

Namun dukanya Az-Zahra,

Tiada ku mengerti dukanya,

 

Tiada ku mengerti,

Erti hidup tanpamu,

Seluruh alam memerlukanmu,

Ya Rabb juga menyebut kemuliaan mu,

Ayahmu serta keluargamu,

Namun ada juga insan,

Yang merampas hak-hakmu,

Yang mencederakanmu,

 

Tiadaku mengerti,

Tarikh kewafatanmu untuk di kenangi,

Kuburanmu untuk di ziarahi,

 

Tiada ku mengerti,

Mengapa ku karangi ini,

Kini aku kesuntukan masa,

Kehabisan tinta,

Dalam keadaan duka lara,

 Namun dukanya Az-Zahra,

Tiada ku mengerti dukanya.

Tiada ku mengerti

Tiada ku mengerti,

Tiada ku mengerti,

Hari-hariku penuh dengan kegagalan,

Mungkinkah kerana aku mengabaikanmu,

Melupakan dirimu,

Oh, betapa aku gila melupakanmu,

Sudah menjadi kewajibanku mengucap salam,

Padamu,ayahmu serta keluargamu,

 

Aku menulis ini dalam keadaan duka,

Serta bingung,

Tiada ku mengerti,

Mengapa pintu rumahmu ditendang,

Wahai tuhanku,

Apa yang berlaku di sebalik pintu,

Mengapa Zahra terluka,

Adakah kerana pintu,

Sehingga gugurnya Mohsien dari rahim insan suci,

 

  

 

 

 






Semakin hari Zahra semakin pucat,

Mungkin kerana derita lukanya,

Namun saat akhir hayatnya,

Sebelum menyusuli ayahnya,

Masih mendoakan kesejahteraan umat,

Namun umat tidak tahu akan lukanya,

Apatah lagi duka di hatinya,


Ya Ilahi,

Malunya daku,

Dalam dukanya aku,

Tiada ku ketahui,

Di manakah kuburannya Puteri Nabi,

Semenjak kecil,

Aku di ajar agar mendiamkan diri,

Namun aku tiada daya menahan,

Dari menyuarakan rasa duka hati ,

Berasama dukanya Zahra,

 

Tiada ku mengerti,

Mengapa sejarah di tutup,

Kebenaran di sembunyi,

Malah kepalsuan di reka,

Kemungkaran di iktiraf,

Pengkhianat di agungkan,

Tiada ku mengerti,

Thursday, May 21, 2009

SAJAK TERAKHIRKU

Sajak Terakhirku

Dahulu aku sangat menyukainya,

Sukakan sajak,

Bukan sekadar baca,

Malah ku karanginya,

Namun sajak terakhirku,

Kini tinggal kesepian,

Tiada harapan jua kegembiraan,

Hidupku umpama,

Layang-layang terputus talinya,

 

Hidupku umpama suatu pentas lakonan,

Tak boleh di halang,

Walau cuba di halang,

Sajak boleh hiburkan orang,

Bukan beri nasihat,

Mengungkapkan,

Kesenangan yang palsu,

Sedangkan hati telah patah,

Berdendam dalam sepi,

 

Bila kebenaran muncul,

Dalam hidup yang realiti,

Kemerduan sajak lenyap,

Umpama di penuhi hutan rimba,

Yang dalam musim tengkujuh,

Hanya menuggu masa untuk banjir,

Dengan haiwan buas berkeliaran,

Kegelapan menyelubungi di kala malam,

Tiada bintang jua bulan mengambang,

 

Sajak terakhirku,

Ku tulis dengan hati yang patah,

Yang tiada mengenal erti keindahan lagi….

Jiwaku...

Jiwaku

Jiwaku tiada tenteram,

Hati di selebungi duka,

Tiada lagi ketenangan,

Jua kebahagiaan,

Perlukah hidup dalam kepuraan,

 

Setiap insan ada duka,

Kecewa dengan hidup,

Gagal dalam hidup,

Kecundang dalam hidup,

Serta berdosa dengan hidup,

 

Jikalau mabuk mampu,

Mampu mengubati duka,

Semua akan menjadi peminum,

Namun hakikatnya,

Keimanan penenang jiwa,

Air mata keinsafan penyejuk jiwa,

Wahai Tuhan,

Bukankah pintu taubat-Mu sentiasa terbuka,

Terimala daku semula,

Agar dapatku perolehi,

Ketenteraman jiwa…..

Semalam aku jua berakal…(2)

Pernahkah kau melihat orang gila,

Jikalau tidak,

Akulah yang dikatakan gila itu,

Jika kau sudah dengar tentang orang gila,

Akulah yang dikatakan gila itu,

 

Akupun dahulu orang yang berakal,

Cinta menjadikan aku gila,

Dari Negara berakal,

Serta orang yang berakal,

Sekali lagi aku dikeluarkan,

Di buang negeri  atas jenayah,

Jenayah apa,

Jenayah cinta,

Kerana cintaku padamu,

 

Orang asyik mengatakan aku gila,

Biarkan mulut mereka mencercaku,

Namun aku bukan tidak akan berbuat apa,

Aku bukan seperti ulat bulu,

Yang berbulu dan mengatalkan,

Biarlkanla aku,

Beralun seperti ombak,

Menyepi seperi pokok yang teguh,

Usah di pedulikan aku,

Kamu tak kenal,

Kamu membutakan matamu dengan kepalsuan,

Maka kamu tak cinta,

Cinta ini mencelikkan aku,

Bukan membutakan aku,

 

Kamu tak cinta,

Kamu tak rasa,

Ingatanku pada kekasihku,

Rindu akannya,

Kenang akannya,

Berduka kerananya,

 

Sejak azali lagi,

Hatiku sudah tertawan,

Jika kau punyai bicara,

Bicarala pada Yang Esa,

Hanya mereka,

Dengan pandangan mereka,

Dengan suara mereka,

Hanya Ahlul Bayt mampu mengetarkan sanubari,

Sanubari setiap insan……

Hamzah Fansuri

Inilah gerangan satu madah,

Mengarangkan syair terlalu indah,

Membutuhi jalan tempat berpindah,

Di sana iktiqad diperbetuli sudah,

 

Wahai muda,

Kenali dirimu,

Ialah perahuhasil tubuhmu,

Tiadalah berapa lama hidupmu,

Ke akhirat jua kekal hidupmu,

 

 

Syair nukilan Hamzah Fansuri, renung-renungkanla wahai saudara……..

Saturday, May 16, 2009

Monarki, ilmu serta cermin...

Muawiyyah telah membawa bidaah paling besar kerana mempengaruhi segala-galanya tentang Islam yang kita terima pada hari ini. Iaitu sisterm pemerintahan Monarki, yang tidak pernah di lakukan oleh Rasulullah saw, seperti yang kita yakini, selepas kewafatan Nabi, Para Sahabt melaksanakan Sistem Syura. Sistem ini kita akui kebenarannya, namun di pihak saudara kita yang berpandangan Mazhab Syiah, mereka benar-benar berpegang pada konsep Imamah serta Wilayah( bukanla seperti wilayah atau daerah itu, bermaksud kepimpinan) Mereka berpegang pada Khutbah Nabi di Haji terakhir, yang mereka gelar hari itu Ghadir Hukum, yang mana Nabi bersabda, “Siapa yang mengaku Aku Maulanya(pemimpin) maka Ali adalah maulanya”. Mereka meyakini bahawa Nabi secara tidak langsung melantik Saidina Ali sebagai pengganti, kemudaian mereka jua memperakui selepas Ali, Hassan, Hussein shingga lengkap dua belas sehingga la yang terakhir Imam Muhammad Al- Mahdi. Jika ini benar ada sesetengah pihak mengatakan apa perbezaannya dengan monarki??

Ya,monarki adalah pemerintahan berdasrkan berketurunan, namun lihatlah keturunan Muawiiyah itu,Bani Umaiyah, bapa Muawiyah itu sendiri dahulu merupakan Ketua Kafir Quraisy yg sgt kuat menentang dan membenci Islam, dia masuk Islam dlm keadaan terdesak,bukan dgn hati yg terbuka. Muawiyyah itu sendiri menyimpan dendam terhadap bani Hasyim serta Islam keran kedatangan Islam menyingkirkan mereka dari kuasa politik, sedangkan Nabi kita bukan sahaja pemipin di dunia, malah akhirat. Dan sesunguhnya Nabi kita masum, tak pernah lgsg melakukan dosa, begitu jua Ali yg terkenal dgn karamullahhuwajha sbb apa?? Mesti bersabab. Sedangkan dalam Al-Quran telah menyatakan Allh menyucikan Nabi serta keluarganya, namun hanya ahli keluarganya yg terpilih sahaja itula yg sebenarnya di gelar Ahlul Bayt, bukan semua. Nah, al-quran menyatakan begitu, Nabi serta Ahlul bayt suci, tepulangla pada kita nak fikir apa lagi,cuma jgn salah anggap semua keluarga nabi semua isteri2 Nabi itu adalah Ahllul Bayt. Mengenai pemerintahan monarki...sekiranya para Ahlul Bayt yang saya yakini maksum, ataupun tidak bagi sesetengah org, namun jelas terbukti dalam sejarah bahawa Nabi serta Bani Hasyim yang lain memiliki budi pekerti serta akhlak yang mulia, ambil contoh Ali, Hassan serta Hussein yang sanggup bergadai nyawa, serta para ahli keluarga Hussein yg lain demi untuk Islam, mereka tidak mahupun di gelar pemimpin, mereka tidak gilakan kuasa, mereka tidak akan membina istana besar. Ali ketika menjadi khalifah misalnya, sgt mementingkan rakyat serta tidak langsung mengunakan kekuasaan serta menggunakan kekayaan walaupun menduduki kuasa pemerintahan, contohnya mengenai dua lilin, beliau melakukan tugas2 khalifah mggunakan satu lilin,tapi di padam skiranya selesai kerana lilin itu harta negara. Inila sebaik2 pemimpin hatta perkara seremeh lilin sekalipun tetap di anggap harta negara,bani umaiyyah itu?? Dgn senang lenang mebina istana untuk diri sendiri, kita?? Para pemimpin zaman sekarang?? Orang mcm mana masuk syurga Ali atau Muawiyyah?? Kita?? Sehingga Nabi kita, serta para ahlul baytnya sendiri kita tidak mengenalinya, sedangkan Allah befirman supaya kita selawat ke atas Nabi serta para keluarganya, layakkah kita masuk syurga??Tidak kirala kita ni syiah yg di katakan sesat (sedangkan kita tak tahupun, tak pernah nak mengkaji sendiri, hanya dengar cakap ulama2 kita para ahlul sunnah ini mengatakan begitu,betul tak??)) ataupun yang mengelar diri sebagai Ahlul Sunnah?? (sunnah apa yg kamu serta kita ikut, sedangkan Nabi menyatakan beliau meninggalkan Al-quran serta itrahnya(keluaraga) selagi mana kita berpegang pada dua ni, selagi itu kita di jalan yg benar, yakni tak sesatla))

Bena-benar eden tak koso,islam yangg dahulu Nabi bawa satu hanya satu, sekarang ni berpecah-belah, dah tak dayo dah nak fikir, semua ckp dia yg benar,yg tu sesat tapi buktinya mana?? atau adakah kita sendiri yg sesat?? Klu sesat siapa nak tolong kita?? Ulama2 yg tak habis2 mengutuk syiah tapi tak mahu tunjuk bukti kukuh?? Atau Al-quran serta Ahlul Bayt seperti mana Nabi kesayangan kita bersabda?? Kita tak habis-habis mencari yang mana salah, yang mana betul, kita dari dahulu berusaha untuk mencari kesalahan yang lain. Cubala kita cerminkan diri kita, amalan yang kita percaya yang kita katakana sunnah, atau apa sekalipun adakah kita melakukannya??
Apakah amalan kita di terima, itula yang lebih di utamakan, dan kemudian kerjasama antara mazhab seharusnya ada untuk mengekalkan keamanan sesame kita sendiri. Ya sejarah ada banyak sisi, sejarah ada banyak yang di palsukan, tugas kita mengkaji, dan terus mencari kebenaran, bukan melenting dan menuduh itu tidak benar, itu fitnah dan palin utama jangan cepat terpengaruh. Ibarat kata-kata dari Sasterawan Negara dalam salah satu novelnya… Langit keruh, aku terpengaruh… Mahukah semudah itu kita di pengaruhi, mengikut sahaja tanpa ilmu???

Siapa tahu?

Siapa tahu mengapa?

Mengapa  manusia jatuh cinta,

Sanggup begadai nyawa untuk kekasih,

Siapa tahu kenapa orang bercinta,

Sehingga sanggup bekorban,

Siapa tahu,

 

Fikirkanla,

Cinta  mendatangkan derita,

Yang sungguh kejam,

Lebih kejam dari si kuku besi,

Dalam cinta,

Kamu kena setia,

Rela bekorban,

Kamu kena senyum,

Walau dalam duka,

 

Mengapa,

Seumpama meracuni diri sendiri,

Siapa tahu,

Mengapa orang jatuh cinta,

Cinta mendatangkan musibah,

Bukankah baik menjauhinya,

Cinta ibarat koma,

Mati tak mahu, hidup juga segan,

Ibarat air tenang, namun dalam,

Siapa tahu,

Siapa tahu,

Tahu namun tidak mengaku,

Mengapa…..

Aku tidak lupa...

Aku tidak lupa,

Aku tidak akan lupa,

Janji ini, hubungan ini,

Walau masa berlalu,

Walau zaman berubah,

Kenangan kita tetap bersemadi di sanubari,

Memori indah bersama,

Memori duka jua bersama,

Aku tidak lupa,

Aku tidak akan lupa,

 

Walau jauh dikau menyepi,

Selagi hayat di kandung badan,

Biarla dikau terus bahagia dengan hidup,

Aku menghembuskan nafas terakhir,

Aku tidak lupa hubungan antara hidup serta mati,

 

Kadang hati mahu menjadi teman rapat,

Kadang ingin  menjadi pengantin,

Kadang ia jua musuh ketat,

Namun aku tidak lupa,

Aku tidak akan lupa,

 

Walau aku lupakan dunia akhirat,

Asyik di buai mimpi yang indah,

Walau  indah khabar dari rupa,

Namun aku tidak lupa,

Aku tidak akan lupa,

 

Pada musim bunga lalu,

Kau pintakan bintang menyerikan hidupmu,

Namun apala dayaku,

Ku berikan mawar,

Agar hidupmu seharum mawar,

Kau terima dengan hati yang sepi,

Aku tidak lupa,

 

Aku tidak akan lupa,

Suatu hari aku kotakan janjiku,

Bukan sekadar bintang,

Malah hidupku, nyawaku, serta kudratku,

Akan aku serahkan padamu,

Seperti janjiku,

Aku tidak lupa…

 

Musnahkanla

Hatiku yang tak bernyawa,

Cinta kau berikan beri nyawa pada hatiku yang tak bernyawa,

Namun kemudian cinta terbiar menyepi,

Dengan hati yang duka aku mengeluh,

Aku di hukum kerana menyintaimu,

Apa salahku untuk di hukum,

Dengan cintaku pada mu,

Aku sama sekali musnah,

 

Cinta ini begitu aneh,

Bahagia sementara sahaja,

Kemudian seribu  kesedihan,

Serta kesunyian datang menimpa,

Kandang tangis, kadang keluh,

kadang resah jua derita,

 

Wajahmu yang mampir padaku,

Datang ketika siang yang terang dengan

Kenangan  yang menikam qalbu,

Kenangan berasamamu menyeksaku pada kegelapan malam,

Dengan wajahmu mampir padaku,

 

Dengan hati yang berdarah aku mengeluh,

Aku di hukum kerna menyintaimu,

Layakkah aku untuk di hukum,

Aku di hukum kerana menyintaimu,

Apa salahku sehingga di hukum,

Aku musnah,

Jiwaku musnah dengan cintaku padamu,

 

Wahai Tuhan,

Kau ciptakan aku dari tanah,

Namun hatiku umpama kaca,

Mudah retak, mudah pecah,

Mengapa begini,

Mengapa aku begitu lemah,

Apakah aku terlalu berdosa,

Apakah amalanku semua palsu,

Bukankah telah jadi fitrah,

Insan  mempunyai hati dan perasaan,

Namun mengapa setiap pertemuan ada perpisahan,

Mulanya kita bertemu, kemudian berpisah jua,

Mengapa, mengapa memusnahkan,

Keluhan hatiku yang terluka,

 

Aku di hukum kerna menyintaimu,

Layakkah aku untuk di hukum,

Aku di hukum kerana menyintaimu,

Apa salahku sehingga di hukum,

Aku musnah,

Jiwaku musnah dengan cintaku padamu,

Hatiku yang rapuh,

Hatiku  mati semula,

Musnahkanla Hatiku..

Bunga dan Cuaca



sekuntum bunga yang biru,
mekar nan biru,
adakalanya layu,
namun tetap ayu,
namun ada rahsia disebalik

siapa umpama bunga,
perlu dijaga,perlu dipelihara,
bunga….
bunga dipengaruhi cuaca,
andai cerah,cerahla bunga,
andai cuaca buruk maka bunga terkesan,

haruman bunga yang asyik,
bunga yang suci,
bunga itu mekar,
bunga yang terpelihara,
bukan bunga yang layu,