kevin

Tuesday, November 24, 2009

Selamat Tinggal Semua~

Kalau tuan punyai kekasih hati,

Jagala ia sepenuh hati,

Jangan sampai tiada di hargai,

Bila tiada barula di rindui,

Kenapa kekasih hati? Bukan kekasih sekadar untuk berkasih, bukan sekadar menumpang kasih. Kalau ingin berkasih, belajarla mengasihi, kalau ingin bercinta belajarla mecintai. Apa-apapun belajarla mencari kasih Yang Maha Pengasih kerana kasihnya tiada taranya. Kerana kasihnya Ilahi terhadap kita, di ciptakan manusia ini berpasang pasangan, untuk saling melengkapi antara satu sama lain, sesunguhnya setiap lelaki hebat ada wanita di sisinya. Bukan sekadar Laila Majnun, Adam (as) dengan Hawa, Yusuf (as)dengan Zulaikha(walaupun Zulaikha pencetus, penyebab Yusuf masuk penjara, tapi sebabkan beliau di penjara akhirnya menjadi seseorang),Muhammad (saw) dengan Khadijah, Ali dengan Fatimah. Malahan firaun juga turut ada Asiah di sisinya, seperti kata sahabatku (dia ambil dari mana tak tahula) perempuan yang baik ada jodohnya baik, namun ada juga jodohnya tak baik kerana suatu dugaan buat perempuan itu, mungkin tujuannya untuk membimbing lelaki itu. Benarla kata-kata, tangan yang mengayun buaian itu mampu juga mengoncang dunia. Walau dah lari topik asal tak mengapala, bukan ada siapa nak baca pun, suka hati penulis la nak tulis apa ya tak. Cuma ingin di nasihatkan jangan lupa kasih nan abadi, kasihnya Yang Maha Pengasih. Kita sentiasa mengabaikanNya, tapi kita tak pernah di abaikan. Begitu juga kasihnya para ibu bapa. Ibu bapa mampu menjaga anak yang ramai, yang ramai tak mampu menjaga yang dua itu sekalipun. Ibu, abah, saya sangat menyayangi kalian, kasih sayang kalian tiada boleh di balas, namun apakan daya anak yang tak punyai apa-apa melainkan kata-kata untuk bermadah.

Sayangila mereka yang menyayangi diri anda, selagi mereka masih hdup, selagi mereka masih dekat di mata dekatkanla di hati juga jangan sampai menyesal di kemudian hari. Hidup ini indah, makin indah jika di penuhi dengan kasih sayang. Bagi yang beriman, dekatkanla diri dengan Ilahi, menuju kasih nan abadi. Al-quran itu kitab yang harus di baca setiap hari, banyak kebaikan,pengajaran seta pedoman darinya. Bukanla sampai khatam setiap hari, sekurang-kurangya di baca juga. Novel-novel setebal kamus itu kamu boleh baca, takkanla payah benar membaca quran serta tafsirnya. Nasihat untuk diri sendiri juga, sesungguhnya kemungkaran itu sungguh senang di lakukan tapi payah melakukan kebaikan.

Tuaila padi antara masak,

Esok jangan layu-layuan,

Intai kami antara nampak,

Esok jangan rindu-rinduan.


Batang selasih permainan budak,

Daun selasih dimakan kuda,

Bercerai kasih tiada talak,

Seribu tahun kembali jua……


Entah bila akan dapat kembali semula, entah kan tiada hari itu untuk bertemu kembali ke blog ini.


Selamat tinggal semua~

Khuda afis,

Farewell……

Sunday, November 22, 2009

Sajak Terakhirku

Sajak Terakhirku

Dahulu aku sangat menyukainya,

Sukakan sajak,

Bukan sekadar baca,

Malah ku karanginya,

Namun sajak terakhirku,

Kini tinggal kesepian,

Tiada harapan jua kegembiraan,

Hidupku umpama,

Layang-layang terputus talinya,

Hidupku umpama suatu pentas lakonan,

Tak boleh di halang,

Walau cuba menghalang,

Sajak boleh hiburkan orang,

Bukan beri nasihat,

Mengungkapkan,

Kesenangan yang palsu,

Sedangkan hati telah patah,

Berdendam dalam sepi,

Bila kebenaran muncul,

Dalam hidup yang realiti,

Kemerduan sajak lenyap,

Umpama di penuhi hutan rimba,

Yang dalam musim tengkujuh,

Dengan haiwan buas berkeliaran,

Sajak terakhirku,

Ku tulis dengan hati yang patah,

Tidak mengenal erti keindahan lagi….

Tiada lagi kehidupan yang indah lagi,

Kerana semuanya berpunca,

Dari diriku sendiri……

Tuesday, October 27, 2009

Konon Raja, konon Hebat.....



Raja rimba, singa, raja kepada segala pemuburu2 di hutan, haiwan yang di geruni. Bumi ini ibarat pesta makanan bag imereka, makan apa sahaja, buru apa sahaja, gajahpun di makannya. Namun ada seekor binatang yang langsung tidak takut singa, landak! Dengan bantuan duri singa tidak boleh membunuhnya, malah ada snga terbunuh kerana tercucuk duri landak. Singa, raja pemburula sgt, namun bagi landak tiada ertinya gelaran raja itu, hilang segala gelaran, segala kemahsyuran….


Kancil dan helang, pertarungan kecekalan. Kancil menyelam bagimengelak di makan, helang menuggu dan memerhatika dgn mata helangnya, dengar cerita penglihatan yang sangat tajam. Namun….tiada erti mata helang tu, dgn mudah tertipu, di sangkakan kancil rupanya hanya batu, kancil selamat, helang pula pulang ke sarang dgn perut kosong….tula jangan berlagak sangat. Setinggi-tinggi mana helang terbang, akhirnya mencecah tanah jua~~Bijak juga sang kancil ini ya....

Kerjasama antara semut, kalau ada manusia mencontohi bayangkan projek mega sekalipun adalah perkara kecil, perkara2 kecil jangan dibesarkan, perkara2 besar dikecilkan di Bandar besar….

Siapa TAhu 2....

Tanpa cinta, hidup itu sunyi,

Tanpa cinta, apa yg ada pada hidup,

Tanpa cinta hidup akan sepi,

Cinta membawa seri pada kehidupan,

Cinta membawa kegembiraan dalam hidup,

Cinta mengukir senyuman pada wajah,

Manusia jatuh cinta,

Tapi menyembuyikannya,

Siapa tahu,

Entah mengapa mereka takut,

Takut meluahkannya secara terbuka,

Tahukah mengapa, entah mengapa,

Cinta itu indah dari segala segi,

Asalkan kita yang mengindahkannya,

Cinta biasanya membawa keihklasan,

Cinta yang ikhlas itula indah,

Bukan kerana hawa nafsu,

Fitrah manusia, lumrah manusia mempunyai cinta,

Entah mengapa kau,

Hanya kau seorang mengelaknya,

Entah mengapa,

Adakah sebenarnya kau sudah jatuh,

Namun kerana egomu,

Menyembunyikan cintamu,

Mengapa, mengapa, mengapa……..

Apakah kau dalam musibah,

Apakah kau akan di bunuh,

Seperti majnun cintakan Laila,

Namun apakah zaman ini,

Zaman antara dua darjat?

Tak kenal maka tak cinta,

Tak cinta maka tak kenal,

Cinta itu pelbagai,

Cintailah semua yang mecintai,

Bukan sekadar duniawi,

Juga cinta nan abadi,

Siapakan tahu….

PEMBUNUHAN BERSIRI

Ya, seperti yang di nyatakan dalam tajuk ini kisah pembunuhan, pembunuhan bersiri pada hanya satu malam. Pembunuhan apa? Bukan, bukan seperti yang ada gambarkan, mungkin anda tak mampu nak membayangkannya sekalipun. Dan bukan juga berlaku pada seribu tahun yang lalu, ini bukan kisah tragedi berdarah itu jua, ini kisah penuh misteri…..er, misterika? Entahla tapi kisah ini melibatkan kisah pembunuhan, kepada pembaca yang….eh adaka orang baca? Ni blog aku, aku punya sukala nak tulis apakan, kalau nak baca, silakanla baca……

Makmal Prof W (ingat X-men ja ada Proffesor X, UAC, Universiti Aku Cinta pun ada, Prof W), waku pukul 8 malam. Pada waktu ini, aku sedang berada di dalam makmal, secara tiba-tiba…..jengjengjeng, muncul la…….bukan apa sangatpun, seekor burung layang-layang (rasanyala) entah mana dia sesat entah, boleh pula terbang dalam banggunan ‘sekolah’ yang penuh bahan kimia itu. Tak sempat untuk menutup pintu, si layang ni terbang masuk dalam makmal. Sudah, apa cerita, kalau si laying ni boleh bantu aku buat eksperimen takpala, ni menganggu konsentrasi, menyemakkan mata, dan menyelerakkan. Maklumla, dalam makmal, penuh dengan bikar, si laying ni suka hati ja terbang-terbang, dengan kipas terbuka.

Aku pergi makmal sebelah, nasib baik ada orang, “k,kak nak pinjam penyapu”, kakak tu bagi kat si K ni, (kawan aku), tanyala, nak buat apa, rajin bonar sapu makmal, malam-malam. Aku pun jawab, eh, bilik aku sendiri aku tak sapu, ni kan makmal, nak halau burung la. “Burung!!!”, bukan main terperanjat K, ya, kenapa tak percayaka? Marila tengok.

Kembali semula ke makmal aku (tapi milik Prof W la), elok si layang ni bertenggek atas kebuk wasap, amboi-amboi, layang, layang, kau ingat ni makmal kau yang punya. Ishq2, dahla aku ada kerja, tapi kesian pula si layang ni terperangkap, pandai masuk, tapi tak reti-reti nak keluar. Aku pun dengan menggunakan senjata terhebat, penyapu 360~ menghalau si layang ni, tapi….tak mahu juga dia keluar, dengan pintu terbuka luas, tingkappun terbuka, tapi kerna si layang ni terbang tinggi, tak dapat dia mencari sinar untuk keluar. Puas cuba menghalaunya, kipas pun aku tutup takut si layang ni langgar kipas, kasihan pula, K pun dah penat tolong aku, kesian K, tak pasal2 kena tolong aku menghalau si layang ni. Kemudian K mencadangkan supaya buka kipas, dan aku berdiri di suatu bahagian, halau dia berterusan ke pintu…….. ishaq! Sikit lagi, kata K “hei keluarla, tak nampakka pintu tu”, sabar K, aku tahu kau penat, kita berehat sebentar ya, si layang tu pun dah penat, bilah kipas syiling tu dah berapa kali hinggap kepaknya. Okla,duduk la sekejap melihat keserabutan makmal akibat usaha menghalau si layang ni. Ai, aku la kena kemas, nanti marah pula kakak master Prof W, aku ni FYP ja. Tapi si layang ni harus di halau keluar, tak boleh di biarkan bermaharaja lela di makmal, ni makmal kami, ini makmal aku, aku juga nak buat kerja aku, cepat siap, cepat boleh balik!

Dengan semangat yang waja, aku memegang penyapu…..tapi……. “alamak, aku ada kerja sikit, kakak tu dah nak balik, kejap lagi aku dating ya”, K pun pergi meninggalkan aku berseorangan dengan si layang, luntur semangatku, aku ambil kertas buat bola untuk di baling kat si layang yang tertenggek kat atas kebuk wasap dengan siulan dia yang tak jelas, si layang ni burung yang kurang upaya rasanya, aku melihat mulutnya terbuka-buka seperti mahu bersiul, tapi tiada ku dengari siulannya itu, kasihan. Argh,tapi aku dah bosan, akupun balingla bola yang aku buat tadi. Tidakan reflex si layang ni sangat pantas, sempat dia melarikan diri dan melayang pergi,akupun berdiri dengan penyapu di tangan…….pang!! tub!!.......Layang!!! Si layang terlanggar bilah kipas, dan jatuh, jatuh ke arah oven. Aku tergamam, kelu, beku seketika, apa aku dah buat ni, dan apa aku harus buat? Jatuhnya si layang melanggar mangkuk penyejat, dan kemudian telangkup, tertangkup, atau apa la, si layang terperangkap di bawah mangkuk itu, aku lihat dia cuba melawan kerana ada gerakan, bila aku sampai……dia dah tiada…… Aku duduk terdiam.

Beberapa minit kemudian K pun datang, melihat aku dengan wajah suram, muram serta kelam itu. “mana layang?”, akupun menunjuk kea rah oven, dan menerangkan segalanya secara terperinci. “Kau sudah membunuh!”, dan kemudian ketawa. Ai, K, aku tengah bersedih ini, aku punyala berusaha, sampai mula-mula tutup kipas untuk tidak mencederakan si layang, kerana si layang ini, walau seekor burung yang sesat (tapi pelik gak, mcm mana dia sesat sampai masuk banggunan sekoah, betulka burung?) K boleh pula buat lawak pula! Tapi bila dia lihat aku berterusan sedih, dia kembali berkata dengan nada memujuk, dahla, bukan salah kau, benda dah jadikan, kita dah tak boleh buat apa, dah sampai masanya. Yala, K, terima kasih la kerana ada di sisi aku pada masa –masa begini, dahla siapkan kerja kemudian kita balikla jom. Aku pun mengambil bungkusan untuk membungkus jasad si layang, meneruskan kerja aku. Dan kemudian pulang bersama K. Aku meletakkan si layang di bawah pokok, hmmm kesian, tak di tanampun, rasa bersalah di biarkan begitu sahaja.

Aku pun pulang dengan bas. Dalam bas……pembunuhan kedua berlaku. Kes yang serupa, binatang sesat lagi, kali ni seekor ulat bulu! Ulat bulu dah naik daun, maksudnya orang gatal sudah menunjukkan belang, tapi ulat bulu dah naik bas? Apa cerita? Ulat bulu menjalar di bahu K, aku lihat K dalam keadaan resa gelisah,hah, baru kau tahu, aku ni berdaulat, jangan sekali merendah-rendah kan daku ini~~ Aku pun menepis ulat bulu itu, dan memijaknya, sampai lumat tanpa belas kasihan. Selepas yang pertama, yang kedua tiada rasa apa, “kau…bunuh lagi!!!! Dah dua pembunuhan dalam satu malam!”, ish dia ni, ulat bulu tu gatal, bahaya ada dalam bas ni, macam mana dia boleh ada, ada sarang serangga ka dalam bas ni, uzur benar bas university ni, sampai boleh berkembang biak segala serangga, entah-entah burung tadi tu pun bersarang di sekolah itu, ai pelik2. Tak pasal-pasal aku menjadi pembunuh. Pembunuhan bersiri.

Keesokan hari, aku pergi ke tempat aku meletakkan jasad si layang yang aku biarkan terkulai begitu sahaja. Tapi…..tiada…hilang entah ke mana, cuma sebahagian sayapnya sahaja yang ada. Apakah telah di baham kucing, putus kepalanya dan di bawa berarak keliling kampus? Apakah kepaknya itu telah terpisah dari jasad, jasad di bawa ke tempat lain, kepaknya sahaja terbiar? Aku ambil dan menanamnya dengan baik. Hai, apala kejam sangat aku ni, patutnya tanam ja semalam, sudahla dia mati terperangkap, setelah kepenatan, mesti lapar dan dahaga. Hei, kejam sekali, sungguh tiada peri kemanusiaan aku ini. Mungkin benar apa yang K kata itu, pembunuh bersiri……..tapi kisah ini mengingatkan aku kepada sesuatu, kisah ini benar-benar berlaku, dan membawa kepada kisah yang lain. Hmm, alangkah indahnya kehidupan jika tiada pertumpahan darah, tapi aku telah melakukan………………….

Thursday, October 22, 2009

Nama Hamba, Ali Akhbar.....

Nama hamba Ali Akhbar ( bukan nama sebenar). Namun apakah maksudnya? Siapa yang bernama Ali Akhbar? Apakah tuan-tuan semua ketahui? Tidak tahu? Pernah dengar tapi lupa? Atau buat-buat tak tahu?

Akhbar…….bagi yang beragama Islam, sehari, berapa banyak kali mendengarnya, contohnya dalam seruan azan memuji Yang Maha Besar. Namun bukan itu yang mahu hamba ceritakan di sini, in cerita mengenai siapa Ali Akhbar. Bukan juga cerita tentang hamba, nama sebenar hamba bukanla Ali Akhbar pun, sekadar mengguna pakai nama itu, ala-ala gelaran gitu.

Kisah ini tentang cicit Nabi Muhammad s.a.w, yakni Ali Akhbar ibnu Hussein. Hussein adalah puteranya Ali (sepupu Nabi yang handal itu) bersama dengan isteri beliau, Fatimah Az-zahra. Nabi, Ali, Fatimah serta Hassan (abang Hussein), serta Hussein adalah para Ahlul Bayt yang di muliakan seperti dalam beberapa hadis yang sahih, hadis dari pelbagai mahzhab mengiyakan perkara ini sehingga tak boleh di pertikaikan. Cuma pada ahli keluarga lain seperti para isteri nabi apakah mereka juga tergolong dalam golongan ini, itu pertikaian lain, tiada hamba ingin membawa kisah pertikaian, kerana wujudnya pertikaian kerana wujudnya ketidakpastian, hamba cuma menceritakan apa yang pasti sahaja.

Ali Akhbar……pemuda yang mulia akhlaknya, baik serta pekerti tingkahnya, jauh sekali dengan pemuda-pemuda zaman sekarang ini, terutama sekali hamba, sangat berbeza. Malu pula rasanya jika membandingkan diri dengan beliau, upama langit serta bumi, umpama pipit dengan helang dan semestinya hambala pipit yang perasan, beliau itu helang yang merendah diri. Namun satu perkara yang unik pada Ali Akhbar.

Wajahnya……wajah orang2 mulia mestila bercahaya, dengan nur serta takwanya. Namun bukan sekadar itu. Beliau memiliki wajah yang mirip dengan moyangnya, Nabi Muhammad s.a.w. Sehingga Hussein pernah berkata pada anaknya ini, sekiranya beliau (Hussein) rindu akan datuknya, akan di tatapnya wajah Ali Akhbar.

Namun itu semua tiada menghalang dari tragedi berdarah Karbala. Mula dengan Ali Ashgar yang masih bayi, di bunuh dengan anak panah menembusi lehernya ketika di pegan oleh Hussein. Selepas anak Hussein yang masih bayi itu, satu persatu anak, keluarga keturunan Nabi yang lain gugur di tanah Karbala. Tiada langsung belas kasihan, sehingga Ali Akhbar, wajah mirip Nabi sekalipun mereka bunuh. Siapa yang bunuh? Jangan terkejut, kerana di Karbala itu, yang memerangi Hussein bukannya orang lain, bukan kafir, tetapi mereka yang kononnya beragama Islam jua. Apa sebenarnya yang terjadi? Bukankah Nabi berpesan supaya kita sentiasa berpegang pada keluarganya selain al-quran, bukan melakukan mereka seperti ini, bukan membunuh mereka.

Sehingga Ali Akhbar, pemuda belasan tahun yang wajah mirip Nabi itu sekalipun di bantai, di bunuh dengan kejam sehingga tanah Karbala menjadi merah di basahi dengan darah-darah insan-insan mulia, darah Hussein , darah keturunan Nabi……apakah layak mereka, apakah layak kita mengelar kita umat Nabi, sehingga peristiwa berdarah itu sekalipun tiada kita ambil peduli.

Tiada hamba sedarjat, semulia, setampan, sesuci sosok nan agung ini, namun akan hamba jaga nama mulia ini, supaya di kenang sepanjang zaman…..

Segala derita Dia kan mendengar,

Kebenaran tiada akan di telan zaman,

Segala duka ada penawar,

Kita menghampiri akhir zaman,

Sunday, October 11, 2009

Antara dua darjat: Kebenaran atau kehiburan?

Antara kebenaran dan hiburan mana satu yang kita pilih? Sudah semestinya….hiburan kan? Masakan tidak, budaya sekarang, budaya masyarakat Malaysia yg terpengaruh dengan budaya2 barat sehingga hilang identity kita, budaya hedonism yang memuja sebarang bentuk hiburan. Tak usah di petikaikan lagi, pelabagai bentuk hiburan, lagu, drama, cerita ceretra, filem malah apa saja baik media cetak atau media elektronik atau media apapun semuanya di penuhi dengan hiburan! Hiburan semata-mata.

Minda kita di sogok serta di suap dengan pelbagai bentuk hiburan sehingga kita alpa akan kebenaran. Segala-gala keraian, perayaan di raikan dalam bentuk hiburan! Pada 10 dan 11 Oktober Universiti Aku Cinta (UAC) mengadakan….entah kejadah apa, yang aku dengar suara MC menjerit-jerit, 1 siswa! 1 Siswa! 1 siswa! Apa dengan terkinja-kinja menari atas pentas, menyanyi dengan suara sumbang, menjeri-jerit, terpekik-pekik itu mencerminkan siswa? Apkah itu budaya orang yang terpelajar yang di katakana berilmu, bakal memimpin bangsa dan Negara? Maaf kata, makin rosak Negara kalau begitu. Semua asyik alpa dengan hiburan, apa saja dengan hiburan. Kejadahnya 1 Siswa tu, apa ada satu siwa ja ka seluruh Negara ni? Malaysia sudah semestinya hanya 1, siswa tak mungkin 1 melainkan bersatu.Palestin di bom dan di bantai, darurat di selatan Thai, mujahid terus berjuang di Lubnan bergadai nyawa, gempar di Negara jiran, taufan lagi….apa yang kita buat? Yeah Konsert, dan teruskan konsert.

Nak menarik nama, kita buatla konsert amalkan, sedangkan beribu mati di dunia, kita membuat konsert mengalakkan maksiat dengan alasan untuk beramal? Wahai pemimpin yang rasanya mahu di gelar pemimpin, lihatla kerosakan, mentaliti macam sampah. Hanya tahu berhibur, hibur, hibur. Apabila mahu di berikan ilmu, argh…bosan, masakan tidak sudah sekian lama behibur, terkinja-kinja atas ataupun bawah pentas, melalak, meraung, melihat cerita atau filem yang makin membawa mereka ke jalan kehancuran…bolehkah mahu menerima kebenaran? Benar kebenaran itu menyakitkan, tapi ia ibarat ubat untuk hati yang, bukan seperti hiburan yang ibarat dadah yang tak membawa manfaat tapi hanya ketagihan.

Mahukah anak-anak muda ini hadir ke sesi ceramah agama, mahukah membaca serta menghayati kitab-kitab agama ataupun ilmu-ilmu lain,hadir awal ke masjid tika jumaat dan menghayati khutbah, mahukah menerima kebenaran? Bukan kata orang muda, malah orang tua kerepot yang kubur sedang memanggilpun sama sahaja. Bukan semua tapi kebanyakan. Ada juga orang muda yang sedar diri, mula mencari erti kehidupan sebenar, bukan sekadar mengecap kesedapan serta hiburan semata. Namun persoalannya….apakah kebenaran yang kita percyai benar selama ini benar-bernar benar? Seperti yang di katakana kebenaran itu menyakitkan, memeritkan malah mungkin jua ada sesetengah orang tidak mahu menerimanya, namun perlukah sampai kebenaran itu di sorok?

Falsafah cina ada mengatakan cara menyampaikan ilmu yang paling elok adalah seperti memberi seorang yg dahaga di berikan gelas, gelas yang kosong, dan isi separuh, kemudia jika dia mahu terpulang pada dia untuk mencari sendiri. Jika terus di isi penuh sudah pasti dia tak mampu menerimanya.

JIka falsafah itu yang di pegang, tidak mengapa, tapi jangan sampai di sorok, dan memalsukan kebenaran! Teringat saya tentang kisah penulis terkemuka Negara, Faisal Tehrani yang teaternya seolah di boikot. Tiada bantuan kewangan, tiada bantua apa-pun, semuanya bergerak atas usaha beliau serta krew-krew beliau. Sebab apa? Sebab teater beliau membawa mesej kebenaran, Kopitiam Ghadir, membawa mesej Ghadir Khom, mesej ataupun khutbah haji terakhir Nabi saw sebelum wafat. Sampai teater ini yang asalnya mahu di pentaskan di DBP, tapi terpaksa di tunda dan di pindahkan ke ITNM, di mana dewan ini tidak mempunyai kemudahan untuk mementaskan teater sekali[un. Sebab apa? Apa yang di takutkan dengan teater itu? Bukankah teater itu di penuhi dengan selawat, memuji Rasul serta Ahlul bayt? Apa yang dikhuatirkan sangat mengenai Ghadir Khom ini?

Itu salah satu kebenaran yang di akui benar, tapi di sorok dan di simpan sekian lama. Satu lagi kisah yang mahu saya bawakan, kisah Karbala. Tanah Karbala kini d Iraq, pada seribu tahun yang lalu, ada sebuah tragedi berdarah pada 10 Muharram di situ. Tragedi pembantaian serta pembunuhan keluarga, keturuanan Nabi saw. Di Karbala inila, cucu Nabi tercinta di bunuh dengan kejam selepas beberapa hari berlapar dan dahaga akibat di kepung oleh tentera Yazid. Ada suara mengatakan tragedy berdarah ini sekadar suatu propaganda orang-orang syiah, suatu fiksi yang sengaja di reka. Apa ini benar? Tetapi…fikirla secara logika akal, mazhab syiah ini, ataupun juga di kenali sebagai mazhab Ahlul Bayt, meraka menekankan kemuliaan serta kemaksuman Nabi serta keturunan beliau, mereka mengatakan mereka cintakan Ahlul Bayt, apakah orang seperti ini sanggup mereka cipta kematian kekasih mereka sendiri? Apa mereka ni orang yang sanggup mengaibkan Nabi serta keturunannya demi kepentingan mereka? Atau musuh Islam yang mereka cipta bagi menutup kebenaran Islam?

Bukan mahu mengatakan syiah itu benar,cuma tertanya mengapa kisah Karbala tidak di ketahui kita yang mengatakan diri kita Islam, cucu Nabi di bantai tiada kita ketahui? Nabi kita sama, kita mengakui Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir. Kita umat Islam di galakkan berselawat ke atas Nabi serta keluarganya yang suci, kerana para malaikat serta Ilahi turut berswelawat ke atas mereka seperti dalam firman Allah swt di dalam al-quran. Namun mengapa kisah ini di tutup, malah ada yang menuduh itu cuma cerita rekaan. Bagi mereka yang berfikir tentu mampu membezakan yang mana satu kebanaran. Kisah karbala tidak bermula pada 10 Muharram dan tidak jua berakhir pada 10 Muharram, syahidnya Saidina Hussein di bunuh begitu kejam dalam keadaan lapar dan dahaga, tidakkah ia wajar di tangisi? Bukankah beliau cucu Nabi? Mengapa mahu di tutup kisahnya, jika ia sebuah rekaan, maka apa sebenarnya yang terjadi? Kebencian Yazid terhadap keturunan Nabi di pupuk oleh ayahnya Muawiyyah, yang sudah tercatat dalam sejarah beberapa kali berperang degnan Ali yang menjadi Khakifah pada masa itu. Selepas kewafatan Ali, Muawiyyah menggunakan tipu muslihat sehingga memperoleh kuasa Khalifah dari Hassan. Kemudian Hassan di racun. Selepas Muawiyyah mati, Yazid memain peranan sebagai Khalifah. Jika di katakan peristiwa karbala tidak berlaku, apa yang sebenarnya berlaku? Masakan Hussein, cucu Nabi, seorang yang mulia hanya mendiamkan diri melihat kerosakan dan kehancuran yang di lakukan Yazid? Di manakah kebenaran……

Walau selicik mana, walau bagaimana cuba di selindung dan di tutup, kebenaran itu ibarat cahaya yang akan terus bersinar, suatu hari sinar akan menerangi bumi, kebenaran akan terbongkar jua. Hiburan itu tiada salahnya, aslkan kita mampu mengawalnya jangan sampai kita di kawal oleh hiburan. Usahlah di sogokkan kami dengan hiburan lagi, benarkanla kami berfikir mencari kebenaran, bukankah siswa itu seharusnya menggunakan otak untuk berfikir, bukan guna tekak untuk memekik, bukan terkinja-kinja menari!

Saturday, October 10, 2009

Abah, ni burung apa?





Anak:Abah ni burung apa?

Abah:Burung pipit.

Anak:burung apa?

Abah: burung pipit..

Anak: Burung apa?

Abah: Pipit nak (sambil tersenyum)

Pernah tgk iklan ini? Iklan apa entah, tak kisahla, petronas rasanya, dalam iklan tu entah burung apa entah, tp situasi yg daku alami…burung pipit. Peristiwa itu sudah tersangat lama berlalu, aku sendiri sudah hampir melupakannya, namun ia pernah berlaku, cuma aku bertanya hanya sekalija, ayahku tegas orangya~ haha.

Dah lama berlalu, tp kini kembali segar di ingatan bila aku melihat burung-burung di kampong orang. Padahal kampong sendiri adaja burung tapi tak pula teringatkan, tapi nak buat macam mana, orang penang kata nak buat laguu mana dah…. dah pergi kampung orang tu barula teringat, barula terusik memori itu, al maklumla kampung sendiri dah biasa, dah jadi mcam rumah sendiri, makan tido tengok tv….bila pergi kampung orang barula nak terpegun barula nak jadi jakunkan…

Pada tanggal 27 september, itula detik bersejarah bagi aku(kerana adanya sejarah tersendiri), mula-mula pergi rumah pensyarah di KB(pkla sendiri KB tu apa kejadahnya, yang pasti bukan dlm minda kau tu). Rumahnya……indah pemadangan, bagi mereka yang tak pernah duduk atau lalu sawah indahla, bagi yang dah biasa tu…ele sawahjerr! Namun bagi aku tetap indah dengan angin sepoi-sepoi bahasa. Selepas menuggu lama dan berborak panjang,lepas makan nasi afghan (bagi aku biasaja, aku dah pernah makan kot cuma nama lain,, bagi mereka yang tak pernah makan tu mulala kejakunannya) barula berangkat pulang…bukan balik, bergerak ke rumahlain, dgn alasan raya! Padahal raya dah seminggu berlalu.

Kat rumah nila,rumah tok wan seorang dari kami,rumah tok sahabat ni kat Manggis ja(promosi manggis ni hah,haha) ada reban burung, rumah dia dokat bonar la dengan rumah pensyarah tu, jalan kaki pun sampai, bagi edenla, eden biasajo jalan kaki. Ni gambar aku ambil kat rumah depa,jadi jakun sat. lama ku tenung gambar(walau dalam gambar tu xda burungpun, laju sgt kot burung2 tu terbang) aku teringat kisah aku…

Abah pulang dari kerja, tapi tak seperti biasa, helmet dah terbuka sebelum menjejak kaki ka pintu rumah(abah pergi kerja naik motorja, bukan subaruka, murano ka, lecturer mampula, tapi memang mantap2la lecturer2 aku, kereta hebat2, cuma student diaja xmantap). Abah sedang melihat dalam helmetnya…aku pun pa lg, masa tu budak berhingus lagi, excited terlebih, tengok2 ada burung….

Abah ni burung apa? Burung pipit…..(walau pipitja, bak kata orang jangan samakan pipit dgn helang, lumrah dunia pipit tak boleh terbang sama tinggi dengan helang, argh peduli apa aku, burung juga walau bukan helang, bukan merbuk, bukan burung tekukur). Abah cakap…entah apa dia cakap, tapi aku bayangkan burung itu berada dalam helmet, dan abah memakai helmet tu….pelik! Yang pasti aku xtahu mcm mana burung tu berada dalam helmet, anda tahukah? Abah beritahu lagi, cakapla, atau habaq pada kami burung ni cedera, maka beliau membersihkan luka, menjaga burung itu sampai sembuh….yang ajaibnya...burung ni tak cuba melawan malah seolah memahami abah Cuma ingin menolongnya, berapa lama kami beri dia makan,sehingga ia sembuh lalu pegi meningglkan rumah kami, ceh, tak ucap thanks pun (hahaha, mcamla aku faham apa burung tu cakap). Tapi ini bukan kisah burung, kisah aku kagum tehadap keprihatinan abah, walau terhadap pipit. Bayagkanla bagaimana duania ini ibarat helang yang sanggup terbang bersama pipit, walau tinggi mana, walau bedarjat mana, walau sekaya mana seseorang itu tidak lupa akan orang yang berada di bawahnya, pemipin yang tidak mengabaikan rakyat.

Dunia ini akan menjadi indah jika manusia tidak mengejar pangkat atau kekayaan. Apa yang ada pada darjat, pangkat serta harta? Nanti bila mati hanya amalan kita menjadi bekalan, tiada Ilahi pandangan semua itu melainkan takwa kita.

Abah pernah bercakap, pertanian….berbakti pada tanah dan memelihara ternakan antara pekerjaan yang molek. Memupuk erti kesedaran, kesabaran serta keredahaan. Berbakti pada tanah bukan mudah, banyak cabaran serta risikonya, namun memupuk kesedaran bahawa walau kita berusaha, hasilnya atau rezeki kita bukan di tangan kita, kita harus bersusaha, namun kita juga harus redha akan pemberianNYA. Menternak haiwan bukan mudah. Perlu kesabaran yang tinggi, walau binatang ini tak demand mana, tak kisahpun duduk dalam reban yang nak roboh, tak minta air panaska sejukka, tak minta makanan banyak mana, asal ada makanja (jangan la tak bagi ternakan makan, nanti mati kelaparan serta kehausan, jangan biarkan peristiwa berdarah itu berulang!), tapi binantang ni tak berakal, maka kita manusia yang berakal ni harusla menggunakan akal dan bersabar, tp binatang ini....yala kata tak berakal, kadang2 memecahkan barang, merosakkan juga, tp ia masih sesuatu yang bernyawa……

SEKIAN……Terbangla Helang, usah di kau peduli akan mereka yang mencemburui dirimu~

#Pss…cerita ni ada yang benar dan ada juga dongengan serta satira semata-mata, bagi mereka yang celik dan minda terbuka tentu memahaminya….

Tuesday, September 29, 2009

Eidulfitri Datang Lagi~~~

Raya datang lagi, aidilfitri menjelma lagi..wahaha~

Sudah sekian lama tidak mencurah ilham serta idea di blog ni, ada sikit punya sibukla, sedang menulis sesuatu yang menjai pertaruhan nyawa iaitu JENGJENGJENG....thesis~~~~ Sangat sibuk dan menyibukkan diri, hingga ramadhan berlalu begitu sahaja, raya pun dah berakhir. Apakah amalan sepanjang ramadhan di terima, cukupka, adakah lagi ramahdan buat daku, kamu serta kita? Apapun semua dah berlalu, yang lalu di jadikan sejarah yang perlu di hayaTi agar tak berulang(sepatutnyala). Banyak idea,ilham,pengalaman serta cerita yang terlintas sepanjang masa berlalu ini tak sempat di rakamkan di blog ni, maka semua terbiar menyepi...asal diri tidak sepi dahla.

Apapun selamat hari raya serta maaf zahir batin.KULLU AAM WA ANTUM BIKHAIR~~

Thursday, August 13, 2009

Awards...entahla cuma ingin menghargai mereka yang wajar di hargai...


Tiadaku mengerti motif award ini, haha, sekadar ingin menghargai mereka2 yang wajar aku hargai

nyatakan 5 fakta menarik mengenai pemberi award ini (saudara Al-Azim (dari KRU=Kelab Rekreasi Universiti)
1. student agrobiology(pergh, aku minat gila bertani ni,tp terambil kimiala)
2. pernah pg hiking, kayak, sedim camping sama2 dgn KRU
3. mantan YDP KRU
4. teman bermain futsal haha
5. ada motor RXZ!!

setiap blogger harus menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya
1. suka aktiviti lasak..tp kedekut nak keluar duit( dalam bahasa lain jimat)
2. tak pernah daftar jadi ahli kru pun, sbb dah ada comitment dgn kelab olahraga, tp setakat ni klu tak silap dah join 6 aktiviti KRU
3. gunung pertama yang aku daki dalam keadaan yang tak fit langsung, haha, gunung stong
4. asal KL, tp xtahu jalan kat KL tu
5. tak suka duduk bandar or dekat pantai, suka duduk kampung @ hutan
6. first aktiviti KRU kayak round island, pusing satu penang dgn kayak!! tp ttgal kat belakang ja selalu, (haha sory partner kayak)
7. agak pemalas, org kata agak sombong juga betulka? tp aku mmg xsuka ikut peraturan, rules make to be broken
8. tak suka masuk pertandingan, just for fun bolehla, sebab terlalu ambil serious (tu pasal kalahja TOT n MASUM) 100 m plg lajupun cuma 12 saatja, slow la tu
9. suka membaca, xsuka menulis tp byk gak aku tulis haha
10. tak pernah fokus pada suatu bidang, boleh megadaptasi pada keadaan tertentu kerana berpegang pada satu falsafah ilmu tanpa sempadan (ceh...apa la yg cuba di sampaikan)
11. sangat baran..ops dah terlebih lak....

anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya,dan describe tentang mereka
(perluka sepuluh? perluka si penerima awards tu adalah blogger juga?)

1.azren- rakan karib di usm, antara sifu aku yg mengajar mebuat blog
2. zulkifli- rakan semasa di KMNS, blog dia sgt urban
3. alif abu- rakan di KMNS juga, lebih popular dgn gelaran alip hensem
4. hmmmmm......senator2 KRU n true kayakers (kapten nazri,sani, ey, azrul,bulah,razif, syi, diana, syida)-entahla diorg ni ada blog ka tak, tp sgt menghargai diorg
5. junior2 KRU (naim, basri, aizat, azim, anes.....byk lg
6. puteri2 KRU (put, as, lala, sal.......byk lg
7. kepada yg mencipta award ni(haha)
8. kepada nama2 yg terlupa atau sengaja tak disebut(hentam sahajala)
9. rakan2 kimia serta junior kimia yg berasama main FUTSAL~~
10. kepada family tercinta, walau mmg diorg xda blog...tp aku peduli apa, i love them ok~~

Saturday, July 25, 2009

Antara Futsal dan Alasan

Bola sepak, boleh di katakan sukan yang paling popular di dunia. Kebanyakan lelaki, saya ulang KEBANYAKAN, bukan semua lelaki, saya ulang LELAKI(luar dan dalam). Ada juga segelintir peminat di kalangan wanita, tetapi tidakla seramai lelaki. Bola sepak, bola sepak pantai,street soccer,freestyle serta futsall! Antara semua itu, yang paling mudah adalah futsal. Mudah mengawal bola, jarang berlaku kecederaan serius dan tidakla begitu memenatkan. Ada orang kata futsal memerlukan skill yang tinggi. Maka orang yang berskill sahajala boleh main futsal? Betulka? Argh, pedulila dia tu hebat sangatka nak main skill-skill? Atau cakap besar sahaja. Main sahajala, dapat bola tendang, susah apa.

Semalam (Khamis,Julai 23, 2009) aku bermain futsal. Rakan-rakan membuat lawak dengan menyifatkan aku sebagai manager kerana aku bertangungjawab dalam menempah gelangang serta mengajak rakan untuk bermain. Tetapi rasanya tiada layaknya di gelar sebegitu, kerna ada juga sahabat yang budiman yang turut membantu. Cuma aku Nampak agak overexcited, maklumla dah lama sangat tak dapat main. Apa-apa tugas aku terima, apa jua gelaran aku terima, namun pengalaman itu yang lebih penting dan bermakna. Penglaman menjemput orang untuk bermainpun agak menarik.

Sebelum berleter panjang, ingin aku menyenaraikan antara alasan-alasan yang wajar di terima dan di guna pakai untuk menolak pelawaan bermain futsal(futsal sespesies juga dengan bola, kebiasaanya main di gelangang berbayar)

Untuk Perempuan

1.Tak ada duit.

2.Segan(bolehla, perempuankan agak pemalu)

3.Takut,tak reti main

Untuk Lelaki

1.Tak ada duit

2.Tak minat bola

3.Tak ada kawan

Bagi kaum hawa(gadis,wanita),terutama perempuan melayu yang terkenal dengan tatasusila, lemah lembut serta sopan santunnya, kemungkinan besar agak sukar untuk di ajak bermain futsal. Jikalau mahu bermainpun adalah molek jika sesama perempuan juga. Masalahnya pada lelaki. Di manakah keterunaan anda? Alasan tak minat bola wajar sekali di ambil peduli. Memang terdapat segelintir lelaki memang tak minat bola. Tiada paksaan, tiada undang-undang mewajibkan lelaki harus minat dan main bola. Tapi…..kalau tiap-tiap hari main game bola kat laptop tu, apakah boleh kata tak minat? Sibuk nak tahu pasal Europeans Champions League 2009 Final, pukul berapa, bilala, apa itu tak minatka namanya? Janganla menipu diri sendiri, kalau takut cakapja takut, kalau tak puas hati katakan sahaja. Alasan (bagi lelaki) tak reti main…..Ya tuhan, apa yang tak reti main? Namapun bola sepak, dapat bola sepak sahajala, susah sangatka? Kalau takut cakap sahajala takut. Kalau dah dasar pengecut, macam tula, main tikam belakang dan kemudian bertalam-talam muka pula. Sedarla, janganla seronok sangat menjatuhkan martabat orang lain,segala kesalahan menuding pada orang lain, suatu hari nanti pasti terkena diri sendiri juga, pasti akan mendapat balasan jua. Usahlah bercakap besar, umpama tin kosong, bunyija bising sedangkan isinya langsung tiada. Insafla, baik pergi melakukan kerja dengan amanah dan ikhlas, bukan buat kerja untuk membodek atau mengurat gadis-gadis. Baik pergi basuh tuala dan pergi beli headphone.

Alasan tak ada kawan(tak da geng) dan juga tak ada duit itu sememangnya alas an ultimatum. Tiada tawar menawar lagi. Tak ada kawan, minat bola macam mana sekalipun akan jadi tak minat nak main. Tak ada duit, semua tak menjadi.

Entry ini bukannya di tulis untuk menghina sesiapa, namunitula kebenaran yang kadangkala menyakitkan, namun kebenaran dalam kehidupan itu akan menjadi indah bila bersama orang-orang yang benar. Tujuan sebenar aku hanyala sekadar ingin main futsal bersama rakan-rakan kimia. Niat di hati ingin mengumpul rakan-rakan satu kursus(kimia) rapat(mungkin aku sahaja yang merasakan diriku sahabat), ala-ala mengeratkan silaturrahimla katakana. Ada juga aku menjemput rakan-rakan erempuan, namun tiadala aku mengharapkan mereka mahu bermain. Sekadar menjemput, tetapi yang memeranjatkan ada yang sudi bermain, tetapi mereka terpaksa menarik diri atas sebab-sebab teknikal dan pratikal. Cuma agak terkilan dengan lelaki yang….luarannya lelaki(tak lembutpun) namun dalamannya amatla sensitive(mengalahkan perempuan) yang langsung tak memberikan jawapan serta kata putus ibarat hidup segan matipun tak mahu. Siapa makan cili, diala terasa pedasnya, kawan aku kata nanti dia bagi cabai hah, makanla puas-puas!!

Akibatnya kami kekurangan orang untuk bermain. Yang hadir cuma 10 orang,9 pemain dari kimia, seorang lagi sahabatku. Nasib baik ada 4 pemain jemputan dari KRU. Rasa di hati sangala terharu, kerana adala jua sahabat dari kimia, KRU dan seorang lagi yang sudi bermain dengan aku. Aku sekadar minat terhadap bola, namun tidakla sehebat mana bermain futsal ni. Tapi……memang kita bukan hebat, tapi kita berusaha menjadi juara!!

Jutaan terima kasih pada rakan-rakan dari kimia, Sani, Ainol, Yun, Ali senior(nama diapun Ali dan lagi hebat ok!), kepada junior kimia Hasnan, Azim serta Ilham. Infiniti terima kasih pula pada superstar, tuan-tuan dari KRU, Naim, Al-Azim, Aizat dan Basri, sesungguhnya kehadiranmu di tagih. Kepada sahabatku, Azren, tiada kata-kata lagi mampu daku luahkan. Tanpa sebarang alasan, dengan penuh keberanian beliau turun padang dengan penuh keyakinan. “ala, main suka-suka ja, dapat bola tendang”, betul kata-kata kau tu Azren. Semalam bukanla prestasi terbaik aku, mungkin kerana sekarang ini tidakla fit seperti dahulu, namun merupakan kenangan terindah, permainan yang indah dalam keindahan kebenaran, dalam kehidupan yang indah. Sebagai penutup bicara, dengarkanla pantun ini…

Terima kasih daun keladi,

Lain kali main lagi,

Jikalau tuan sudi,

Tuan pula menjemput kami.

Thursday, July 23, 2009

Sains sekadar proses, sastera hasilnya,namun segalanya~~

Sains itu sekadar proses, sastera adalah hasilnya. Untuk pengetahuan, kata-kata ini sudah lama bermain-main di benakku. Persoalan demi persoalan mengenai perbandingan satera serta sains ini. Adakah perbezaannya begitu besar sehinnga terbitnya satu jurang atau sempadan yang memisahkan antara sains dengan sastera? Persoalan ini begitu abstrak, walau ada yang menjawabnya mungkin jawapannya tidak akan di terima oleh pihak lain. Pernah anda baca novel Manikam Kalbu oleh Faisal Tehrani? Ungkapan sains sekadar proses, sastera adalah hasilnya saya perolehi selepas membaca buku ini. Walaupun dalam novel itu ayatnya berbunyi “sains sekadar proses, seni adalah hasilnya”. Dalam novel ini menceritakan proses penghasilan dan pewarnaan benang itu adalah proses-proses kimia dan seterusnya benang di tenun, maka terhasilah pelbagai jenis kain dari proses-proses seni seperti menjahit menyulam dan pelbagai lagi. Saya tukar sedikit, seni dengan sastera, jangan marah ya saudara Faisal.

Sains sekadar proses, sastera adalah hasilnya itupun tidak lengkap. Bagi saya, sains sekadar proses,sastera adalah hasinya, ilmu agama pelengkap segalanya~

Umum mengetahui sains tu adalah subjek-subjek seperti biologi,fizik atau kimia(asas sahajala, banyak lagi) yang memerlukan kemahiran saintifik serta analitikal. Bidang sains ini lebih berat ke arah pemerhatian serta kajian bukan sekadar teori. Sebab itula setiap subjek sains ini perlu ada kelas amali, perlu menjalankan eksperimen bukan sekadar mengetahui teori sahaja.

Subjek sastera pula lebih kepada pembacaan serta pemahaman terhadap sesuatu sehingga mahir terhadap sesuatu itu. Contoh sejarah, kesusasteraan, pengetahuan bahasa. Mengenai bahasa pula, bukan sekadar menghafal namun perlu latih tubi, seperti matematik juga,kata salah seorang dari cikgu bahasa saya.

Ketika saya menulis entry ini, saya baru sahaja selesai membuat sebahagian dari eksperimen untuk projek tahun akhir, sementara menuggu keputusan eksperimen, saya membaca sedikit jurnal bagi menambah pengetahuan supaya mudah untuk menyiapkan laporan (thesis) serta pembentangan pada akhir sem ini. Secara tiba-tiba terlintas di minda………

Sains sekadar proses, sastera adalah hasilnya. Benar,sangat-sangat benar. Kerana saya mengalaminya.

Benar juga, sains adalah suatu bidang yang lain dan sastera adalah satu bidang yang lain, namun keduanya memerlukan satu sama lain, kedua-duanya saling bersangkut-paut sama ada secara langsung ataupun tidak. Saya tidak nampak suatu sempadan yang memisahkan antara sains serta sastera. Ketika melakukan eksperimen atau ujikaji kita akan menggunakan kemahiran saintifik sepenuhnya, kerana melibatkan proses-proses sains(dalam kes saya kimia la, sebab menjalankan eksperimen kimia). Tetapi apakah cukup setakat itu? Sekadar menjalankan ujikaji? Tidak terhenti di situ,selepas itu akan berlaku proses penghasilan laporan. Penulisan laporan, pendokumentasian serta pembentangan. Bukankah itu suatu proses yang memerlukan kemahiran bahasa? Lebih mudah bagi kita dalam proses pembentangan sekiranya menggunakan bahasa ibunda kita, kerana lebih mudah dan apa yang kita cuba sampaikan, cuba laporkan dapat di fahami dengan mudah oleh orang lain yang juga menguanakan bahasa yang sama. Lain ceritala kalau pemeriksa laporan itu menggunakan bahasa asing. Kemahiran menulis, berkomunikasi, serta proses pendokumentasian ini proses apa? Bukankah sebahagian dari proses-proses sastera? Maka dengan itu salah sama sekali jika kita membandingkan, membezakan, serta memandang rendah sama ada sains ataupun sastera.

Begitu juga dengan sastera. Dunia sastera takkan berkembang tanpa perkembangan ilmu-ilmu sains. Perkembangan ilmu sastera adalah bekaitan dengan perkembangan teknologi semasa yang berkembang di sebabkan teknologi sains. Tiada kurangnya belajar dalam bidang sastera begitu jua sains. Kedua-dua kemahiran ini penting dalam hidup kita,penting dalam kelestarian hidup kita.

Teringat jua kata-kata salah seorang pensyarah. Beliau mepersoalkan mengapa gaji kakitangan di pejabat tu(mereka kebanyakan beraliran sastera) sama tarafnya dengan staf akademik(sains). Persoalannya bukanla nak memperlekehkan mana-mana pihak cuma tertanya-tanya, kerana bidang sains di Malaysia ini belumla berkembang sepenuhnya, namun belajar subjek sains sangatla susah, mati hidup balikpun belum tentu dapat menguasai kemahiran sains. Mungkin benar, bukan semua otak manusia mampu menerima ilmu sains. Bukan semua orang sains juga boleh menerima atau belajar ilmu sastera. Mereka akan berkata, bosanla, tak minatla, itula inila, dan pelbagai alasan lagi. Begitu jua di dalam dunia kerjaya, apakah saintis boleh melakukan kerja-kerja orang sastera? Apakah ahli sastera mampu menjadi sainstis.Mungkin boleh, mungkin jua tidak.

Sains serta sastera adalah ilmu yang berbeza namun tiada sempadan yang nyata. Tetapi…….ilmu agama adalah segalanya. Dengan menguasai ilmu agama sepenuhnya, saya ulang sepenuhnya ilmu-ilmu agama, bukan sekadar hafaz ayat Al-Quran atau hadith, bukan sekadar ilmu tauhid, bukan sekadar tahu juga. Segala ilmu agama, segala amalan…..Ilmu ini sangat banyak, sangat luas. Saidina Ali as, sepupu nabi yang Rasulullah saw mengatakan beliaui pintu ilmu, Saidina Ali yang ilmunya begitu banyak begitu agung selepas Nabi saw, Ali sendiri berkata, ilmunya umpama jarum yang di celup dalam lautan luas, sebahagian yang di jarum itulah ilmunya. Ilmu sangat luas, namun ilmu agama lebih utama dari segalanya. Bagi saya salah kita mengasingkan agama dari ilmu-ilmu dunia seperti sains dan sastera. Ilmu sains dan sastera adalah sebahagian dari ilmu agama. Bukankah semua, semua manusia wajib mengetahui ilmu agama?

Mengapa di katakan ilmu agama adalah segala-galanya? Mudah sahaja. Kita ambil contoh Al-Quran. Al-Quran itu sungguh indah susunannya, sungguh merdu susunannya, tiada sajak, puisi atau syair seindah Al-Quran. Bukan sekadar ayat-ayat indah, namun maksud ayat itu sangatla beerti serta berguna. Kitab ini juga mengajar kita tentang sains. Contoh kecil, terdapat dalam Al-Quran yang menceritakan tentang lebah yang madu hasil dari lebah boleh di jadikan penawar penyakit.

Sains sekadar proses,sastera menghasilkan, ilmu agama pelengkap segalanya~~

#Ps: tokoh-tokoh dan para imuwan Islam zaman dahulu seperti Jabbar, Ibnu Sina, dan pelbagai lagi mereka bukan sekadar menguasai bidang sains, seperti Ibnu Sina yang namanya cukup gah dalam bidang perubatan dengan karyanya Kanun Fit Tib(The Canon Of Medicine), juga seorang alim(berilmu), warak, yang menghafal Al-Quran. Beliau juga seorang penyair, maka anda fikir-fikirkanla~~

Sunday, July 12, 2009

Apa yang ada pada dunia ini.......

Apala erti dunia ini? Apa yang ada pada dunia ini? Dunia tiadala beharga berbanding akhirat, suatu hari kita pastikan mati, maka matilah pada jalannya Allah seperti kata-kata Saidina Hussein, kerana mati pada jalan Allah sangatla mulia. Apala yang ada pada dunia ini….kata-kata yang sering ku dengari dari Abbi(ayahku).


Aku di lahirkan beberapa ratus tahun selepas Hijrah, banyak yang telah berlaku selepas kewafatan Rasulullah saw. Penyelewengan kuasa, kemungkaran sana sini…walaupun pada zaman ini Kerajaan Islam Bani Abassiyah sangat mahsyur, sangat digeruni oleh empayer (kerajaan)lain. Kerana cahayanya Islam, masih ada lagi orang-orang alim ulama, serta orang kebiasaan yang setia, amanah serta terus menyebarkan dakwah dan menegkkan amar maruf nahi mungkar,hanya segelintir pemerintah sahaja yang mabukan dunia. Rumah kami berhampiran dengan pelabuhan(Abbi seorang nakhoda kapal), berhampiran juga dengan Baghdad, Kota peradaban Islam. Abbi, seorang yang menyayangi keluaraganya dan sangat taat dengan agamanya,seorang alim(berilmu). Jika berada di rumah,pulang dari pelayaran,abbi akan member contoh ketangkasan yang baru, teladan serta nasihat-nasihat yang membimbing aku, sehingga aku menjadi seperti aku sekarang ini. Walau aku mungkin tidak dapat menyamai kemurnian hati serta kescucian akhlak ayahku, namun ku merasai tempiasnya pada diriku ini. Abbi bukan sekadar nakhoda di kapal, malah petani, pedagang,ketua keluarga serta ilmuan yang hebat.

Antara kata-kata(perbualan) abbi yang masih ku ingati…..


Pada zaman kanak-kanakku, di mana aku masih berhingusan lagi.

Ibn: Wahai Abbi(dengan nada kehairanan), mengapa Abbi memotong batang tapi menanam akar pokok iitu?

Abbi: (dengan senyuman manisnya) Wahai Ibni(anakku), untuk menanam pokok ada pelbagai cara, bukan sekadar dengan benih namun akar, batang serta daunpun boleh mengikut jenis-jenis tumbuhan itu sendiri. Pokok ini, walau batangnya telah di cantas, namun akarnya masih hidup dan mampu untuk tumbuh semula. Begitu jugala dengan keturunan Nabi, yang di zalimi dan di bunuh di Karbala namun keturunannya masih berkembang hingga ke hari ini seperti kita. (Abbi pernah berkata keturunan kami bersambung dengan Imam Ali Zainal Abidin,cicit Rasulullah saw yang terselamat dari perisitiwa Karbala). Pembunuhan sesame manusia adalah seharusnya di elakkan,apa lagi sekiranya membunuh keturunan yang mulia ini, namun mereka bersifat kejam kerana ketamakan mereka pada keduniaan. Apala yang ada pada dunia ini, sampai begitu tamakkan mereka akan keduniaan(Abbi mengeluh sendirian, pada tika ini tiadaku mengerti erti keluhan Abbi)

Di kegelapan malam, berjalan aku bersama Abbi menuju ke rumah dengan bersuluhkan cahaya rembulan….

Ibn:Ketika kegelapan malam, masih lagi mapu kita melihat, apa adakah sumber cahaya selain matahari ya Abbi?

Abbi: Wahai anakku,sememangnya di siang matahari sumber cahaya utama, namun tanpa matahari di malam hari tidakla bererti tiada cahaya lagi. Bulan itu memantulkan cahaya dari matahari, api dari lilin menghasilkan cahaya, malah makhluk api-api(kelip-kelip) juga bercahaya. Cuba kau lihat ke arah sana.

Ibn:(terpegun melihat kelip-kelip beterbangan) Wah, indah!

Abbi: Itu sekadar keindahan dunia wahai ibni. Nur tidak akan padam walau cuba di gelapkan sehingga ke akhirat di mana keindahan dunia tiadala standing dengan kebenaran nur itu. Apala yang ada pada dunia ini….


Suatu petang selepas hujan, aku terpesona dengan keindahan 7 warna pelangi….

Ibn: Wahai Abbi, mengapa pelangi hanya ada 7 warna? Malah permaidani punyai seribu warna?

Abbi: Anakku, itula hukum dunia yang tak mampu kita ubah. Tujuh warna itula yang kemudian membentuk berjuta-juta warna lain lagi di alam ini. Namun semua itu berasal cuma dari satu warna, cahaya putih(matahari). Cuma satu, hanya satu dari beribu, terbias menjadi beribu. Begitu jugala dengan manusia yang terdiri dari pelbagai bangsa yang mempunyai warna kulit, warna mata,rambut, hidung serta bahasa yang berbeza. Namun asalnya manusia semua dari tanah dan moyang kita sama, iaitu Adam dan Hawa. Tiada bezanya kita di sisi Ilahi melainkan ketakwaan kita, harta serta pangkat di dunia tiadala ertinya.

Ibn: Abbi,abbi. Ana cuma bertanya perihal warna pelangi wahai Abbi. Apala yang ada pada dunia ni kan Abbi(sambil tersenyum bersama Abbi).


Terkenang jua perbualan bersama Abbi selepas pulang dalam keadaan terluka akibat terjatuh di kejar anjing serta di tinggalkan begitu sahaja oleh Akhi(abangku)….

Ibn: (dengan nada sedu-sedan akibat menangis) Abang tak guna, dia tinggalkan sahaja ana begitu.

Abbi: (dengan senyuman manisnya, sambil membasuh lukaku) Tahan ya nak. Wahai ibni, kamu takut anjing itu?

Ibn: Mestila takut Abbi!

Abbi: Mengapa? Anjing itu tidakpun mengapa-ngapakanmu, di kejarmu kerana kamu lari, tanah tempatmu terjatuh itu melukakan kakimu, tidak pula kau takut pada tanah itu? Wahai ibni, janganlah kau takut akan apa-apa atau sesiapa melainkan tuhan yang menciptakanmu. Daripada-Nya kita datang, kepada-Nya jugala kita akan pergi. Serahkanla segalanya pada Ilahi, usahlah kau bergantung harap pada orang lain. Serahkan sepenuh jiwamu, ikhlaskan segala amalanmu hanya pada-Nya. Tiada apa yang patu kau takuti selain dirimu, dan yakinilah pada dirimu sendiri. Dunia ini tiadala seberapa sangat….


Selepas kejadian di kejar anjing, aku jatuh sakit, mungkit kesan dari luka, mungkin kerana perasaan terlalu takut, mungkin jua kerana kedegilan diri sendiri.

Ibni: Abbi, ana tak mahu makan, ubat pahit, buah tak sedap, bubur pula tawar! Tak mahu.

Abbi: (Kali pertama aku melihat wajah ini berduka,bergenang jua air mata) Wahai ibni, kau perlu makan ubat ini agar cepat sembuh jua bagi mengelakkan kesan sampingan dan sakitmu berlanjutan. Benar penyakit itu suatu dugaan, tapi kita perlu berusaha untuk menyembuhkannya. Kau perlu makan untuk peroleh tenaga. Kita adalah apa yang kita makan, oleh itu makanla makanan yang berkhasiat wahai jantung hatiku..(lalu menangis)

Ibni: Mengapa Abbi menangis, apa Abbi pun sakit juga?

Abbi: Wahai anakku, kau adalah cermin bagi diriku, kau adalah sebahagian dari diriku. Aku melihat dirimu seolah aku melihat diriku sendiri. Wahai belahan jiwaku, jika kausakit begini, jiwaku merasai kesakitan juga. Kedukaanmu adalah kedukaanku,kegembiraanmu adalah kegembiraanku. Bagiku anak-anakku adalah segala-galanya. Aku bimbang jika aku tak sempat melihat kau sembuh sebelum aku mula belayar. Walau aku tahu, Ummi akan menjaga dirimu, namun aku tiada sempat melihat kau girang semula. Wahai anakku, apala yang dunia yang sementara ini ada tanpa senyuman darimu.


Wahai Abbi, tika aku masih hingus-hingusan lagi kau telah mengajar aku pelbagai perkara. Walaupun aku masih kecil, aku mengerti kata-katamu itu bukan sekadar bebelan kosong, tapi nasihat yang sangat berguna. Itula kemurnian akhlak yang terpancar dari Abbi, betapa beliau mecintai akhirat seolah-olah dunia yang fana ni tiada ertunya melainkan mempersiapkan bekalan akhirat.


Namun itu baru sekadar sekitar zaman kanak-kanakku,masih banyak lagi kata-kata Abbi yang tersemat di mindaku. Perlukah aku meneruskannya…

Wednesday, July 8, 2009

SUKMA ANGIN(Arena Wati)

Sukma Angin antara karya yang menarik daripada Allahyarham Arena Wati. Sukma Angin bukan sekadar cerita mengenai kapal(sukma) sahaja, malah selok-belok menjadi kelasi serta perjuangan demii tanah air pada zaman penjajahan. Bagi saya,sukar sekali saya untuk memahami novel ini, mungkin kerana kekurangan dalam ilmu sastera serta ilmu pelayaran menambah derita dalam memahami perjalanan cerita ini. Namun tersangat banyak pengajaran dalam membentuk insan yang berani berjuang demi bangsa,agama serta tanah air dapat di cerna dari karya ini.

Dalam pelayaran 3 S amat penting, Spirit, Skill, Stamina. Bukan sahaja tika perlayaran, namun di tanah air jua dengan jati diri, pegangan agama dan semangat kebangsaan yang kukuh perlu bagi menjadi seorang nakhoda yang di hormati. Ilmu perlayaran melayu sangat unik, dengan ilmu agama, pengetahuan perdagangan dengan hanya sedikit bantuan dari teknologi moden serta pengetahuan tentang alam dan ilmu mistik mampu mengalahkan kapal-kapal besar serta moden dari barat. Sukma Angin bukan sekadar kapal biasal, tapi kapal yang ada semangatnya tersendiri.

Petikan dari Sukma Angin karya Arena Wati,Dewan Bahasa dan Pustaka…

…”Kenapa teman-teman saya di Kota Raja kata jadi tentera atau navy Inggeris itu untuk tanah air?” tanya Saling.

Sapparak menjawab,“Orang yang begitu, belum faham apa ertinya tanah air mereka sekarang ini, dan mungkin juga akan datang. Setiap orang yang tidak buta, dapat melihat tanah dan air, tetapi belum tentu memahami apa ertinya tanah air, dulu, sekarang dan akan datiang. Orang begitu, apa dia peduli kalau tanah di negerinya terjual, tergadai atau di ambil bangsa asing yang bukan mereka buat? Apa mereka peduli kalau negaranya di jajah atau negaranya merdeka, tetapi tergadai? Biarkan sajalah. Jangan campuri urusan mereka. Jangan bantah atau tegur perbuatan atau sikap mereka. Walaupun tujuan kita baik menegur atau membantah mereka, tetapi kerana mereka tidak faham erti tanah air itu, maka mereka tidak akan peduli akibat daripada perbuatan mereka. Oleh sebab itu, maka mereka akan marah kepada kita, kerana kita tegur sikap atau perbuatannya.”

Apa yang dikatakan oleh Sapparak, watak dalam novel Sukma Angin ini seolah-olah kini menjadi kenyataan dalam pergolakan politik di tanah air kita. Di mana ada pihak yang kononnya mengaku memperjuangkan hak dan kedaulatan bangsa, tetapi pada hakikatnya hanyalah demi kepentingan mereka sendiri dan langsung tidak menghiraukan apa yang bakal terjadi ditanah air pada masa dahulu, sekarang dan juga akan datang. Sebuah karya hebat dari arwah sasterawan negara....

Friday, June 12, 2009

Tunggu Teduh Dulu (Karya Faisal Tehrani)

Kata Salsabila Fahim, ini cerita kecil,
cerita sederhana, tentang dia lari berteduh
di bangsal puncak bukit
ketika hujan gerimis.....

Kata aku, ini perkara besar,
hal berteduh sementara duga
datang mencuba
bukan hal main-main,

Kata Teh Sofia, ya
Kerja Tuhan siapa tahu?

Kata aku,
Tuhan akan menunjukkan kepada
yang mencari, Ya asal kau mahu mencari,
Dia menunjukkan....

Apa kata kau?

(dari novel Tunggu Teduh Dulu, Faisal Tehrani)

Kata aku,
tak akan lari gunung di kejar,
namun untuk sampai le puncak
haruslah mendaki gunung,
walupun tika hujan serta lecak,
ayuh..mari menggapai awan,
mari mencapai pelangi,
mencari teduhan yang indah,
bukan sekadar
Tunggu Teduh Dulu....
Ya, Kerja Tuhan siapa yang tahu.......