kevin

Saturday, May 16, 2009

Monarki, ilmu serta cermin...

Muawiyyah telah membawa bidaah paling besar kerana mempengaruhi segala-galanya tentang Islam yang kita terima pada hari ini. Iaitu sisterm pemerintahan Monarki, yang tidak pernah di lakukan oleh Rasulullah saw, seperti yang kita yakini, selepas kewafatan Nabi, Para Sahabt melaksanakan Sistem Syura. Sistem ini kita akui kebenarannya, namun di pihak saudara kita yang berpandangan Mazhab Syiah, mereka benar-benar berpegang pada konsep Imamah serta Wilayah( bukanla seperti wilayah atau daerah itu, bermaksud kepimpinan) Mereka berpegang pada Khutbah Nabi di Haji terakhir, yang mereka gelar hari itu Ghadir Hukum, yang mana Nabi bersabda, “Siapa yang mengaku Aku Maulanya(pemimpin) maka Ali adalah maulanya”. Mereka meyakini bahawa Nabi secara tidak langsung melantik Saidina Ali sebagai pengganti, kemudaian mereka jua memperakui selepas Ali, Hassan, Hussein shingga lengkap dua belas sehingga la yang terakhir Imam Muhammad Al- Mahdi. Jika ini benar ada sesetengah pihak mengatakan apa perbezaannya dengan monarki??

Ya,monarki adalah pemerintahan berdasrkan berketurunan, namun lihatlah keturunan Muawiiyah itu,Bani Umaiyah, bapa Muawiyah itu sendiri dahulu merupakan Ketua Kafir Quraisy yg sgt kuat menentang dan membenci Islam, dia masuk Islam dlm keadaan terdesak,bukan dgn hati yg terbuka. Muawiyyah itu sendiri menyimpan dendam terhadap bani Hasyim serta Islam keran kedatangan Islam menyingkirkan mereka dari kuasa politik, sedangkan Nabi kita bukan sahaja pemipin di dunia, malah akhirat. Dan sesunguhnya Nabi kita masum, tak pernah lgsg melakukan dosa, begitu jua Ali yg terkenal dgn karamullahhuwajha sbb apa?? Mesti bersabab. Sedangkan dalam Al-Quran telah menyatakan Allh menyucikan Nabi serta keluarganya, namun hanya ahli keluarganya yg terpilih sahaja itula yg sebenarnya di gelar Ahlul Bayt, bukan semua. Nah, al-quran menyatakan begitu, Nabi serta Ahlul bayt suci, tepulangla pada kita nak fikir apa lagi,cuma jgn salah anggap semua keluarga nabi semua isteri2 Nabi itu adalah Ahllul Bayt. Mengenai pemerintahan monarki...sekiranya para Ahlul Bayt yang saya yakini maksum, ataupun tidak bagi sesetengah org, namun jelas terbukti dalam sejarah bahawa Nabi serta Bani Hasyim yang lain memiliki budi pekerti serta akhlak yang mulia, ambil contoh Ali, Hassan serta Hussein yang sanggup bergadai nyawa, serta para ahli keluarga Hussein yg lain demi untuk Islam, mereka tidak mahupun di gelar pemimpin, mereka tidak gilakan kuasa, mereka tidak akan membina istana besar. Ali ketika menjadi khalifah misalnya, sgt mementingkan rakyat serta tidak langsung mengunakan kekuasaan serta menggunakan kekayaan walaupun menduduki kuasa pemerintahan, contohnya mengenai dua lilin, beliau melakukan tugas2 khalifah mggunakan satu lilin,tapi di padam skiranya selesai kerana lilin itu harta negara. Inila sebaik2 pemimpin hatta perkara seremeh lilin sekalipun tetap di anggap harta negara,bani umaiyyah itu?? Dgn senang lenang mebina istana untuk diri sendiri, kita?? Para pemimpin zaman sekarang?? Orang mcm mana masuk syurga Ali atau Muawiyyah?? Kita?? Sehingga Nabi kita, serta para ahlul baytnya sendiri kita tidak mengenalinya, sedangkan Allah befirman supaya kita selawat ke atas Nabi serta para keluarganya, layakkah kita masuk syurga??Tidak kirala kita ni syiah yg di katakan sesat (sedangkan kita tak tahupun, tak pernah nak mengkaji sendiri, hanya dengar cakap ulama2 kita para ahlul sunnah ini mengatakan begitu,betul tak??)) ataupun yang mengelar diri sebagai Ahlul Sunnah?? (sunnah apa yg kamu serta kita ikut, sedangkan Nabi menyatakan beliau meninggalkan Al-quran serta itrahnya(keluaraga) selagi mana kita berpegang pada dua ni, selagi itu kita di jalan yg benar, yakni tak sesatla))

Bena-benar eden tak koso,islam yangg dahulu Nabi bawa satu hanya satu, sekarang ni berpecah-belah, dah tak dayo dah nak fikir, semua ckp dia yg benar,yg tu sesat tapi buktinya mana?? atau adakah kita sendiri yg sesat?? Klu sesat siapa nak tolong kita?? Ulama2 yg tak habis2 mengutuk syiah tapi tak mahu tunjuk bukti kukuh?? Atau Al-quran serta Ahlul Bayt seperti mana Nabi kesayangan kita bersabda?? Kita tak habis-habis mencari yang mana salah, yang mana betul, kita dari dahulu berusaha untuk mencari kesalahan yang lain. Cubala kita cerminkan diri kita, amalan yang kita percaya yang kita katakana sunnah, atau apa sekalipun adakah kita melakukannya??
Apakah amalan kita di terima, itula yang lebih di utamakan, dan kemudian kerjasama antara mazhab seharusnya ada untuk mengekalkan keamanan sesame kita sendiri. Ya sejarah ada banyak sisi, sejarah ada banyak yang di palsukan, tugas kita mengkaji, dan terus mencari kebenaran, bukan melenting dan menuduh itu tidak benar, itu fitnah dan palin utama jangan cepat terpengaruh. Ibarat kata-kata dari Sasterawan Negara dalam salah satu novelnya… Langit keruh, aku terpengaruh… Mahukah semudah itu kita di pengaruhi, mengikut sahaja tanpa ilmu???

2 comments:

  1. Masyarakat kita mmg pelik sikit. Sebab sudah terbiasa dengan amalan-amalan yang diwarisi turun temurun, jadi bila datang sesuatu yang baru dan tidak kita ketahui, kita cepat menghukum itu adalah salah. Padahal, kita sendiri yang cetek ilmu.

    Pandangan serong ni bukan pada Syiah saja. Bila kita lihat pengamal mazhab lain selain Syafiee bersembahyang sambil betul2kan tudunglah, gerak sana sini, kita beri pandangan pelik.

    Ironinya, ramai dari kita boleh menerima perbezaan agama. Bermesra2 dan berkawan baik malah menjadi keluarga dengan non-muslim. Tapi susah nak terima perbezaan mazhab. Sikit2 sesat, sikit2 sesat.

    ReplyDelete
  2. Itula, islam ini mengajar kita menghayati serta memahami, bukan mengikut sahaja, kita bukan jadi islam kerana nenek moyang kita islam. Seperti kata saudara faisal tehrani, kita asyik menyoalkan cara solat, tangan luruskah, bengkokkah...

    Syiah tangan lurus, ada juga salah satu dari mazhab kita, kalau tak silap, maliki(jika salah maafkan saya), nah jikalau mengatakan syiah sesat mengapa yang lagi satu tu kita terima? Persoalannya bukan cara, kita fahamkah apa tujuan kita menunaikan solat? Niat kita cuma satukan? Menghadap Ynag Esa.

    Thanks for ur info

    ReplyDelete