Pernahkah kau melihat orang gila,
Jikalau tidak,
Akulah yang dikatakan gila itu,
Jika kau sudah dengar tentang orang gila,
Akulah yang dikatakan gila itu,
Akupun dahulu orang yang berakal,
Cinta menjadikan aku gila,
Dari Negara berakal,
Serta orang yang berakal,
Sekali lagi aku dikeluarkan,
Di buang negeri atas jenayah,
Jenayah apa,
Jenayah cinta,
Kerana cintaku padamu,
Orang asyik mengatakan aku gila,
Biarkan mulut mereka mencercaku,
Namun aku bukan tidak akan berbuat apa,
Aku bukan seperti ulat bulu,
Yang berbulu dan mengatalkan,
Biarlkanla aku,
Beralun seperti ombak,
Menyepi seperi pokok yang teguh,
Usah di pedulikan aku,
Kamu tak kenal,
Kamu membutakan matamu dengan kepalsuan,
Maka kamu tak cinta,
Cinta ini mencelikkan aku,
Bukan membutakan aku,
Kamu tak cinta,
Kamu tak rasa,
Ingatanku pada kekasihku,
Rindu akannya,
Kenang akannya,
Berduka kerananya,
Sejak azali lagi,
Hatiku sudah tertawan,
Jika kau punyai bicara,
Bicarala pada Yang Esa,
Hanya mereka,
Dengan pandangan mereka,
Dengan suara mereka,
Hanya Ahlul Bayt mampu mengetarkan sanubari,
Sanubari setiap insan……
No comments:
Post a Comment